Tiong King Sing nafi salah guna kuasa, hakikatnya pegawai imigresen sudah lama 'Jual Negara' di KLIA
04:07 Jul 01, 2023  |  By SabahKini2
Tiong King Sing nafi salah guna kuasa, hakikatnya pegawai imigresen sudah lama 'Jual Negara' di KLIA

Rasuah Pegawai Imigresen di pintu KLIA bukan baharu. Lawatan Menteri Pelancongan Datuk Seri Tiong King Sing turut membongkar rasuah pegawai di KLIA. Dakwaan portal BebasNews tidak tepat dan berniat jahat.

Cerita mengenai KLIA bukanlah kisah baharu. Ada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ‘marah-marah’, pengarah imigresen memaki penjawat awam dan paling biasa di dengar KLIA ‘bocor’ dengan warga asing kerana rasuah pegawai imigresen.

Namun berita daripada portal BebasNews dikelolakan Zaini Hassan (bekas Utusan) bertajuk ‘EKSKLUSIF: Menteri buat ‘kecoh’ di KLIA tuntut pelawat China ditahan imigresen dibebaskan’ satu tuduhan berat kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing

Baca cara BebasNews…

KLIA difahamkan kecoh petang tadi (Khamis 29 Jun) apabila seorang menteri menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa bagi menyelamatkan seorang warga China yang ditahan masuk ke Malaysia.

Warga China itu, seorang wanita dikatakan dinafikan memasuki negara setelah tiba semalam.

Inilah wanita China yang dikatakan cuba diselamat oleh seorang menteri setelah ditahan imigresen KLIA sejak semalam.

BebasNews difahamkan, menteri itu yang mendapat tahu mengenai tahanan itu telah ke KLIA dan memasuki ke dalam dewan ketibaan tanpa memohon pas.

“Bila dihalang, dia menggunakan kuasa menterinya dan marah Polis Bantuan KLIA dan pegawai imigresen kerana mahu menyelamatkan wanita warga China itu yang ditahan memasuki negara semasa tiba semalam,” jelas satu sumber kepada bebasnews

Meletakkan 3 gambar, beritanya hanya satu menghasut rakyat kononnya Menteri dari kabinet perpaduan menyelamatkan warga China di KLIA. Motif ini mudah apatah lagi jika dikaitkan dengan hasutan  ‘DAP dan PH membawa warga China masuk ke Malaysia. Hakikatnya isu warga China masuk ke Malaysia bukan isu baharu siapa Perdana Menteri pun akan berhadapan isu pelancong China.

Sumbernya tentulah pegawai imigresen dalaman yang semua tahu pengamal rasuah dipintu masuk KLIA itu. Itulah pegawai imigresen mereka lupa akan terbongkar kegiatan lain di KLIA itu.

 

Penjelasan Dato' Seri Tiong King Sing 

Susulan laporan portal Bebasnews itu dalam satu kenyataan media Datuk Seri Tiong King Sing tampil menafikan dirinya menyalahgunakan kuasa sebagai seorang menteri sehingga menimbulkan insiden Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

King Sing berkata, beliau tidak mempunyai kuasa untuk melepaskan pelancong asing yang ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan sekiranya dirinya bertindak demikian sekalipun hanya akan merosakan reputasi sahaja.

Menurut beliau, pelancong berkenaan ditahan tanpa diberikan alasan oleh pihak imigresen sedangkan wanita tersebut mempunyai dokumentasi lengkap.

Katanya, isu timbul disebabkan masalah komunikasi antara pegawai imigresen dan pelancong tersebut, di mana ia menggagalkan pihak berkuasa mendapatkan dokumen diperlukan.

“Saya masih waras dan tahu batas-batas sebagai seorang menteri. Apa guna saya sebagai menteri sekiranya saya tidak memberi tumpuan serius terhadap kepentingan negara, tambahan pula ia menjejaskan imej negara dan menakut-nakutkan pelancong asing?

“Jika kita tidak serius dalam isu ini sekarang, sampai bila-bila pun ia tidak akan diselesaikan. Mungkinkah ada segelintir pegawai takut jika perkara ini terbongkar sehingga memberi kesan kepada kepentingan peribadi mereka,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dakwaan portal  menteri berkenaan didakwa ke KLIA dan memasuki ke dalam dewan ketibaan tanpa memohon pas keselamatan adalah tidak benar kerana Menteri mempunyai pas masuk ke KLIA.

King Sing yang juga ahli Parlimen Bintulu itu mendakwa, terdapat pihak dalam agensi imigresen cuba mewujudkan persepsi tidak baik dan berunsur fitnah kepadanya.

“MCMC mesti menyiasatkan daripada pegawai dalaman yang menularkan dan fitnah atas gambar-gambar dan maklumat tersebut. Walaupun niat mereka tidak diketahui, maka berkemungkinan mereka terkejut dengan penyertaan SPRM dan bimbang bahawa ‘sumber pendapatan’ mereka akan terputus atau terancam

“Mungkin juga mereka ingin melindungi rakan-rakannya dengan sengaja membocorkan maklumat, membuat tuduhan tanpa asas dan menyebarkan laporan palsu,” katanya.

King Sing mendedahkan bahawa beliau diberitahu terdapat pegawai imigresen meminta wang sekiranya pelancong asing ditahan ingin dilepaskan.

