Apa lagi Rais hendak? Telah dilantik Penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan (bertaraf menteri) dan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Masih tak cukup ke masa jadi Menteri?
PETALING JAYA: Gara-gara kecewa tidak dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Rais Yatim yang juga Penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan dan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mula menunjukkan nada mengkritik Kerajaan Malaysia.
Menurut sumber Rais dikatakan ada bertemu dengan YAB Perdana Menteri dan meminta agar jawatan Pengerusi SPAD yang dipangku oleh Tan Sri Isa Samad diberikan kepadanya memandangkan beliau sangat berminat mengenai pengangkutan awam khususnya pemandu teksi yang beliau perjuangkan ketika menjadi menteri dahulu. Memandangkan Isa Samad dalam siasatan kes rasuah sekarang Rais menawarkan diri jawatan pengerusi itu. Namun beliau gagal
Rais sangat minat dengan program pemandu teksi.
Sehubungan itu Rais Yatim seorang penasihat bertaraf Menteri (Gaji sama dengan Menteri Kabinet) mula mensasarkan kritikan kepada rakan sekutunya Datuk Seri Salleh Said Keruak berhubungan kapal mewah “Equanimity” yang disita pihak berkuasa Indonesia baru-baru ini yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.
Rais mengkritik menteri komunikasi dan multimedia dalam Twitternya dilihat beria-ia mempertahankan Jho Low seolah-olah ahli perniagaan itu individu penting dan Salleh adalah jurucakapnya.
“Menteri komunikasi dan multimedia cepat sangat menidakkan kapal mewah Equanimity bukan milik Jho Low. Seeloknya tunggu dulu, dah menuduh Amerika Syarikat dan Indonesia keterlaluan.
“Jelas sudah, Jho Low berkepentingan. Kenapa beria-ia benar pertahankan Jho Low, sepatutnya pertahankan keadilan,” katanya di Twitter.
Bagaimanapun Salleh menyindir Rais kerana hanya terikut-ikut dalam media sosial sedangkan DoJ sendiri pun belum mendakwa tertuduh.
Quintin Rozario, peguam cara kelahiran Malaysia berpejabat di Brisbane, Australia berkata tindakan pihak berkuasa Indonesia merampas kapal layar mewah Equanimity atas permintaan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat minggu lepas mencacatkan integriti mahkamah Amerika serta melanggar perlembagaan negara kuasa besar itu.
Beliau memberitahu Bernama, bahawa walaupun Perlembagaan Amerika adalah berlandaskan prinsip kesamarataan dan keadilan, yang diguna pakai dalam melaksanakan dan menguatkuasakan semua undang-undangnya, tetapi Akta Perlucuthakan “kini diguna pakai secara terang-terangan sebagai alat untuk menindas dan melancarkan perang saraf ekonomi oleh satu demi satu pentadbiran Amerika bagi mencapai kehendak mereka terhadap negara lebih kecil".
Rozario juga menyokong pendapat Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak bahawa DoJ tidak menunjukkan sebarang "bukti nyata" Jho Low adalah pemilik kapal mewah yang dirampas di Bali pada 28 Februari itu sebagai sebahagian daripada penyiasatan DoJ, yang bermula pada 2016, terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"DoJ belum membuktikan walau satu pun daripada dakwaannya di mahkamah keadilan, walaupun sudah hampir dua tahun berlalunya sidang akhbar sensasi yang diadakannya pada Julai 2016," kata Salleh.
Rozario berkata: "Hakikatnya ialah DoJ mahu merampas harta milik individu tertentu yang dikatakan telah menipu 1MDB, tetapi bukan harta 1MDB sendiri. Alasan itu sendiri adalah sesuatu yang meragukan sekiranya seseorang itu mengambil kira bahawa 1MDB bukanlah pihak yang membuat aduan terhadap individu berkenaan dan tidak pernah langsung mengemukakan sebarang aduan.