Menurut Pengarah Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, Marwan Jilani, walaupun beberapa konvoi bantuan telah dibenarkan masuk menerusi lintasan Rafah, hospital dan pusat perlindungan tidak menerima sebarang bantuan diperlukan.
GAZA: Gaza sedang mengalami kelumpuhan bantuan kemanusian khususnya ubatan-ubatan untuk memasuki semenanjung dan utara wilayah itu sejak tercetusnya serangan pada 7 Oktober.
Menurut Pengarah Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, Marwan Jilani, walaupun beberapa konvoi bantuan telah dibenarkan masuk menerusi lintasan Rafah, hospital dan pusat perlindungan tidak menerima sebarang bantuan diperlukan.
Katanya, ratusan trak yang membawa bantuan telah dibenarkan memasuki Ggaza dari Mesir sejak 21 Oktober lalu tetapi bantuan itu jauh daripada memenuhi keperluan yang semakin meningkat.
"Ada perbincangan mengenai bantuan yang tiba melalui lintasan Rafah, dan Persatun Bulan Sabit Merah Palestin bersama-sama dengan UNRWA (agensi PBB untuk pelarian Palestin) bertanggungjawab untuk menerima dan mengagihkan bantuan ini.
"Tetapi sejak hari pertama trak bantuan itu masuk, pada 10 November sehingga semalam, tiada bantuan masuk untuk utara Gaza.
Hospital Al-Shifa, Hospital Indonesia, Hospital Al-Quds dan semua pusat perlindungan orang ramai (di utara) tidak menerima sebarang bantuan," katanya.
Selain itu, beliau menyifatkan situasi sangat terdesak di Hospital Al-Quds di Tel Al-Hawa, di mana terdapat pesakit yang memerlukan penjagaan rawatan dan kira-kira 14,000 individu mencari perlindungan.
Malah, situasi di beberapa hospital di Gaza juga menjadi tidak tenteram apabila institusi kesihatan kini menjadi kawasan sasaran serangan oleh rejim Zionis Israel.
Dianggarkan lebih 70 peratus daripada 2.3 juta penduduk Gaza telah meninggalkan rumah mereka, tetapi jumlah mereka yang semakin meningkat menuju ke selatan menggambarkan keadaan semakin parah di dalam dan sekitar bandar terbesar itu.