Polis dapat arahan Peguam Negara tuduh Dato' Seri Maslan 'UPIK' ketua kartel dadah Sabah
20:01 Jan 19, 2024  |  By SabahKini2
Polis dapat arahan Peguam Negara tuduh Dato' Seri Maslan 'UPIK'  ketua kartel dadah Sabah

Yang ditunggu-tunggu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din mengesahkan Dato' Seri Maslan 'Upik' akan dituduh dalam tempoh terdekat. Siapa lagi yang kena?

Sesuatu yang tidak dapat dilakukan pada tahun 2018 akhirnya Ketua kartel sindiket dadah terbesar di Sabah Dato’ Seri Maslan Sani atau Upik yang ditumpaskan polis baru-baru ini akan dituduh di mahkamah dalam waktu terdekat.

Dato' Seri Maslan Sani @Upik Penaung NGO Tiga Jalur 'PAKAT SABAH'

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din, berkata siasatan ke atas sindiket terbabit sudah selesai dan pihaknya juga sudah mendapat arahan untuk menuduh suspek.

"Kita sudah mendapat keputusan (arahan Pejabat Peguam Negara) dan suspek akan dituduh dalam masa terdekat," walaupun tidak mendedahkan bilangan suspek yang akan dituduh.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay melalui sidang media pada 26 Disember lalu memaklumkan Bukit Aman menumpaskan satu kartel pengedaran dadah jenis syabu terbesar di Sabah, yang disyaki mula beroperasi sejak 2015.

Dalam serbuan serbuan jam 2.45 pagi pada 25 Disember lalu di sekitar Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna itu, polis menahan 10 lelaki termasuk dalang utama sindiket pengedaran dadah berkenaan Dato’ Seri Maslan Sani Penaung NGO ‘tiga jalur’ Pertubuhan Pakatan Amal Kebajikan Dan Ekonomi Sabah (PAKAT) dan Persatuan Ayahanda Anakanda Malaysia (PAAK). Seorang anggota polis PGA terlibat sebagai ‘transporter’ turut ditahan.


Bukti Polis Malaysia telus. Mana-mana anggota khianat terus ditangkap dan dakwa. Syabas PDRM tangkap 
sesiapa saja bersama kartel dadah

 

Siasatan awal mendapati, sindiket memperoleh bekalan dadah dari negara jiran sejak 2015 dan menyeludup masuk bahan terlarang itu ke Sabah untuk pasaran sekitar negeri terbabit, selain turut diseludup ke Indonesia dan Filipina.

Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan (Kesalahan Jenayah Terancang) dan prosedur pula di bawah SOSMA.

Terbaharu, polis menahan seorang lagi pegawai polis  berusia 43 tahun yang pernah berkhidmat di ESSCOM Sabah yang kini bertugas di Bukit Aman ditahan 29 Disember lalu sebagai tangkapan ke 11 yang menjadi ‘transporter’ dalam sindiket ini.

Dalam pada itu, Mohd Kamarudin berkata polis masih mengesan aset lain berkaitan kes itu untuk melengkapkan lagi siasatan berkait sindiket terbabit.

Sebelum ini, polis dilapor membekukan 22 akaun bank membabitkan nilai RM420,000, selain menyita 18 kenderaan bernilai RM6.6 juta kebanyakannya kenderaan mewah, wang tunai RM35,000, barang kemas dan jam mewah dianggarkan RM100,000.

Dato’ Seri Maslan Sani atau Upik menjadi lebih kuat  pada tahun 2018 ketika Datuk Azis Jamman sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN) dan Datuk Jasni Mohamad Pegawai Khas Azis Jamman. Azis dan Jasni melindungi semua NGO yang kononnya berasaskan Kebajikan dan jenayah tetapi menjadi dalang di belakangnya. Rakyat mahu dalang seperti Azis dan Jasni turut di dakwa pada masa akan datang.

 

Comment