[VIDEO] Pekerja China SBH Kibing Solar serang pekerja tempatan boleh cetus sentimen anti China dan rusuhan
07:02 Feb 28, 2024  |  By SabahKini2
[VIDEO] Pekerja China SBH Kibing Solar serang pekerja tempatan boleh cetus sentimen anti China dan rusuhan

Syarikat China Kibing Solar yang melabur RM 3 bilion di KKIP perlu mengawal pekerja dari China jika tidak mahu pekerja tempatan bertindak lebih keras. Pekerja tempatan Sabah bukan 'anjing' yang boleh dibuli sesuka hati. Melabur dengan elok atau berambus!

 

Pekerja China mula naik tocang dan menjadi pembuli hanya kerana melanggar bahu tidak diendah, seorang pekerja lelaki tempatan cedera ringan kedua belah lututnya selepas ditumbuk oleh pekerja warga China di SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) Timur milik syarikat China di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu,Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pengadu (mangsa) pada jam 10.22 malam Isnin (26 Feb) mengenai kejadian tersebut.

Katanya, pada jam lebih kurang 5.30 petang, bertempat di salah sebuah kilang di KKIP Timur, pengadu lelaki tempatan itu telah ditumbuk oleh seorang suspek lelaki warganegara China, kemudian berlaku pergaduhan diantara mereka.

“Dalam pergaduhan itu pengadu mengalami kecederaan ringan di kedua-dua lutut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaidi, pergaduhan membabitkan pekerja kilang itu dipercayai berpunca daripada seorang pekerja China yang didakwa melanggar bahu seorang lagi pekerja tempatan ketika pekerja berbaris untuk mendaftar keluar menggunakan cap jari (thumbprint) selepas tamat masa bekerja.

“Salah seorang suspek warga China melanggar bahu seorang pekerja tempatan namun ia tidak langsung diendahkan.

“Seorang lagi pekerja warga China tiba-tiba menjerit dan menunding jari ke arah pekerja tempatan terbabit sebelum mengajaknya keluar untuk bergaduh di luar kawasan kilang sambil memegang sebatang kayu sebagai senjata.

“Walau bagaimanapun pekerja tempatan terbabit sekali lagi tidak mengendahkan ajakan pekerja asing berkenaan namun sebaik berada di luar kilang, mangsa tiba-tiba ditumbuk dari belakang kejadian menyebabkan pergelutan sebelum keadaan bertukar menjadi huru-hara apabila ia disertai lebih ramai individu daripada kedua-dua belah pihak,” jelasnya.

Bagaimanapun, Mohd Zaidi berkata, pergaduhan berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan serta para pekerja kilang lain.

“Kesemua suspek berjaya ditahan pada jam 3.30 pagi.

“Tangkapan membabitkan empat lelaki tempatan dan lima warga asing untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

Dalam satu video yang tular kelihatan pekerja China menyerang pekerja tempatan menyebabkan ramai pekerja tempatan dan beberapa warga asing lain menyerang pekerja China.

Dilaporkan Kerajaan Sabah mengambil serius berhubung insiden ini dan mengarahkan pemilik kilang menyelesaikan hubungan pekerja dari negara China dan tempatan bagi mengelak sintimen ‘rasis’ antara China dan pekerja tempatan Sabah. Ini boleh menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

Terdapat laporan pekerja China menunjukkan sikap menindas dan pembuli kepada pekerja tempatan Sabah. Pergaduhan seperti ini satu permulaan yang boleh mencetuskan sentimen berbahaya.

SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd november tahun lalu telah membuka kemudahan pembuatan baharunya di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) sebagai antara pelan pelaburannya yang bernilai RM3 bilion.

SBH Kibing Solar akan menghasilkan kaca fotovolta solar (PV) dan mewujudkan 1,400 pekerjaan baharu, dengan komitmen sekurang-kurangnya 90 peratus jawatan untuk diisi oleh rakyat Sabah.

Oleh itu insiden antara pekerja China dan tempatan Sabah boleh menjadi sesuatu yang sangat serius jika tidak ditangani. Sentimen benci kepada ‘China’ pasti lebih parah.

April tahun lalu di  Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) Syarikat Korea SK Nexilis pekerja tempatan merusuh berhubung insiden kelewatan membayar gaji. Maka insiden pekerja tempatan dan pemilik syarikat asing bergaduh bukanlah asing di Sabah.

 

 

1 Comment