“Ada yang minta sehingga RM3,000 untuk dikeluarkan dari tahanan termasuk tiket penerbangan pulang ke negara asal. Tambahan RM3,000 pula diminta jika mahu pulang ke negara asal dengan kadar segera menerusi ‘laluan khas’, manakala RM12,000 untuk kos memproses visa.

“Semua maklumat ini akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya siasatan dapat dijalankan seterusnya dapat memulihkan imej Malaysia terutamanya di pintu masuk negara,” jelasnya. 

 

 

Realiti Rasuah di KLIA

Harian Metro pada tahun 2017 mendedahkan ada sindiket rasuah dipintu KLIA melibatkan pegawai SPRM. Banyak siri tangkapan telah dibuat SPRM. Hakikatnya ini fakta di depan mata.
 

Video sindiket 

November tahun 2020 Susulan gempur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ops Selat menahan pegawai jabatan imigresen, orang awam, dan laporan KP19 memiliki kenderaan mewah akhirnya didedahkan tangkapan seorang timbalan pengarah Jabatan Imigresen sindiket ‘Passport terbang’ dan  'Kaunter Setting' KLIA.

Timbalan pengarah yang ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu dan 2 lagi pegawai imigresen merupakan tangkapan besar SPRM tahun itu. Mungkin Pegawai Imigresen rendah seperti Gred KP19 sebagai ‘kambing hitam’ pihak atasan dan tangkapan Timbalan Pengarah Imigresen KLIA meredakan isu. 

[[VIDEO] Pegawai Imigresen ‘Jual Negara’, Gred KP19 mampu Rolls Royce, Mustang! Mereka Kambing Hitam? ]

[VIDEO] Pegawai Imigresen ‘Jual Negara’, Gred KP19 mampu Rolls Royce, Mustang! Mereka Kambing Hitam?

Lebih 53 individu ditahan november 2020 termasuk 33 anggota imigresen yang ditugaskan di KLIA, KLIA2 serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru.

Seperti biasa individu menjadi saksi kes iaitu dua orang awam yang membenarkan akaun bank mereka digunakan untuk transaksi rasuah sudah dibebaskan dengan jaminan.

Wang tunai lebih RM800,000, 26 kereta mewah dan 4 motosikal berkuasa tinggi turut dirampas pihak berkuasa.

Timbalan Pengarah itu bernama PPK Mohamed Yusoff Khan Bin Mohd Hassan yang dulunya adalah Penolong Pengarah Kanan di Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum dinaikkan pangkat Timbalan Pengarah di KLIA.

 
Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan

Sekalipun pegawai belum dibuktikan bersalah namun cara mereka bekerja memudaratkan
negara wajar di dedah kepada rakyat. Rakyat perlu tahu sehingga mereka berjaya membuktikan di mahkamah. T
etapi kerosakan mereka buat sangat besar kepada negara

Modus Operandi Sindiket

Sindiket akan membekalkan  pekerja asing yang mahu terus kekal di negara ini atau pulang ke negara asal.

DUA modus operandi utama

PERTAMA:  Mengeluarkan “pasport terbang” kepada mereka yang datang ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial, tetapi bekerja di sini secara haram.

Ejen akan mengumpul pasport pekerja asing dan membayar pegawai imigresen untuk cop pasport mereka bagi menunjukkan mereka sudah keluar negara selepas 3 bulan dan masuk semula secara sah. Dengan cara ini mereka boleh berada di sini selama 3 bulan lagi.

KEDUA:  Wujudkan  “kaunter setting” bagi pendatang asing yang disenaraihitamkan atas kesalahan imigresen, di mana pendatang asing itu akan ke “kaunter setting” di KLIA dan membayar sehingga RM6,000 untuk dibenarkan keluar negara, walaupun disenaraihitamkan. Ini yang disusun atur oleh Mohamed Yusoff Khan Timbalan Pengarah Imigresen di KLIA.

Tiga individu bagi siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.

Lelaki pertama, Clement Chen Wei Chien, 35, mempunyai alamat terakhir di 12A, Jalan Mandarina Second Enclave, 56000 Cheras, Kuala Lumpur dan No. 20 Canary Residensi, Jalan CH 5B, Taman Cheras, Hartamas Batu 9, 43200 Cheras, Selangor.

Sementara itu lelaki kedua, Ong Bok Hay, 66, mempunyai tiga alamat terakhir iaitu di A-11-3 Villa Angsana Condo 56 Jalan Krian Off Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur; A-16-3A, One Sentul Condominium, Jalan Sentul Ria 1, 51000 Kuala Lumpur dan No. 10, USJ 3/4F Subang Jaya, 47600 Subang Jaya, Selangor.

Dalam pada itu, SPRM turut mengesan seorang wanita, Ho Lei Kiow, 47, yang mempunyai alamat terakhir di No 76, Jalan Bukit Flora 3, Taman Bukit Flora, 83000 Batu Pahat, Johor.


Sindiket pembayar rasuah

 

Oleh itu bukankah dakwaan Datuk Seri Tiong King Sing Menteri Pelancongan itu benar?Pegawai Imigresen minta rasuah juga benar!. Tiong King Sing patut saman saja pemilik portal BebasNew.

 

8 Comments