Dasar industri biojisim kelapa sawit diluluskan kabinet Sabah
23:02 Feb 07, 2024  |  By SabahKini2
Dasar industri biojisim kelapa sawit diluluskan kabinet Sabah

Pelaksanaan dasar ini akan bermula dalam tempoh dua tahun dari tarikh ianya diluluskan dan akan dipantau oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan.

KOTA KINABALU: Kabinet negeri telah meluluskan Polisi Industri Biojisim Kelapa Sawit Negeri Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet Jabatan Ketua Menteri di Menara Kinabalu hari ini, beliau berkata kabinet turut memutuskan untuk menggenakan Cukai Jualan Negeri ke atas ekspot biojisim kelapa sawit keluar dari Sabah sehingga dasar ini dilaksanakan.

“Ini bertujuan mengawal ekspot biojisim kelapa sawit,” katanya sambil menambah Enakmen Biojisim (Biomass) Kelapa Sawit Negeri Sabah akan disediakan untuk mengawal selia industri biojisim kelapa sawit di Sabah.

Pelaksanaan dasar ini akan bermula dalam tempoh dua tahun dari tarikh ianya diluluskan (setelah POIC Sabah Biomass Collection Platform beroperasi sepenuhnya) dan akan dipantau oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan.

Hajiji turut memberitahu ketua-ketua jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri bahawa Jemaah Menteri negeri telah mengambil maklum mengenai tindakan penambahbaikan pengurusan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Comment