Syarikat Dato' Allan Goh pernah diserbu penguatkuasa, BNM denda RM50 juta kutip deposit haram, banyak projek 'scammer' tapi dapat lesen perkhidmatan udara (ASL) beroperasi sebagai syarikat penerbangan penuh di negara ini. Sekarang siapa susah?
Belum pun setahun MYAirline beroperasi akhirnya 12 Oktober 2023 syarikat itu mengesahkan `penggantungan operasinya.
Dalam satu kenyataan MYAirline berkata, pihaknya telah membuat keputusan kerana tekanan kewangan yang ketara yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat penerbangan itu.
"Kami telah bekerja tanpa jemu untuk meneroka pelbagai perkongsian dan pilihan penjanaan modal untuk mengelakkan penggantungan ini. Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada alternatif selain mengambil keputusan ini."
Mengapa tiada mahu mengambil alih MYAirlines?
Banyak perundingan dibuat dengan pelabur baharu namun rundingan tersebut tidak berjaya. Ada desas desus anak Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg iaitu Abang Abdillah Izzarim Abang Abdul Rahman Zohari mahu mengambil alih MYAirline susulan tindakan Kerajaan negeri Sarawak yang mahu menubuhkan Syarikat Penerbangan sendiri.
Bagaimanapun Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menafikan penglibatan anaknya.
Abang Abdillah Izzarim Abang Abdul Rahman Zohari merupakan Pengerusi Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) yang mana Kerajaan negeri turut memiliki saham besar di Syarikat itu.
Siapa di belakang MYAirline?
Maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan Ahli perniagaan ‘scammer’ Datuk Allan Goh Hwan Hua merupakan pemegang saham tunggal terbesar syarikat penerbangan itu.
Syarikatnya Zillion Wealth Bhd mempunyai 88% kepentingan ekuiti dalam MYAirline dan Trillion Cove Holdings Bhd pula sebuah syarikat pinjaman wang dan pembiayaan mempunyai 10% kepentingan. Kedua-dua Zillion Wealth dan Trillion Cove adalah syarikat diasaskan Goh.
Nama Dato' Seri Azharuddin (Bekas DCA) dan Abdul Hamid Mohd Ali (MAHB) hanya
nama untuk kelulusan lesen penerbangan
Kredit infografik: Harris Nasril
Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat penerbangan itu, Rayner Teo Kheng Hock memiliki baki 2% saham syarikat penerbangan itu sebelum dikurangkan kepada 0.125%.
Syarikat Goh banyak terlibat dengan pengubahan wang haram dan ‘scammers’. Satu yang pernah kontroversi ialah Trillion Cove terlibat dalam kes pengubahan wang haram bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) Datuk Mohamad Madani Sahari yang didakwa atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM1.038 juta.
I-Serve Online Mall Sdn Bhd milik Datuk Goh Hwan Hua dikenakan penalti RM50 juta
Awal September lalu Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran berjumlah lebih RM50 juta terhadap I-Serve Online Mall Sdn Bhd dan 6 entiti lain syarikat kerana melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Denda berjumlah RM50 juta itu melibatkan I-Serve Online Mall, i-Serve Technology and Vacations Sdn Bhd, QA Smart Partnership PLT, QA Elite Partnership PLT, QA Premium Partnership PLT, MM2217 PLT, dan Valuewise PLT, yang telah dibayar pada 16 November 2022.
Goh dan semua syarikatnya menerima wang deposit tanpa lesen. Siasatan dibuat dari Jun 2018 dan September 2021.
Goh memegang 31.75% pegangan dalam i-Serve Online Mall pada 13 Sept 2023. Tiga lagi pemegang saham ialah Datuk Seri Dr Mohd Khairi Aseh (31.75%), QA Smart Partnership PLT (20.63%) dan Bong Soon Heng (15.87%).
Firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership
Peguam kepada Datuk Goh Hwan Hua, Boon Soon Heng, Datin Neow Ean dan i-Serve Online Mall ialah Firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership- Datuk DP Naban, Rosli Dahlan and Amiratu Al Amirat.
Awal oktober lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyerbu firma Guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership termasuk Rosli Dahlan dakwaan terbabit rasuah dan pengubahan wang haram semasa usaha pemulihan aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh kerajaan. Rosli Dahlan adalah peguam yang dilantik Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyelesaikan isu aset 1MDB dengan syarikat luar negara.
Menurut SPRM Rosli Dahlan dikatakan melaburkan wang ke dalam sebuah syarikat menjalankan pelaburan tidak berlesen.
Siapakah syarikat itu? i-Serve Online Mall atau yang sekutu dengannya?
Portal The Corporate Secret (TCS) mendedahkan butiran penuh siapa ahli perniagaan ‘scammers’ Datuk Goh Hwan Hua dan isterinya Datin Neow Ean.
