(VIDEO) Wahab mengaku jadi ‘kambing hitam’ dedah ‘Mr H’ Ustaz Hakim Pengarah Latihan J-KOM arah rakam video
16:11 Nov 18, 2023  |  By SabahKini2
(VIDEO) Wahab mengaku jadi ‘kambing hitam’ dedah ‘Mr H’ Ustaz Hakim Pengarah Latihan J-KOM arah rakam video

Sidang Media Datuk Dr Agus Yusoff bekas KP J-KOM dan Abdul Wahab Abdul Kadir menafikan video panggilan lucah sebagai tulen. Ia dipalsukan. Wahab mengaku jadi 'Kambing Hitam' dan dedah Mr H Pegawai atasan J-KOM dalang video itu. Siapa Mr H?

Sidang Media Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff bekas KP J-KOM dengan Abdul Wahab Abdul Kader malam tadi menjelaskan video perbualan lucah dua lelaki nampaknya bukan menyelesai masalah tetapi membuka isu lain berhubung kemelut dalaman dalam organisasi J-KOM itu.

Laporan polis telah dibuat dan sepatutnya biarlah polis menyiasat kesahihah dan juga peralatan yang digunakan merakam perbualan panggilan lucah itu. Dr Agus meletak jawatan lebih awal sebelum tularnya video itu.

 ARTIKEL BERKAITAN- Dr Agus letak jawatan KP J-KOM, Video sembang lucah' Wahab' tersebar

"Saya dipergunakan dan dijadikan sebagai 'kambing hitam' oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan Dr Agus," kata Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani yang juga Penolong Pengarah J-KOM yang baru mendaftar 1 November lalu

Abdul Wahab mendakwa rakaman video perbualan itu yang tular di media sosial sejak semalam adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut Abdul Wahab dia diarahkan seorang individu berjawatan tinggi di Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), digelar 'Mr H' untuk merakam panggilan video bersama Dr Agus yang meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM.

Menurutnya, semuanya bermula selepas dia bertemu Mr H di pejabat sebelum dibawa bertemu beberapa individu berpengaruh lain di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Dalam pertemuan itu, saya diberitahu kononnya Dr Agus terbabit aktiviti tidak bermoral. Mr H menyatakan beliau ditugaskan membersihkan J-KOM dari dalam dan turut meyakinkan saya bahawa beliau mendapat sokongan individu berpengaruh lain yang ingin menjatuhkan Dr Agus.

Semakan dalaman menunjukkan Mr H yang dimaksudkan oleh Abdul Wahab ialah Ustaz Muhamad Hakim Ramlee Pengarah Bahagian Latihan dan Pendidikan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM). Di belakag Mr H katanya ialah Dato’ Ismail Yusop Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti).

"Sebagai pegawai baru, saya berasa teruja untuk melaksanakan tugas diberikan. Saya diarah membuat rakaman perbualan video bersama Dr Agus bagi mendapatkan bukti Dr Agus terbabit aktiviti songsang dan tidak bermoral.

"Hakikatnya video yang saya rakam itu tidak mempunyai audio. Saya terkejut apabila video berkenaan disebarkan oleh Chegubard (Badrul Hisham Shaharin) di Facebooknya yang mana ia disunting seolah-olah kami terbabit perbuatan tidak bermoral," katanya dalam sidang media

Mengulas lanjut, Abdul Wahab berkata, penyebaran video palsu itu bukan saja merosakkan reputasi Dr Agus malah turut menjatuhkan maruahnya dan keluarga selain dikecam masyarakat.

"Kini saya sedar yang saya dipergunakan dan tidak sekadar kambing hitam oleh pihak tertentu. Sebelum ini saya sangka saya sebahagian pihak benar yang kononnya ingin bersihkan J-KOM daripada unsur negatif, tapi rupanya saya digunakan dalam komplot keji," katanya.

Berikutan itu, dia tampil menjelaskan kepada masyarakat bagi membersihkan nama dan akan membuat laporan polis serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan fitnah.

Sementara itu Muhamad Hakim  Pengarah Bahagian Latihan dan Pendidikan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) menafikan dia ‘Mr H’.  Dia tidak terlibat dalam usaha menjatuhkan Dr Agus.

Polis dan SPRM wajar menyiasat unsur khianat atau rasuah dalam isu kes video ini memandangkan Abd Wahab merupakan  Pegawai J-KOM yang baru dilantik dan melapor diri awal november lalu yang mungkin dirasuah jawatan oleh kedua-dua pihak sama ada bekas KP Dr Agus atau team Mr MH. Apakah Wahab dipaksa berbuat demikian demi jawatan. Sumber berkata Abd Wahab dipecat selepas tersebarnya video itu. 

Wahab sepatutnya segera melaporkan polis jika kedua-dua kem mempunyai agenda. Alang-alang menjadi 'Kambing Hitam' beliau perlu menggunakan semua ruang ini untuk jadi hero yang terselamat.

 

Comment