Polis Sabah berjaya mematahkan cubaan Datuk Ramle ‘Scammer’ dari Syarikat Borneo Petroleum & Petrochemical Sdn Bhd untuk menipu kontraktor Sabah projek Kudat Oil & Gas Industrial Park (KOGIP) bernilai USD25B yang tidak wujud.
Datuk 'Scammer' Datuk Ramly Mat Daly dan Datuk Badarudin Mohd Toroji
Polis dilaporkan berjaya menangkap empat individu termasuk dua 'Datuk' iaitu Datuk Ramly Mat Daly dan Datuk Badarudin Mohd Toroji Pengarah Syarikat Borneo Petroleum and Petrochemical Sdn Bhd kerana disyaki terbabit dalam satu kes penipuan memberi kelulusan segera mendapatkan projek Kudat Oil and Gas Industrial Park (KOGIP) bernilai USD 25 bilion.
Keempat-empat individu ini telah membuat temuduga terbuka kepada kontraktor-kontraktor Sabah yang berminat untuk mendapatkan projek berkenaan pada 5 Jun 2023 di Hotel Shangri-la Jalan Bandaran di Kota Kinabalu.
Datuk Ramly Mat Daly dan Datuk Badarudin Mohd Toroji
Temuduga terbuka itu bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang dikendalikan oleh dua orang "Datuk" berkenaan untuk meyakinkan para kontraktor yang hadir semasa sesi temuduga tersebut.
Para kontraktor yang layak dijanjikan akan menerima Letter of Award (LoA) atau Surat Setuju Terima (SST) dengan mudah hanya dalam masa dua hari selepas membuat pembayaran paling minimum RM300 ribu atau 10 peratus dari nilai projek yang ditawarkan.
Untuk lebih meyakinkan para kontraktor yang hadir, Datuk Ramly Mat Daly mengendalikan sesi temuduga itu dengan bangganya ‘menjual’ nama Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri Malaysia mengenai projek bilion-bilion berkenaan dan kononnya telah mendapat surat kelulusan dari Ketua Menteri Sabah untuk membuka peluang kepada kontraktor Sabahan merebut peluang tersebut. DAN TERNYATA IA ADALAH PALSU.
Modes operandi sesi temuduga projek yang dijalankan itu adalah sebagai perangkap atau cubaan menipu mendapatkan wang deposit daripada mangsa (kontraktor).
Semasa sesi temuduga itu juga tiada sebarang dokumen yang kukuh dari syarikat berkenaan untuk memberikan LOA kepada kontraktor yang terpilih.
Malah tiada blueprint project, kontraktor hanya diberi taklimat melalui slide show sahaja.
Dokumen PALSU- Bukan LOA Projek
Keraguan timbul kelulusan segera mendapatkan LOA apabila membayar wang deposit dan tiada bukti kukuh mengenai profail projek dijalankan.
Semakan kepada Syarikat Borneo Petroleum and Petrochemical Sdn Bhd juga bukanlah syarikat yang mempunyai kewangan yang kukuh.
Syarikat yang didaftarkan tahun 2013 itu hanya sebuah syarikat dormant dengan pegangan saham RM2 sahaja. Pengarahnya Salawati Mohd Yusof, Zaita Lampand dan Liew Chong Hwing. Sementara pemegang sahamnya ialah Datuk Badarudin Mohd Toroji dan Tunku Mu’Tasim Tunku Daud. Datuk Ramly sebagai COO syarikat.
Syarikat juga tidak diaudit sejak tahun 2015, tiada hasil pendapatan tahunan dan rugi RM4,382 sebelum cukai.
Bagaimana sebuah syarikat tiada wang tapi mendakwa mendapat projek USD 25 bilion. Sangat tak masuk akal.
Projek KOGIP yang pernah dinafikan kerajaan pada tahun 2016 bahawa Kerajaan negeri atau mana-mana agensinya tidak memberi sebarang kelulusan kepada Borneo Petroleum & Petrochemical Sdn Bhd (BPP) untuk menjalankan sebarang bentuk pembangunan di atas tanah itu milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sabah (SEDCO). Dakwaan itu palsu.
Oleh itu kemunculan semula Borneo Petroleum & Petrochemical Sdn Bhd yang kononnya bakal dirasmikan oleh Kerajaan Negeri dan Perdana Menteri jelas sebuah penipuan.
Datuk Ramlee Mat Daly yang terkenal ‘Scammer’ merupakan bekas Calon Parti Pejuang bertanding kerusi Parlimen P166 Labuan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Terdapat dakwaan mereka juga melakukan penipuan terhadap projek JENDELA melakukan modus operandi sama mengutip wang kontraktor.
Laporan pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri terhadap Datuk 'Scammer' ini adalah tepat supaya tiada lagi penipuan mengumpul wang daripada kontraktor bagi projek tidak wujud di Sabah.