China bakal dilanda siklon tropika
20:09 Sep 05, 2023  |  By SabahKini2
China bakal dilanda siklon tropika

Pihak berkuasa tempatan harus mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan kesan ke atas kehidupan orang ramai, kata Jia Xiaolong, timbalan pengarah Pusat Iklim Negara.

BEIJING: Satu lagi siklon tropika dijangka melanda atau memberi kesan besar ke atas China pada akhir September, membawa angin ribut dan hujan lebat ke wilayah selatan dan tenggara negara itu, lapor Xinhua.

Pihak berkuasa tempatan harus mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan kesan ke atas kehidupan orang ramai, kata Jia Xiaolong, timbalan pengarah Pusat Iklim Negara.

China telah dilanda Taufan Saola dan Taufan Haikui awal bulan ini.

China juga dijangka menyaksikan taburan hujan yang tidak sekata pada September, dengan bahagian Heilongjiang dan Xinjiang dijangka menerima 20 hingga 50 peratus lebih tinggi daripada purata.

Sebahagian daripada Hebei, Shanxi, Henan, Shandong, Jiangsu, Anhui, Hubei dan Shaanxi dijangka mengalami hujan lebat pada bulan ini.

Sementara itu, beberapa bahagian termasuk Beijing, Tianjin, Hebei, Shanxi, dan Mongolia Dalam, akan menyaksikan suhu lebih tinggi berbanding tahun lalu, kata Jia.

Comment