PayNet dimiliki BNM: Apa perlunya BNM terlibat berniaga cipta sistem perah duit rakyat?
11:10 Oct 03, 2023  |  By SabahKini2
PayNet dimiliki BNM: Apa perlunya BNM terlibat berniaga cipta sistem perah duit rakyat?

Apa perlunya BNM berniaga perah duit rakyat? Jika PayNet akan peruntukan sumber bagi membiayai kos yang ditanggung dalam DuitNow QR maka mengapa mengapa rakyat perlu dikenakan caj?BNM berkuasa menentukannya. BNM sepatutnya melindungi rakyat

Netizen nampaknya pandai buat kerja. Selepas mereka membalun mengenai isu DuitNow QR yang dikenakan bayaran oleh bank-bank akhirnya Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) pemilik sistem itu tampil memberi penjelasan meredakan keadaan.

Satu demi satu bank utama dan penyedia perkhidmatan kewangan bukan bank terpilih telah mengumumkan lanjutan pengecualian itu terhadap perniagaan mikro dan kecil.

Menurut Bank Negara Malaysia, perniagaan yang menggunakan DuitNow QR sebagai kaedah pembayaran juga tidak perlu membayar kos berulang untuk sewaan terminal jualan.

Pengecualian kadar diskaun pedagang (MDR) akan dilanjutkan ke atas 75% peniagaan yang menerima pembayaran menerusi platform kod QR DuitNow, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

“Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) akan memperuntukkan sumber bagi membantu membiayai kos yang ditanggung pemeroleh yang terus menawarkan pengecualian penuh kepada perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran secara DuitNow QR.

“DuitNow QR tetap menjadi kaedah pembayaran yang mampu milik dan menjimatkan kos. Bagi pelanggan individu, penggunaan DuitNow QR untuk membuat pembayaran tidak akan dikenakan apa-apa caj tambahan,” katanya.

Tambahnya, bagi perniagaan, sebarang caj transaksi yang dikenakan kekal rendah seperti yang dikenakan ke atas pembayaran menggunakan kad debit, atau lebih rendah daripada caj tersebut.

Menurut BNM, perniagaan yang menggunakan DuitNow QR sebagai kaedah pembayaran juga tidak perlu membayar kos berulang untuk sewaan terminal jualan bagi saluran berasaskan kad atau kos tambahan untuk overhead dan pentadbiran bagi mengendalikan pembayaran tunai.

“BNM terus memberikan komitmen penuh bagi menyokong penerapan pembayaran digital secara meluas di Malaysia melalui ekosistem pembayaran yang memberangsangkan, selamat dan inklusif, yang juga mampan untuk jangka panjang,” katanya.

 

Bank Negara miliki kepentingan terbesar PayNet

Ditubuhkan pada 2017, PayNet ialah organisasi yang bertanggungjawab menyelia sistem pembayaran negara.

Portfolio perkhidmatan semasanya termasuk JomPAY (skim pembayaran bil utiliti), FPX (pemindahan terus melalui bank), eSPICK (sistem penjelasan cek), MyDebit dan lain-lain.

Pemegang saham PayNet tidak menerima dividen. Sebaliknya, lebihan keuntungan dilaburkan semula secara sistematik untuk memperkukuh infrastruktur pasaran kewangan negara dan memastikan kebolehcapaian dan daya saing merentas ekosistem pembayaran.

Syarikat pengendali Payments Network Malaysia Sdn Bhd merupakan syarikat milik Bank Negara yang menguasai 26.8 juta saham dan beberapa bank utama seperti Malayan Banking Berhad, Affin Bank Berhad, Alliance Bank Malaysia Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, CIMB Bank Berhad, Hong Leong Bank Berhad, Public Bank Berhad dan RHB Bank Berhad yang masing-masing memiliki 4.3 juta saham

Ini bermakna yang mengawal kuasa penuh Payments Network Malaysia Sdn Bhd ialah Bank Negara bukan bank-bank. 11 Bank ini hanya akan menurut arahan BNM. Jika sebarang bentuk projek bayaran bank tidak boleh melakukannya tanpa BNM.

 

 

 

Siapa Lembaga Pengarah PayNet dalam rekod?

