Dr Agus letak jawatan KP J-KOM, Video sembang lucah' Wahab' tersebar
05:11 Nov 17, 2023  |  By SabahKini2
 Dr Agus letak jawatan KP J-KOM, Video sembang lucah' Wahab' tersebar

Kurang 24 jam Dr Agus Yusoff diberitakan meletak jawatan KP J-KOM, skandal video 'Wahab' disebarkan oleh musuhnya Chegu Bard punca peletakan jawatannya? Siapa Wahab yang merakamnya?

Kurang 24 jam Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri tular video perbualan lucah mengenai dirinya tersebar.

Ini bermakna peletakan jawatannya lebih awal adalah dikaitkan dengan video sembang lucah bersama lelaki bernama ‘Wahab’ itu. Terdapat sumber awal berkata video itu bocor sejak bulan julai lalu bermula dari Singapura. Namun disebarkan meluas pada khamis

Pihak Sabahkini2 sendiri telah mendapat video itu pada pagi 16hb (Khamis) namun tidak mahu menyiarkan berita itu kerana 'kesahihan' dan menghormati penjawat awam berkenaan namun sudah menjangka video itu pasti akan tersebar menjelang petang.

Seperti dijangka Video berdurasi 3 minit 3 saat itu akhirnya trending di media sosial dan secara berani dikongsikan 'musuh Agus' iaitu Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard menerusi akaun aplikasi Tik Tok miliknya. Bermakna ada pihak telah memberikan video itu kepadanya. Laman muka buku seperti Buletin Istqomah juga menyiarkan video itu.

Umum mengetahui perang mulut dan saman-menyaman Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dengan Che’gu Bard itu dan akhirnya dijadikan senjata Che’gu Bard untuk membunuh karektor Dr Agus Yusoff.

Menerusi rakaman video itu boleh didengar secara jelas perbualan Dr Agus Yusoff dengan individu bernama ‘Wahab’ itu laksana pasangan kekasih yang sedang ‘memancing’ untuk melakukan hubungan intim.

Ruangan caption Tiktok Che’gu Bard menjadi medan penyokong PN untuk mengkritik lantikan penjawat awam oleh PM Anwar. Kemungkinan besar video tersebar ini akan menjadi bahan kempen Pilihanraya Kecil Kemaman yang akan berlaku dalam tempoh terdekat.

Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff Ketua Pengarah J-KOM itu terkenal keras mengkritik pemimpin PN sebelum PRN 6 negeri baru-baru ini. Ketika beliau baru saja dilantik menjadi Ketua Pengarah beliau menamatkan ramai pegawai kontrak J-KOM di bawah lantikan PM9 Datuk Seri Ismail Sabri. Beliau bukan saja dikecam pihak PN tetapi juga rakan-rakan komponen kerajaan perpaduan dan bekas-bekas pegawainya. Oleh itu lingkungan individu atau pihak yang  tidak berpuas hati dengannya sangat besar yang memungkinkan penyebaran video hari ini.

Setakat ini belum ada laporan polis daripada pihak Dr Mohammad Agus Yusoff mengenai sebaran video itu.

Dr Agus hanya mengesahkan peletakan jawatannya dan berkata tiada tekanan daripada pihak tertentu.

“Saya ada tawaran (kerja) baharu, tidak ada tekanan kepada saya. Jadi, apabila semuanya sudah disahkan, sama ada saya mahu bersara atau menjawat jawatan baharu yang lebih mencabar, tunggu berita itu.

Mohammad Agus dilantik sebagai Ketua Pengarah J-KOM pada Februari lalu, namun beliau serta jabatan terbabit banyak menerima kritikan berikutan disifatkan kurang berkesan dalam memainkan peranannya menguar-uarkan maklumat berkaitan pelbagai manfaat dan insentif disediakan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat.

Beberapa pihak termasuk komponen dalam Kerajaan Perpaduan mendesak PM merombak J-Kom dan menggesa beliau meletak jawatan. Manakalah pihak pembangkang pula menggesa J-KOM dibubarkan.

 

 

2 Comments