Kes Rasuah: Ketua Menteri disyor tidak sambung khidmat Safar Untong sebagai SKN
01:02 Feb 08, 2024  |  By SabahKini2
Kes Rasuah: Ketua Menteri disyor tidak sambung khidmat Safar Untong sebagai SKN

Terdapat desas-desus Safar Untong aktif melobi Kerajaan untuk menyambung khidmatnya sebagai SKN. Pegawai SPRM pernah dedah fail rasuah pemilikan tanah Safar Untong. Kaya dan hidup mewah. Beliau dilantik Shafie Warisan.Kerajaan disyor jangan sambung Safar.

Datuk Seri Panglima Safar Untong dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah oleh Kerajaan Warisan abah pada 2 November 2019.Bekas Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah sejak 2014 itu mendapat kepercayaan Shafie Apdal menjadi SKN.

Bagaimanapun sejak Kerajaan Sabah bertukar pada September 2020 selepas PRN Sabah ke 16 Datuk Seri Panglima Safar Untong bernasib baik kekal menjadi SKN sehingga ke hari ini. Menghampiri usia persaraannya nampak beliau masih bekerja keras untuk menyambung perkhidmatannya. Kerja keras melobi begitu kuat dilakukan. Ke mana saja Ketua Menteri  Datuk Seri Hajiji ada disitu dia berkampung.Apa saja program dia muncul mengalahkan wakil rakyat kawasan.


Kemabong Tenom

SKN- Sipitang


Palestin

SKN- Wilayah Persekutuan Labuan

SKN ni macam tak pernah jumpa Ketua Menteri....

 

Pendedahan Pegawai SPRM skandal tanah Safar Untong

Namun sudah tiba masa YAB Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor menamatkan  perkhidmatannya dan membiarkan saja Datuk Seri Panglima Hj Safar Untonng bersara. Tidak perlu lagi menyambung perkhidmatannya.

Sabah perlu pentadbir baru yang lari dari gaya Warisan dan GRS lama. Baki penggal kerajaan GRS yang PRN tahun depan lebih baik dicari SKN yang berkebolehan kutipan cukai hasil dan membelanjakannya untuk PRN. 

Sebenarnya pada jun 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pernah menyiasat skandal rasuah Safar Untong. Dalam satu maklumat yang diberi oleh pegawai SPRM sendiri kepada editor Sabahkini2.com pada tahun tersebut telah membongkar mengenai Safar Untong yang meluluskan tanah atas nama mentua dan isterinya.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar! SKN luluskan tanah atas nama mentua, isteri kini disiasat SPRM?]

 

Dalam pendedahan itu Datuk Haji Safar Untong ketika menjadi Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah telah meluluskan tanah kepada beberapa Adun Warisan terutamanya Datuk Dr Yusof Yakub Menteri Pelajaran,  Datuk Aidi Mokhar Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri dan beberapa pemimpin lagi.

Maka pemimpin-pemimpin Warisan dapat tanah melobikan pula Datuk Safar sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri. Datuk Safar yang berasal dari Sipitang itu melakukan segala kerja untuk membolot banyak tanah. Ketika jadi Pengarah Tanah pun beliau hidup mewah. Agak-agak hampir 5 tahun beliau menjadi SKN beliau tak bertambah kaya?

Ya sangat kaya!. Tiapa siapa yang menyiasatnya kerana beliau SKN yang sangat berkuasa. Tidak ikut katanya akan dimaki, dihina dan ditukar.

Maklumat SPRM sebelum tu mendedahkan Safar memiliki rumah mewah di Labuan dan Kota Kinabalu. Gambar-gambar itu pastikan akan keluar nanti kemudian hari.

 

Kita bawa sekali lagi siasatan fail SPRM ketika itu dalam artikel ini.

Mengapa SPRM tidak meneruskan siasatan kes tanah milik Safar Untong atas nama Mentua dan Isteri?

Mengapa kes mengaitkan tanah milik Safar Untong yang diluluskan ketika beliau sebagai Pengarah JTU atas nama mentuanya Haji Alias Muhammad dan isterinya Datin Seri Panglima Hajah Nuinda Haji Alias ditangguhkan? Datin Seri Panglima Datuk Hajah Nuinda Alias berasal daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Beliau merupakan penjawat awam kanan bagi sektor pendidikan Negeri Sabah.

Apakah selepas Safar Untong tidak berkuasa lagi maka kes ini akan dibuka semula?

 



Datuk Seri Safar dan isterinya Datuk Dr Hajah Nuinda

Begitu juga maklumat proksi Safar Untong di JTU.  Seorang pegawai JTU bernama Haji Tammalani Hodjari PP (Pemberimilikan Tanah) dijadikan proksi dan runner semua arahan SKN berkaitan isu tanah di Sabah. Pengarah JTU Bernard Liew Chau Min pun budak Safar Untong SKN. Di zaman Warisan banyak tanah-tanah yang hampir digadai kepada orang 'Semporna' yang bukan asal di daerah itu. Namun selepas kecoh ia dibatalkan.Antara yang kontroversi di zaman Warisan ialah Kg Biah Skim Sook, tanah Darau, Kg Warisan Jaya, Kg Kurol Melangi Likas, SFI Kg Long Mio dan banyak lagi.

 

 


Tammalani Hodjari merupakan pegawai yang mengundi di Sipitang.

 

TANAH PASIR PUTIH PUTATAN

Salah satu tanah yang dikenal pasti sebahagian dari salah guna kuasa Safar Untong ialah tanah pantai kawasam Pasir Putih Putatan berdekatan dengan Taman Teluk Villa. 

Dikatakan kelulusan tanah di kawasan itu atas nama Mentuanya Hj Alias. SPRM wajar mendedahkan dakwaan itu termasuk pegawai JTU yang bersekongkol dengan SKN Safar Untong.

 


Tentu harga tanah ini berjuta sekarang- Kawasan bertanda petak menghala ke laut.

 

Hari ini Safar Untong sebagai SKN memang terlalu berkuasa. Tiada siapa berani menyentuhnya malah melaporkan kepada SPRM. Jika ketika menjadi Pengarah JTU pun beliau sudah jutawan agaknya sebagai SKN beliau tidak membolot projek kerajaan? 

 

Perasuah terbesar sebenarnya adalah SKN..

 

Semoga Ketua Menteri tidak lagi melayani lobi dan kehendaki SKN pro Warisan ini dalam Kerajaan GRS. Tamatkan insya Allah GRS boleh kekal sebagai kerajaan.

2 Comments