Tunggakan cukai kadar DBKK Belum dibayar, lebih RM 75 juta
16:01 Jan 30, 2024  |  By SabahKini2
Tunggakan cukai kadar DBKK Belum dibayar, lebih RM 75 juta

Mayor DBKK Datuk Seri Dr. Sabin Samitah berkata, jumlah tunggakan itu membabitkan kadar cukai kadaran semasa berjumlah RM54.30 juta, caj faedah sebanyak RM19.21 juta serta kadar bayaran notis pemberitahuan berjumlah RM2.16 juta.

KOTA KINABALU: Sebanyak RM75.68 juta tunggakan cukai kadaran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) belum dijelaskan pengguna setakat ini.

Mayor DBKK Datuk Seri Dr. Sabin Samitah berkata, jumlah tunggakan itu membabitkan kadar cukai kadaran semasa berjumlah RM54.30 juta, caj faedah sebanyak RM19.21 juta serta kadar bayaran notis pemberitahuan berjumlah RM2.16 juta.

Katanya, tahun lalu DBKK memfailkan sebanyak 11 notis tuntutan cukai berjumlah RM30,485.73 serta tujuh kes saman yang melibatkan pembayaran sebanyak RM64,518.24.

Menurutnya, bagi tempoh yang sama, sebanyak 68 kes yang difailkan di mahkamah pada tahun-tahun sebelumnya berjaya diselesaikan membabitkan jumlah kutipan sebanyak RM634,051.52.

"DBKK menggalakkan semua pembayar cukai menjelaskan cukai kadaran masing-masing untuk mengelakkan dikenakan faedah serta tindakan undang-undang,” katanya pada sidang media selepas Majlis Mesra Bersama Media di sini semalam.

Beliau berkata, diskaun sebanyak 75 peratus (untuk suku tahun pertama sahaja) dikenakan bagi bayaran faedah fee serta notis pemberitahuan.

Menurutnya, tindakan itu bagi menggalakkan pembayaran tunggakan cukai, dengan syarat pembayaran dibuat secara sekali gus.

Sabin berkata, rebat sebanyak lima peratus ke atas cukai tahun semasa juga diberikan sekiranya pembayaran dibuat sekali gus pada atau sebelum 31 Mac 2024.

Turut hadir, Ketua Pengarah DBKK Junaina Abbe; Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Datuk Muguntan Vanar dan wakil media termasuk Ketua Pengarang Utusan Borneo Datuk Lichong Angkui.

Comment


Tanak bugis | 22 days ago
Yang penting ada jalan raya siap untuk berniaga
Tanak Dusun  | 24 days ago
Semua yg buruk cuba dikaitkan dgn Shafie dan Warisan. Syrkt Azam Jaya ni suda wjud sejak1990-an trmsuk zaman Musa Aman, knpa pula bila disiasat sprm br dikaitkan dssa?. Otak busuk tu. Pan Borneo bermasalah dikait Dssa. Tapi di Parlimen dssa suda cadang tubuh RCI siasat punca kelewatan PB, klu madani se7 rci itu mka kita akan tengu siapa yg akan ditelanjangkan nti, akan nampak siapa pembohong yg sering tuduh org lain punya salah
SabahanGuyView | 29 days ago
Sangat menyedihkan bila baca berita ini. Jangan lepaskan semua kroni-kroni ni. Biar dorang rasa sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga..makin menjad-jadi nanti. Patutlar jalan lambat siap.. Sarawak hampir siap.. terbaik SPRM.. Tuhan memberkati!
Joseph kurup | 1 months ago
Bila lagi kesayangan shafie apdal ni? Bukan ni company dari zaman Tun kesayangan kamu lagi ka suda naik? Kalau ya pun mau memihak sama GRS, jgn la ba semua pun dikait sama Shafie Apdal. Lepas ni apa lagi? Ko mau cakap peristiwa double six tu pun Shafie Apdal yang buat? Kes warisan harta & saham sabah pun angkara Shafie Apdal jugak? Rasuah Jabatan Air pun Shafie Apdal yang dapat bahagian? Takut betul kamu sama bayangan Shafie Apdal ni, bingung aku...
Liam | 1 months ago
JKR tidak selengara tuntutan.. Kerana setiap tuntutan JKR yang luluskan.. Tiada tatahkelolah...
Liam | 1 months ago
JKR tidak selengara tuntutan.. Kerana setiap tuntutan JKR yang luluskan.. Tiada tatahkelolah...