PUTRAJAYA: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-142 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Perdana Putra di sini hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong. Hajiji turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri selepas mesyuarat berkenaan, kira-kira jam 1 tengah hari.
Beliau turut mengiringi Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahirruddin menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-265 di Istana Negara yang berlangsung selama dua hari bermula esok.