Hamzah beritahu 10 ‘Pengkhianat Umno’ sertai PN akan diumumkan tidak lama lagi
05:06 Jun 13, 2023  |  By SabahKini2
Hamzah beritahu 10 ‘Pengkhianat Umno’ sertai PN akan diumumkan tidak lama lagi

Pemimpin kanan PN didakwa. Nampaknya mungkin lebih ramai disiasat dan dakwa. Oleh itu PN perlu membalas balik dengan mengumumkan 10 pengkhinat umno lompat Bersatu.

Belumpun kisah rasuah rakan baiknya Dato’ Stephen Sim Choo Thiam  kes rasuah RM15 juta itu selesai yang kini berhadapan perbicaraan di mahkamah, Hamzah Zainudin setiausaha agung Bersatu mengumumkan ‘divertion’ Perikatan Nasional (PN) kononnya sedang dalam membuat perancangan untuk membawa sekumpulan "pengkhianat Umno"

[VIDEO] Rasuah RM15 juta: Hamzah mengaku diserbu SPRM Mac 2023, Dato' Stephen Sim terbukti kroni Hamzah

"panglima perang Umno"? sebenarnya ’10 pengkhianat Umno’ kaki sakau yang kenyang dengan jawatan sebelum ini dan dibuang dari Umno kerana perangai ‘broker’ mereka. Sejak zaman Dr Mahathir menjadi PM7 mereka menjadi broker untuk melumatkan Umno sendiri tetapi gagal.

Hamzah  berkata ketika ini barisan kepimpinan gabungan parti sedang memuktamadkan urusan itu.

"Insya-Allah kita tengah buat perancangan dan akan umumkan dalam waktu terdekat untuk kita sesuaikan dengan program yang sudah kita aturkan," katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini, tanpa mendedahkan identiti mereka.

Perancangan PN ini dibuat untuk penyertaan mereka sebelum PRN enam negeri nanti.

Siapa 10 pengkhianat itu? Tidak sukar diketahui walaupun tidak didedahkan lagi

Pada Sabtu lalu seperti dijangka perancangan awal PAS mengumumkan iaitu mengumumkan pemimpin Umno ‘paling khianat’ Tan Annuar Musa menyertai PAS. Penyertaan Annuar Musa dalam PAS itu sudah tentu perkara baik untuk melihat beliau meranapkan PAS dari dalam.

Annuar Musa juga berhadapan dengan kes tuduhan orang kanannya  Datuk Tan Ser Lay yang menerima rasuah bagi pihaknya bagi mempercepatkan TM Berhad menjual 'Menara KL' kepada syarikat nyamuk Hydroshoppe Sdn Bhd. Pengarahnya Datuk Shaikh dituduh di mahkamah bulan lalu. 

Mungkinkah Hishammuddin, KJ, Tan Sri Noh Omar dan beberapa lagi bekas pemimpin UMNO sedia ada?

Pada Mei lalu, Muhyiddin mengesahkan bahawa PN cuba memikat Khairy dan telah menawarkannya sebagai ahli dalam majlis pimpinan tertinggi (MPT) Bersatu.

Beberapa pemimpin Bersatu yang ditemui mahu KJ menyertai Bersatu agar mereka dapat menyingkirkan Timbalan Presiden Bersatu Peja yang lemah. Penyertaan KJ pasti akan mempercepatkan penyingkiran Peja.

Khairy baru-baru dilaporkan berkata, dia akan bertemu dengan presiden Bersatu itu berhubung isu berkenaan minggu ini.

Bersatu ditubuhkan oleh Muhyiddin dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pada 2016 sebagai alternatif kepada Umno susulan kedua-dua mereka bertelagah dengan perdana menteri ketika itu Najib Razak berhubung skandal 1MDB.

Parti itu juga adalah sebahagian daripada sekutu Pakatan Harapan sehingga rampasan kuasa melalui Langkah Sheraton, yang turut menyaksikan Mahathir dan Muhyiddin berpisah arah.

Muhyiddin ketika sebagai PM8 tidak menunaikan janji kepada pemimpin Umno malah menggunakan ahli parlimen Umno yang diberi jawatan memecah belahkan Umno dari dalam.

Comment