Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan tempoh pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jauari lalu.
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun di Istana Negara.
Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan terbabit diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri.
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan tempoh pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jauari lalu.
Pada istiadat sama turut menyaksikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong mengiringi Hajiji ke majlis istiadat berkenaan.