[VIDEO] Rasuah projek RM80 juta: Mohd Fahim Bekas setiausaha politik Radzi Jidin direman SPRM
23:09 Sep 23, 2023  |  By SabahKini2
[VIDEO] Rasuah projek RM80 juta: Mohd Fahim Bekas setiausaha politik Radzi Jidin direman SPRM

Ada banyak Skandal Rasuah Radzi Jidin di KPM. Nampaknya Projek cetak Buku J-QAF bernilai RM80 juta disiasat dan Mohd Fahim bekas SUPOL Radzi direman SPRM. Apa lagi selepas ini?

Dua individu termasuk Mohd Fahim Mohd Farid bekas setiausaha politik kepada Datuk Dr. Mohd Radzi  Md Jidin  Menteri Kanan Menteri Pendidikan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bagi projek bernilai RM80 juta membabitkan Kementerian Pendidikan.

Mereka ditahan hari ini ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.

Siasatan merujuk kepada projek itu membabitkan percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta secara rundingan terus yang tular dalam laman sosial baru-baru ini berhubung catatan seorang penama Hani dan Muaz di aplikasi WhatApp yang mendedahkan mengenai Projek J-QAf kepada Syarikat ATR One & Only Enterprise.

"Suspek pertama berusia dalam lingkungan 20-an yang juga bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri kanan manakala suspek kedua ialah pemilik syarikat berusia lewat 50-an.

"Mereka dipercayai bersubahat dengan bekas menteri kanan itu meminta dan menerima rasuah melalui syarikat suspek kedua daripada kontraktor sebagai balasan meluluskan projek percetakan buku secara rundingan terus," menurut sumber SPRM.

Bagaimanapun ada banyak lagi maklumat salah laku rasuah yang disebarkan oleh pihak-pihak yang pernah berurusan atau membayar rasuah kepada Radzi Jidin mendedahkan lagi projek selenggaraan sekolah yang dimonopoli oleh ‘Dato’ Chia’.

Kisah-kisah rasuah Radzi Jidin ketika sebagai Menteri Pendidikan sangat banyak termasuk projek tender makanan, kawalan keselamatan dan projek-projek naik taraf sekolah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Sri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Nur Adilah bt Halid membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman Mohd Fahim Mohd Farid dan pemilik syarikat selama empat hari bermula hari ini (23 Sept) hingga 26 September 2023.

Terdapat juga laporan SPRM dibuat terhadap Datuk Radzi Jidin susulan tularnya isu rasuah itu.

Mohd Fahim Mohd Farid yang juga bekas Exco Armada Bersatu dilaporkan diantara Setiausaha Politik termuda ketika pemerintahan Perikatan Nasional.

Penahanan reman Mohd Fahim Mohd Farid selama 4 hari pasti akan mendedahkan lebih banyak kes mengaitkan Datuk Dr Radzi Jidin.

 

Radzi Jidin nafi terbabit rasuah RM80 juta

Bagaimanapun Datuk Dr Radzi. Menafikan tuduhan-tuduhan terkandung dalam mesej tular yang mengaitkannya dan isteri dengan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah sebagai tidak benar sama sekali.

"Isteri saya juga bukan seorang kerabat diraja dan beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan mahupun kepentingan di dalam syarikat yang dinyatakan dalam mesej yang tular tersebut," katanya.

Dr Radzi yang berang dengan SPRM menyelar sikap SPRM yang bertindak semata-mata arahan pihak atasan susulan insiden ‘Tarik Balik’ di Parlimen pada hari Selasa, 19 September yang lalu. Mesej WhatsApp adalah jelas semata-mata untuk menjejaskan reputasi dan imejnya.

Bagaimanapun jika pegawainya Mohd Fahim Mohd Farid yang berurusan banyak projek kementerian khususnya Buku Teks itu tidak bersalah untuk apa Dr Radzi Jidin takut. Beliau sepatutnya menyerahkan siasatan kes itu kepada SPRM.

Sebelum ini proksi Datuk Seri Hamzah Zainudin Dato’ Stephen Sim Choo turut disiasat SPRM susulan dakwaan rasuah RM15 juta untuk Hamzah Zainudin bagaimanapun akhirnya kes itu didakwa di mahkamah.

Comment