[VIDEO] Tindakan kem 'Mr H' wajar, selamatkan organisasi J-KOM bukan Dr Agus dan Abd Wahab
18:11 Nov 18, 2023  |  By SabahKini2
[VIDEO] Tindakan kem 'Mr H' wajar, selamatkan organisasi J-KOM bukan Dr Agus dan Abd Wahab

Ada kewajaran tindakan kem ‘Mr H’ singkir Dr Agus. J-KOM sejak ditubuh semula sudah banyak masalah. Namun di zaman Dr Agus J-KOM semakin teruk kerana ada isu moral. Keutamaan Selamatkan J-KOM! Bukan Dr Agus dan Wahab.

Tuding menuding dan saling menyalahkan  Kem Dr Agus – Wahab dengan kem Mr H tidak akan selesai selagi siasatan penuh polis tidak dilakukan segera

Sidang media Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dan pegawai J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani semalam hanyalah satu penafian namun  membuka banyak kemusykilan lain terutamanya ketulenan video dan pendedahan kem ‘Mr H’ di J-KOM.

Mohammad Agus sidang media itu mendakwa video perbualannya bersama Wahab pegawainya yang tular di media sosial itu sebenarnya sudah disunting.

Beliau berkata, tindakan itu dipercayai dilakukan pihak tertentu yang sengaja mahu menjatuhkan reputasi beliau dengan menyebarkan video yang didakwanya sebagai palsu.

Abdul Wahab pula mengaku merakam video asal yang didakwa sudah diubah suai itu dan mendedahkan dia diarahkan oleh seorang individu berjawatan tinggi dikenali Mr H untuk merakam satu klip video bagi memerangkap bekas Ketua Pengarah J-KOM itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Wahab mengaku jadi ‘kambing hitam’ dedah ‘Mr H’ Ustaz Hakim Pengarah Latihan J-KOM arah rakam video]

 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu bergelar 'Mr H' susulan isu rakaman video tular mengenai perbualan lucah yang dikaitkan Dr Agus Yusoff dan Wahab.

"Perkara itu masih dalam siasatan dan polis akan memanggil semua yang terlibat dalam kes ini," katanya

Polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan siasatan kes terbabit telah diserahkan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

 

Bukit Aman ambil alih siasatan video bual lucah, panggil ‘Mr H'

Susulan kes dipindahkan ke Bukit Aman ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman maka polis akan memanggil bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff untuk dirakamkan semula keterangannya berhubung video perbualan berunsur lucah yang tersebar sejak Khamis.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, ketika mengesahkan perkembangan siasatan itu, berkata pihaknya juga akan memanggil seorang kakitangan J-KOM yang dikaitkan dengan rakaman video terbabit itu, iaitu Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, untuk diambil keterangan.

Beliau berkata, proses rakaman keterangan terhadap kedua-dua individu terbabit akan dijalankan dalam masa terdekat.

 

Persoalan sekarang siapa Mr H menurut Wahab itu?

Sumber didedah sebelum ini ialah Mr H itu ialah  Ustaz Hakim Ramlee Pengarah Bahagian Latihan dan Pendidikan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM). Di belakangnya ialah Dato’ Ismail Yusop Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti). 

 


Benarkah mereka Kem 'Mr H'?

 

Ustaz Hakim Ramlee Pengarah setakat ini menafikan dia adalah Mr H. 

Menurut Abdul Wahab dia diarahkan seorang individu berjawatan tinggi di Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), digelar 'Mr H' untuk merakam panggilan video bersama Dr Agus yang meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM.

Persoalannya betulkan arahan atasan seperti yang dikatakan oleh Abd Wahab? isu yang sepatutnya dijawab ialah benarkah perbualan lucah Dr Agus itu? Dr Agus memang pengamal gaya hidup 'kunyit'? Bagaimana ia disunting jika video gambar, suara jelas dan bahasa digunakan ialah loghat Kelantan? Jika benar Dr Agus 'kunyit' maka dia tidak layak memimpin ogranisasi seperti J-KOM.

