Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus Singkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.06 pagi sebelum menghantar enam anggota ke lokasi kejadian sejauh 40 kilometer dari Balai Bomba Sandakan.
SANDAKAN: Seramai empat mangsa banjir dipindahkan ke tempat selamat selepas rumah mereka di Kampung Garinono, Batu 25, dilimpahi banjir, pada Selasa.
Difahamkan, hujan lebat melanda daerah itu sejak malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus Singkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.06 pagi sebelum menghantar enam anggota ke lokasi kejadian sejauh 40 kilometer dari Balai Bomba Sandakan.
Menurutnya sebaik tiba terdapat beberapa rumah dinaiki air lalu operasi pemindahan segera dijalankan.
“Setakat jam 8 pagi, sermaai empat orang sudah dipindahkan dan perkembangan berkaitan bencana ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.