Nama-nama besar Pengerusi atau CEO bank sebagai Pengarah atau Pengarah Alternatif Syarikat Payments Network Malaysia Sdn Bhd 

 


PENGURUSAN PAYNET

DATUK AHMAD HIZZAD BIN BAHARUDDIN PENGERUSI PAYNET. Sebelum ini beliau
adalah Penolong Gabenor Bank Negara. BNM jadikan beliau Trustee
dalam perniagaan PAYNET milik BNM

 

 

 

Peranan PayNet dalam DuitNow

Pada 2019, PayNet memperkenalkan perkhidmatan DuitNow, yang membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan mengimbas kod QR yang dipaparkan oleh peniaga, perniagaan atau individu.

Penggunaan kod QR itu diterima secara meluas oleh pelbagai peniaga, baik restoran mahupun penjaja tepi jalan.

Direka bentuk untuk saling beroperasi, QR DuitNow boleh digunakan merentas bank dan penyedia e-dompet yang berbeza, seperti e-dompet Touch n’ Go, GrabPay dan Boost.

Kedai dan individu hanya perlu memaparkan kod QR DuitNow untuk menerima pembayaran.

Ringkasnya PAYNET ini adalah perniagaan PASTI UNTUNG.


APA PERLUNYA BANK NEGARA MALAYSIA BERNIAGA PERAH RAKYAT?

Aset Paynet RM 1.7 bilion dengan hasil tahunan RM543 juta dengan keuntungan selepas cukai RM229 juta. Pendek kata perniagaan yang dicipta  oleh Bank Negara ini tidak mungkin akan rugi kerana dimiliki BNM dan semua bank di negara ini.

Bagaimanapun selepas kekecohan beberapa Bank dalam BOD Paynet memberi pengecualian selain BNM memberi kebenaran PayNet3 akan memperuntukkan sumber bagi membantu membiayai kos yang ditanggung oleh pemeroleh yang terus menawarkan pengecualian penuh kepada perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran secara DuitNow QR.

Persoalannya BNM boleh mengarahkan anak syarikatnya menanggung kos itu mengapa tidak Paynet menanggung terus tanpa memberikan kos kepada rakyat?

Apa perlunya BNM mewujudkan perniagaan dan syarikat Payments Network Malaysia Sdn Bhd semata-mata mencipta sistem PAYNET untuk mengutip kembali wang rakyat yang menggunakannya? Bukankah BNM sepatutnya melindungi rakyat dari sistem bank yang memangsakan rakyat? sistem dibuat untuk membantu rakyat bukan memerah rakyat semula. 

Siapa yang untung dalam Paynet? Vendor yang mencipta sistem Paynet sudah pasti meraih manfaat , BNM dan bank-bank sebagai ahlinya. Tapi rakyat? Rakyat kena bayar balik kepada BNM, bank-bank dan vendor pencipta sistem bank. 

Dulu rakyat bising dengan pelbagai sistem bank yang mungkin menyusahkan rakyat tetapi kini secara terang-terangan Bank Negara Malaysia mengetuainya dengan menguasai 26.8 juta saham PAYNET.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour yang berjumpa dengan Perdana Menteri  Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya menjelaskan perkara sebenar kepada PM bahawa PAYNET ini milik BNM. Mereka buat dan perah rakyat sikit untuk bayar kos sistem yang dicipta Vendor. PAYNET dapat kutipan duit rakyat dan berbahagi untung dengan bank-bank. Bukan beritahu PM caj dikenakan ke atas peniaga untuk pembayaran melalui DuitNow dan rakyat  tidak akan menjejaskan golongan berpendapatan rendah.

Akhirnya netizen yang tak faham 'troll' kenyataan PM tentang caj rendah tidak menyusahkan golongan susah.  Sedangkan isunya BNM berniaga guna PAYNET untuk kutip duit rakyat.

PM perlu tahu ini perniagaan milik Bank Negara Malaysia! PAYNET BNM punya. Jika BNM yang punya maka kerajaan boleh mengarahkan PAYNET menanggung kos sebagaimana mereka buat sebelum ini. PAYNET tidak pernah rugi pun malah untuk lebih RM200 juta. Kalau BNM dan PAYNET nak perah syarikat besar atau kaya maka buat sistem nilai wang lebih besar untuk perah syarikat besar dan kaya. 

Kalau BNM nak berniaga baik BNM main FOREX saja seperti yang pernah mereka buat di zaman Tun Dr Mahathir dulu. Untung berbilion atau rugi pun tak apa. 

 

23 Comments