Sabah mengucapkan tahniah atas pemilihan Sultan Ibrahim sebagai Agong baharu
17:10 Oct 27, 2023  |  By SabahKini2
Sabah mengucapkan tahniah atas pemilihan Sultan Ibrahim sebagai Agong baharu

Sultan Ibrahim akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Januari tahun depan.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengucapkan tahniah bagi pihak rakyat Sabah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun, berkuat kuasa 31 Jan 2024. 

"Rakyat Sabah sangat mengalu-alukan perkara ini dan mengucapkan tahniah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sultan Ibrahim akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Januari tahun depan.

Dalam pada itu, Hajiji turut menzahirkan penghargaan bagi pihak rakyat Sabah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah kerana telah mengadakan program Jelajah Kembara Borneo di negeri ini.

"Kami di Sabah akan sentiasa mengingati lawatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah bersama Permaisuri Agong dan keluarga yang sangat prihatin dengan rakyat.

"Kami mengucapkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan keluarga sentiasa sihat dan sejahtera," katanya.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam kenyataan memaklumkan pemilihan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara, hari ini.

Mesyuarat itu turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.

Comment


priligy order us | 29 days ago
Dr Miller Hodges Yes, indeed it is, thank you <a href=https://enhanceyourlife.mom/>priligy amazon uk</a>
Mr bean | 5 hours ago
Dah 1 thn buat krja slh hrp pihak brkaitan abil tindakan tegas.ini kah maksud slogan parti warisan sabah ubah.memang melampau
Mr bean | 5 hours ago
Dah 1 thn buat krja slh hrp pihak brkaitan abil tindakan tegas.ini kah maksud slogan parti warisan sabah ubah.memang melampau
Ajis juman | 5 hours ago
Sial punya suluki
Jrtadukpolod | 5 hours ago
Dia pikir dia ketua cwgn 1 parti politik yg memerintah bolehlah dia suka2 hati p buka tanah tanpa perlu melalui prosedur2 yg betul. Lps tu suka2 guna nama TYT utk buka tanah..mentang2 lah kamu 1 bangsa jd undang2 kamu ketepikan bgtu saja?
Mangan | 5 hours ago
Nilai tanah di Teluk likas berharga berpuluh juta..org berebut mahukan tanah berharga sperti ini..d sebalik pemohon tentu ada org besar besar..alasan utk buat perkampungan ada lah wayang dan serbuan d lakukan pun ada lah wayang..
Anak Sabah  | 5 hours ago
Mmg BETUL smua pun WAYANG sahaja...Lps ni tiada tindakan d buat.,sbb org besar sudah kasi sampul kpd yg berkenaan..yg akn tinggal d kawasan ni org PTI yg d bantu oleh org2 Parti Warisan..sedangkan org2 Bumiputera Sabah tidak dapat dn layak memohon tanah d kawasan trsebut..CERITA SEMUA WAYANG!!!!!..