DBKK, polis jalin kerjasama banteras kegiatan jenayah – Sabin
15:02 Feb 20, 2024  |  By SabahKini2
DBKK, polis jalin kerjasama banteras kegiatan jenayah – Sabin

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, usaha ini dilaksana sususlan beberapa kejadian jenayah membabitkan seorang pekerja sebuah bank disamun berhampiran sebuah hotel di Jalan Gaya, di sini, 16 Februari lalu.

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menjalin kerjasama dengan Polis Diraya Malaysia (PDRM) bagi memastikan tahap keselamatan orang ramai terutama pelancong ditingkatkan.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, usaha ini dilaksana sususlan beberapa kejadian jenayah membabitkan seorang pekerja sebuah bank disamun berhampiran sebuah hotel di Jalan Gaya, di sini, 16 Februari lalu.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa berumut 50 tahun itu dilaporkan mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul menggunakan kayu.

“Kita akan bekerjasama dengan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu agar kejadian seumpama ini dapat ditangani segera sekali gus bagi memastikan keselamatan pelancong serta orang ramai sentiasa terjamin.

“Kita sangat menekankan soal keselamatan orang ramai yang datang berkunjung di Bandaraya Kota Kinabalu terutama pada hujung minggu ketika melawat Pasar Malam Jalan Gaya serta kawasan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Dalam pada itu, Sabin memberi jaminan bahawa kejadian seumpama ini akan berjaya ditangani segera dengan kerjasama kedua-dua pihak.

“Kita menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati setiap masa dan berwaspada dengan pergerakan terutamanya pada waktu malam,” katanya.

Comment