[VIDEO] Kembara Kenali Borneo: YDP Agong akan menelusuri Leburaya Pan Borneo Beaufort -Sipitang 'paling teruk' hari ini
06:09 Sep 07, 2023  |  By SabahKini2
[VIDEO] Kembara Kenali Borneo: YDP Agong akan menelusuri Leburaya Pan Borneo Beaufort -Sipitang 'paling teruk' hari ini

Sejak Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berlangsung nampaknya semua Kementerian, jabatan & agensi Kerajaan menunjukkan kerajinan luar biasa, bekerja siang malam menyiapkan jalan, lebuh raya..

 

 

 

Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berada Kota Kinabalu.

Al-Sultan Abdullah telah merasmikan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah seterusnya menghadiri Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu

Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Sejak Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berlangsung nampaknya semua Kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan menunjukkan kerajinan luar biasa dan bekerja siang malam menyiapkan jalan, lebuh raya pan borneo, bekalan elektrik dan air. Seperti biasa diketuk baru bekerja.

Laluan Pan Borneo Sipitang yang TERUK

Laluan paling mencabar dan mengerikan apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menelusuri dan memandu sendiri lebuhraya Pan Borneo Beaufort ke Sipitang 7 September dan seterusnya ke Negeri Sarawak, Bumi Kenyalang.

Apa istimewanya Lebuh Raya Pan Borneo Beaufort ke Sipitang?

Kerana Lebuh Raya Pan Borneo Beaufort ke Sipitang sinonim dengan kontraktor Sabah paling korupsi dan bongkak digelar sebagai ‘Chong Babi’ atau nama sebenarnya Chong Kek Seng . Dua pakej Lebuhraya dibina olehnya bernilai RM1.3bilion.

Projek Menaiktaraf Jalan Dari Sindumin Ke Kg. Melalia dilaksanakan oleh Juta Hajat Sdn Bhd- Syarikat Kumpulan Kemajuan KK (Sabah) Sdn Bhd JV bernilai RM483.058,536.89 sepatutnya siap 3 disember 2021. Projek ini gagal disiapkan masa ditetapkan. 

Satu lagi projeknya ialah Menaiktaraf Jalan Dari Kg. Melalia Ke Beaufort dilaksanakan syarikatnya sendiri Expowarisan Sdn Bhd- Katata Contruction (S) Sdn Bhd JV bernilai RM861,896,188.34 yang sepatutnya siap 3 disember 2022.

Setakat ini tiada apa yang boleh dibanggakan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sipitang ini kerana semua belum disiapkan.

Maka esok Chong Babi pasti dimalukan atau dia tak pernah malu projeknya dilaksanakan dengan teruk! Berbahaya dan mengancam nyawa rakyat!

Kisah jalan ke neraka ini boleh dibaca di sini;

[ARTIKEL BERKAITAN- Agong mahu memandu di Lebuh Raya Pan Borneo, bolehkah JKR Sabah pastikan jalan 'Chong Babi' RM 1.3B Sipitang-Beaufort siap?

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Projek ‘Chong Babi’ Jalan Sipitang - Beaufort RM1.3B gagal, jadi ‘Jalan Neraka’, lori hantu ancam nyawa rakyat! ]

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Lori Hantu 'Chong Babi' Sipitang-Beaufort, bahayakan nyawa tapi mana JPJ, Penguatkuasa?

 

Agong mahu memandu di Lebuh Raya Pan Borneo, bolehkah JKR Sabah pastikan jalan 'Chong Babi' RM 1.3B Sipitang-Beaufort siap?

 [VIDEO] Projek ‘Chong Babi’ Jalan Sipitang - Beaufort RM1.3B gagal, jadi  ‘Jalan Neraka’, lori hantu ancam nyawa rakyat!

Comment