Kilang klinker dan simen bersepadu bernilai RM2 bilion mula fasa pertama pertengahan 2024
21:11 Nov 30, 2023  |  By SabahKini2
Kilang klinker dan simen bersepadu bernilai RM2 bilion mula fasa pertama pertengahan 2024

Pengerusi Borneo Cement (Sabah) Sdn. Bhd, Datuk Masiung Banah berkata, fasa awal itu membabitkan kerja pembinaan penurapan jalan raya dan pembangunan kilang.

KOTA KINABALU: Kilang klinker dan simen bersepadu yang membabitkan nilai pelaburan sebanyak RM2 Bilion di Tongod dijangka akan memulakan kerja-kerja fasa pertama pada pertengahan 2024.

Pengerusi Borneo Cement (Sabah) Sdn. Bhd, Datuk Masiung Banah berkata, fasa awal itu membabitkan kerja pembinaan penurapan jalan raya dan pembangunan kilang.

"Fokus utama pemaju ialah membina pencawang elektrik dan telekomanikasi terlebih dahulu selain membina pelan rawatan air bersih," katanya semasa menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selasa lalu, DUN diberitahu, Sabah menerima pelaburan RM2 Bilion bagi membangunkan Kilang klinker dan simen bersepadu di Tongod yang diumumkan oleh Menteri Pembangunan Perindusterian dan Keusahawanan Negeri, Datuk Phoong Jin Zhe.

Masiung yang juga Wakil Rakyat Kuamut, berkata, pembinaan kilang ini akan melalui dua fasa dan dijangka mampu menghasilkan 1.75 tan simen setahun.

Katanya, kewujudan kilang ini dijangka mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan kepada warga tempatan selain membuka peluang perniagaan kepada penduduk setempat.

“Apabila beroperasi sepenuhnya, kilang ini dijangka memenuhi keperluan semasa industri pembinaan serta dapat mengeksport ke negara-negara Asia.

“Projek klinker itu bakal mentransformasi Tongod selaras dengan aspirasi kerajaan negeri mengurangkan kemiskinan yang membawa masuk projek yang berimpak tinggi,” katanya.

Pada 3 Ogos lalu, perjanjian usahasama (JVA) antara Perbadanan Pembangunan Ekonomi Dabah (Sedco) dan Sri Alam.Setia Sdn bhd untuk menubuhkan Borneo Cement (Sabah) Sandakan Bhd.

Comment