Datuk Allan Goh Hwan Hua dikatakan memang terkenal dengan perniagaan ‘scammer’ di negara ini seperti k8xpress, GoMart Season Grocer, i-Serve Payment Gateway Sdn Bhd, Trillion Cove Capital, Trillion Cove Holdings, Zillion Wealth Sdn. Bhd, Ample Prosperity, Zapp App, Pay4U app, UPay App dan UPay Me App.
Pada 11 November 2021, tindakan penguatkuasaan bersama telah diambil terhadap i-Serve Online Mall Sdn. Bhd dan sekutu berkaitannya kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan, termasuk di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
22 premis yang dikaitkan dengan i-Serve Online Mall Sdn. Bhd dan sekutu berkaitannya yang terletak di Kuala Lumpur dan Selangor telah diserbu, dan dokumen berkaitan telah dirampas untuk membantu siasatan bersama. Serbuan itu turut mengakibatkan 45 akaun bank di 7 bank dibekukan dan merampas wang tunai berjumlah RM118.7 juta.
Jika pemiliknya ‘Scammer’ Allan Goh apa nak hairan jika MYAirline tutup?
Rekod baru SSM mendapati MYAirline kini mempunyai 15 pemegang saham, berikutan terbitan 48 juta saham baru.
Bilangan saham biasa juga telah meningkat kepada 32 juta daripada 2 juta sebelumnya.
Tambahan 30 juta saham biasa diperuntukkan kepada Zillion Wealth, menjadikan pegangan sahamnya dalam MYAirline kepada 99.25% atau 31.76 juta saham daripada 88% atau 1.76 juta saham sebelum ini.
Pegangan Trillion Cove telah dikurangkan kepada 0.625% daripada 10%, walaupun bilangan saham biasa yang dimilikinya kekal pada 200,000. Goh juga memegang 750,000 saham keutamaan dalam MYAirline.
Pemegang saham lain memperuntukkan saham keutamaan termasuk Lee Siew Hock, Nawal Aeida Asarudin, DAG Express Sdn Bhd, Jalex Sdn Bhd, Ling Ai Lee dan Kek Kim Long.
Zillion Wealth oleh isteri Goh Datin Neow Ean Lee dan anak lelaki mereka Sean Goh Tze Han, yang merupakan ahli lembaga MYAirline.
Syarikat scammer letak isteri dan anak pengarah syarikat
Pengarah 'Wayang' untuk dapat lesen Penerbangan
Pengarah yang tidak punya saham ialah Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman Bekas Ketua Pengarah DCA dan Dato' Abd Hamid Ali Bekas COO MAHB. Hari ini semua kenyataan media dibuat oleh Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman sebagai Eksekutif Interim.
Syarikat 'Cuci Wang' Dato' Allan Goh
i-Serve Online Mall, Zillion Wealth, Trillion Cove, Vacations Sdn Bhd, QA Smart Partnership PLT, QA Elite Partnership PLT, QA Premium Partnership PLT dan semua syarikat milik Datuk Goh Hwan Hua jelas terlibat jenayah penipuan dan pengubahan wang haram.
Maka tidak mustahil MYAirline hanyalah tempat 'mencuci duit haram'. Oleh kerana Datuk Allan Goh dan rangkaian syarikatnya didenda BNM sehingga RM50 juta ini sudah tentu menjejaskan pendapatan syarikat termasuk MYAirline.
Hanya perangai 'Scammer' tutup business dan lari. Akhrnya yang dikecam teruk ialah Kerajaan Perpaduan, MAHB dan MOT.
MYAirline Sdn Bhd yang diketuai pakar pengubahan wang haram tidak sepatutnya mendapat lesen perkhidmatan udara (ASL) daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), yang membolehkan syarikat itu beroperasi sebagai syarikat penerbangan penuh di negara ini.
Penggantungan MYAirline dibuat secara tiba-tiba yang menyebabkan pembeli tiket sedia ada bertambah marah. Pada Khamis, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) yang mengawal selia perkara ekonomi dan komersial berkaitan penerbangan awam sedang menyiasat syarikat penerbangan itu.
Menteri Penganggutan Anthony Loke turut berang dengan perangai MYAirline.
Loke berkata mereka sepatutnya berjumpa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan memikirkan pelan mitigasi sebelum membuat keputusan tergesa-gesa.
“Apa yang berlaku hari ini ialah MYAirline terus menghilangkan diri, mereka menghentikan operasi pukul 6 pagi, bukan sahaja kapal terbang tidak berlepas, malah kakitangan mereka tidak berada di lapangan terbang untuk memberi sebarang maklumat.
“Tiada langsung wakil MYAirline di lapangan terbang. Mereka tinggalkan sepenuhnya kepada operator lapangan terbang untuk menanganinya. Ini sangat tidak bertanggungjawab.
Seramai 125,000 penumpang yang terjejas susulan penggantungan operasi syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline itu.
Antara penumpang terkandas di airport