Terdapat dakwaan video Abd Wahab hanya untuk ugutan agar Dr Agus meletak jawatan namun telah memberi risiko besar kepada Wahab, Agus dan pemimpin PKR.

Kata Izwardy Morni..

Laporan polis Dr Agus pun mengesahkan unsur ugutan itu.  Bagaimanapun tidak dinyatakan siapa yang mengugutnya.

Sumber-sumber J-KOM berkata Dr Agus gagal memimpin J-KOM. Beliau gemar bergaduh dengan pegawai jabatannya dan pemimpin parti yang menegurnya. Tugasnya menyampaikan maklumat dan mengubah rakyat menyokong kerajaan tidak berjaya apabila PRN di enam negeri keputusan PH-BN tidak memberangsangkan. Beliau lebih banyak berteori dan akademik berbanding praktik kerja dalam dunia Gerak Saraf Perang Saraf (GSPS) sebenar.Badan pemikir itu terus kehilangan taringnya dan tidak mencapai standard badan asalnya JASA.

Kerjanya tamatkan pegawai kontrak yang dia rasa tidak sehaluan atau melantik pegawai muda lelaki yang dia rasa mahu lantik. Terdapat aduan gangguan seksual Dr Agus kepada pegawai-pegawai lelaki muda seperti umur Abd Wahab yang tidak didedahkan. Ini bermakna perbualan lucah dengan pegawai J-KOM bukanlah perkara baru buat Dr Agus. Pegawai muda yang mahu dilantik sebagai pegawai atau sambung kontrak perlu mengipas dan mengampu Dr Agus. Hanya pegawai kanan yang punya hubungan dengan VIP sukar disingkirkan oleh Dr Agus. Elemen rasuah ini sepatutnya disiasat.

Sama ada benar dakwaan ini pihak berkuasa wajar mendedahkannya dan pegawai terlibat tampil memberi laporkan kepada polis.

 


 Boss with Benefits

Justifikasi Singkir Dr Agus sebagai Ketua Pengarah J-KOM 

Justeru tindakan kem Mr H atau sesiapa juga dalam J-KOM  melihatnya sebagai berasas menukar Ketua Pengarah J-KOM. Jika benar tindakan Hakim Ramlee Pengarah Bahagian Latihan dan Pendidikan bersama TKP J-KOM mahu menyingkirkan Dr Agus ia bukan satu kesalahan kerana video dirakam oleh Wahab bukan dirakam oleh Hakim.

Tiada bukti pegawai J-KOM  Ustaz Hakim dan kemnya memuat turun video itu di mana-mana laman sosial.

Perkara yang menjadi isu ialah penyebaran video itu oleh pihak-pihak tertentu di laman sosial. Misalnya bagaimana Chegu Bard boleh memuat turun di dalam Tiktok  dan facebooknya? Siapa beri video kepada sedangkan Dr Agus sudah setuju meletakkan jawatan? Ia akhirnya menjadi bahan penyokong PN untuk membalun kerajaan.

Oleh kerana video itu telah tular justeru siasatan polis pastinya berkisar kepada ketulenan video itu dan siapa yang menyebarkannya.

Kerajaan PH BN sekarang perlu mengurus krisis dan persepsi  terhadap agensi J-KOM. Mahu selamatkan Dr Agus, Wahab atau J-KOM? Wahab yang sepatutnya punya jalan keluar tidak mengambil ruang bersama-sama Dr Agus tetapi mengambil pilihan mendedahkan kem 'Mr H' dalam J-KOM.

Bagaimana jika video rakaman perbualan itu tulen?  Seseorang harus di 'kambing hitamkan'. Sepatutnya bukan Wahab. Jika memilih Dr Agus kerajaan PH BN akan rosak teruk dengan isu-isu moral.  Wahab tidak selamanya boleh menyelamatkan Dr Agus dengan skrip lama. 

Namun perkara paling terbodoh Dr Agus dan Wahab lakukan ialah sidang media berkata video rakaman itu benar namun sudah disunting! Satu dunia tahu dan munculnya misteri-misteri baru.

 

 

 

 

1 Comment