Duta Ireland ke Malaysia Hilary Reilly yang diiringi Timbalan Ketua Misi Kedutaan Ireland, Frank Bradley mengadakan kunjungan itu bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala diantara Ireland dengan Sabah.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menerima Kunjungan Hormat daripada dua Duta Eropah ke Malaysia di pejabatnya Menara Kinabalu.
Duta Ireland ke Malaysia Hilary Reilly yang diiringi Timbalan Ketua Misi Kedutaan Ireland, Frank Bradley mengadakan kunjungan itu bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala diantara Ireland dengan Sabah pada Khamis.
Hari ini, Duta Romania ke Malaysia Nineta Barbulescu turut mengadakan Kunjungan Hormat kepada Hajiji. Nineta diiringi Penasihatnya, Dancristian Barbulescu dan Konsul Kehormat Romania di Sabah Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos Malakun.