Sejak Najib Razak mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2009, pendapatan negara kasar Malaysia telah bertambah lebih daripada 50%, 2.3 juta peluang pekerjaan diwujudkan, kadar kemiskinian, pengangguran & inflasi rendah
Oleh: DATO' AHMAD RASIDI HAZIZI
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, London
Artikel yang dikeluarkan oleh pihak The Economist baru-baru ini berkenaan Malaysia merupakan satu kesilapan yang serius dan mempamerkan pemikiran yang sombong dan kolonial pihak editor, menghina Perdana Menteri, pihak kerajaan, polis, badan kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya, media, malah para pengundi di Malaysia. ("Stop, thief!", "Tilting the playing field", March 10th).
Sebagai contoh, Jabatan Kehakiman (DOJ) AS tidak pernah menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyelewengkan dana, serta Najib juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dana terbabit merupakan "hadiah daripada penderma yang tidak dinamakan". Malah Perdana Menteri dan pegawai rasmi yang lain menyatakan bahawa dana terbabit - yang sebahagian besarnya telah dikembalikan semula - merupakan derma daripada Keluarga DiRaja Arab Saudi. Kenyataan ini telah disokong oleh Menteri Luar Arab Saudi, secara umumnya menyatakan bahawa dana itu merupakan "sumbangan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa pulangan" dan pihak berkuasa Saudi telah mengisytiharkan kes terbabit ditutup
Dalam hal berasingan, untuk mengatakan pertambahan populasi menjadi sebab persempadanan semula kawasan pilihanraya sebagai suatu tindakan "penipuan sistem" menunjukkan sikap berat sebelah negara Barat terhadap negara lain di seluruh dunia. Tuduhan ini juga membayangkan bahawa pelbagai negara demokrasi juga bersalah atas tuduhan yang sama, termasuk Britain, yang dijangka akan melaksanakan perubahan besar kawasan menjelang pilihan raya akan datang. Di Malaysia, perubahan kawasan ini diusulkan dan dilaksanakan oleh badan bebas Suruhanjaya Pilihan Raya dan seterusnya diluluskan oleh badan kehakiman yang keadilannya dibuktikan berdasarkan fakta bahawa perlaksanaan ini sering bercanggah dengan pihak kerajaan dan para menteri kanan kerajaan.
Sejak Najib Razak mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2009, pendapatan negara kasar Malaysia telah bertambah lebih daripada 50%, 2.3 juta peluang pekerjaan diwujudkan, kadar pengangguran dan inflasi berada pada tahap yang rendah dan kadar kemiskinan berkurang secara mendadak.Pada dasarnya, ekonomi Malaysia sedang membangun pada kadar yang memberangsangkan sehinggakan Bank Dunia terpaksa meningkatkan anggaran pertumbuhan ekonomi sebanyak tiga kali menjelang 2017 kepada 5.8%. Perancangan kerajaan untuk kesejahteraan ekonomi serta kemakmuran Malaysia dan penduduknya berada pada landasan yang terbaik.
Ini merupakan situasi sebenar yang berlaku di Malaysia. Laporan oleh pihak anda memperlihatkan ia berasaskan berita palsu yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang dan penyokong mereka bagi meraih sokongan politik untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang.
=============================
DATO' AHMAD RASIDI HAZIZI
High commissioner of Malaysia, London
Your recent articles on Malaysia contained serious errors and reeked of an arrogant colonial mindset, disparaging our prime minister, government, police, judiciary, election commission, media and even our voters ("Stop, thief!", "Tilting the playing field", March 10th).
For example, America's Department of Justice never accused Najib Razak, the prime minister, of "siphoning" off funds, nor has Mr Najib ever suggested that the funds were a "gift from an unnamed admirer". In fact, the prime minister and numerous officials have stated that the funds-the vast majority of which were returned-were a donation from the royal family of Saudi Arabia. This has been confirmed by the Saudi foreign minister, who has publicly stated that the funds were "a genuine donation with nothing expected in return" and that the Saudi authorities consider the matter closed.
Separately, to suggest that the redrawing of electoral boundaries to account for population growth is somehow "rigging the system" reveals your double standards for Western countries and the rest of the world. Your allegation would imply that numerous democracies are guilty of the same charge, not least Britain, where significant constituency changes are expected in advance of the next election. In Malaysia these changes were proposed and implemented by the independent Election Commission and subsequently approved by the judiciary, whose impartiality is evidenced by the fact that it frequently rules against the government and senior ministers.
Since Najib Razak took office in 2009, Malaysia's gross national income has increased by more than 50%, 2.3m jobs have been created, unemployment and inflation have been kept low and poverty reduced significantly. Indeed, the Malaysian economy is growing at such a fast rate that the World Bank had to increase its estimates for our growth three times over 2017, to 5.8%. The government's plan for the economic well-being and security of Malaysia and its people is delivering.
This is the true story of Malaysia. Your reporting appears to have been based exclusively on falsehoods pushed by opposition parties and their sympathisers for political gain ahead of the coming election.
https://www.economist.com/news/letters/21738859-afghanistan-billy-graham-ai-malaysia-accounting-tom-lehrer-letters