Terlalu 'BERNAS' KP Kawal Selia Beras Gagal! selesai masalah beras perlu ditukar segera
23:03 Mar 09, 2024  |  By SabahKini2
Terlalu 'BERNAS' KP Kawal Selia Beras Gagal! selesai masalah beras perlu ditukar segera

Syarikat BERNAS untuk Sabah dan Sarawak, Bernas Corporation merekodkan jualan lebih RM1bilion. Dua anak syarikatnya di Sabah iaitu Sazarize dan Sabarice juga merekodkan keuntungan. Jadi tiada sebab mengapa beras import dan tempatan lesap.

Malaysia tidak sepatutnya kekurangan beras!. Di Semenanung ada Kedah Negeri Jelapang Padi atau negeri-negeri sebelah utara yang mengeluarkan padi, di Sabah dan Sarawak juga tidak sepatutnya kekurangan beras.

Bernas pula pengimport dan pembekal beras negara tidak sepatutnya kekurangan beras.

Semuanya bermula apabila Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) mengumumkan kenaikan harga beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan berkuat kuasa 1 September 2023.

Pengumuman tanpa melalui Kementerian Pertanian  itu menyebabkan beras tempatan hilang daripada pasaran. Ada kilang-kilang beras mengambil kesempatan menukar bungkusan beras tempatan kepada import yang menyebabkan kekurangan beras tempatan.

Pengeluar-pengeluar beras tempatan juga mengambil kesempatan menaikkan harga beras ini termasuk anak-anak syarikat BERNAS di Sabah dan Sarawak yang mengumumkan kenaikan harga beras.

Sabah sendiri mengamuk sehingga menuntut agar pengimport beras BERNAS tidak lagi monopoli di Sabah. Atau Sabah melantik sendiri pengimport. Kenyataan seperti ini tidak akan keluar jika Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood berjaya menyelesaikan isu.

 

Semua masalah ini akhirnya berlarutan hingga kini. Sabahkini2 mendedahkan Sabah tidak sepatutnya ada masalah kekurangan beras dengan peranan BERNAS di Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Harga beras naik: Kerajaan Sabah wajar sekat monopoli Kumpulan Sazarice, Sabarice milik BERNAS di Sabah]

Monopoli dan penguasaan BERNAS di Sabah ialah melalui Beras Corporation Sdn Bhd anak syarikat Padiberas Nasional BHD (BERNAS) berpengkalan di Borneo. Dua syarikat diwujudkan iaitu Sazarice Sdn Bhd (Ogos 1997) dan Sabarice Sdn Bhd ditubuhkan 2017. Kumpulan anak syarikat BERNAS ini dikenali sebagai Kumpulan Sazarice. Beroperasi di KKIP sejak 2019 dengan keluasan 5 ekar Kumpulan Sazarice dikatakan sudah menjadi pengedar beras No.1 di Sabah.

 

 

Sazarice Sdn Bhd mengedar beras di seluruh kawasan pantai timur, barat Sabah dan Labuan manakala Sabarice pengedaran beras ke pantai timur Sabah. Pusat penyimpanan beras mereka di Sabah Likas, Jalan Tuaran, KKIP Timur, Kudat, Labuan, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu. 

Bagaimana simpanan beras BERNAS habis?dalam masa sama Beras tempatan juga licin?

 

 

Bernas Corporation dan dua anak syarikatnya di Sabah tidak pernah rugi. Hasil tahunan Bernas Corporation di Sabah dan Sarawak melebihi RM1 bilion setahun. Keuntungan sebelum cukai RM11.9 juta dan selepas cukai RM9.3 juta. Dua anak syarikatnya Sazarize dan Sabarise mencecah hampir RM200 juta setahun. Dengan semua kelebihan syarikat BERNAS maka sangat tidak logik beras di Sabah tidak mencukupi. Menaikkan harga beras Sazarice dan Sabarice tanpa memaklumkan kerajaan negeri menyebabkan beras tempatan tiba-tiba lesap dari semua kedai.

Jadi apakah puncanya? Pengerusi Pasukan Bertindak (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Faisal yang juga MP Bukit Gantang berkata puncanya ialah kegagalan Datuk Azman Bin Mahmood Seksyen Kawal Selia Padi dan Beras selaku Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras yang juga merangkap Setiausaha Bahagian Industri Padi dan Beras menyelesaikan isu.

Kenyataan itu agak berasas kerana ramai juga yang mengenali Datuk Azman Mahmood ni. Cara kerja bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek menunjukkan cara kerjanya ketika Hassan Malek menjadi Menteri bahawa beliau menjadikannya Menterinya sebagai ‘Pelawak’ yang menjadi bahan ‘troll’ netizen. Nampaknya terbawa-bawa sebagai Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras. Lembap dan lemah!

 

Menurut MP Bukit Gantang, Ketua Pengarah kawal selia beras gagal dan patut diganti kerana gagal melaksanakan tugas. Beras tempatan tiada dalam pasaran kerana unit kawal selia padi dan beras gagal membuat penguatkuasaan yang rapi. 

"Dalam beberapa mesyuarat ketua pengarah itu mengatakan beras tempatan ada di pasaran. Lebih teruk, dalam satu mesyuarat dia berbohong dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh perdana menteri sendiri.

"Dalam mesyuarat itu, bila dia sebut beras ada, pihak peruncit yang hadir ke mesyuarat itu beritahu tak ada beras tempatan di pasaran. Jadi, maklumat yang salah diberikan dalam mesyuarat sebabkan maklumat sebenar tidak sampai kepada menteri dan perdana menteri.

"Tetapi, akhirnya perdana menteri yang disalahkan. Sebenarnya bahagian ini (kawal selia padi dan beras) tak menjalankan tugas. Saya cadangkan tukar ketua pengarah ini dan mengambil pegawai yang lebih telus dan agresif," katanya 

 

‘Hampir semua negeri kurang beras’

Syed Abu Hussin berkata dia tidak faham dengan cara pemantauan badan kawal selia itu kerana hampir setiap negeri menghadapi kekurangan beras tempatan. 

"Saya amat tak puas hati dan menggesa supaya seksyen kawal selia padi dan beras ambil tindakan tegas, untuk mengurangkan manipulasi yang menyebabkan rakyat terpaksa bayar lebih untuk mendapatkan beras.

"Siasatan pasukan bertindak (kluster makanan) di lapangan mendapati penguatkuasaan kawal selia padi dan beras dalam memantau harga beras tidak memberangsangkan. 

“Malangnya, seksyen kawal selia padi dan beras mengatakan telah dibuat pengawal seliaan, tetapi beras tak ada,” katanya.

Syed Abu Hussin berkata, dengan rekod jualan dari pesawah ke kilang ke pemborong dan seterusnya peruncit, sepatutnya pemantauan boleh dibuat dengan mudah.

“Tapi, masih terdapat 'kehilangan' beras tempatan kerana kegagalan badan kawal selia padi dan beras ini.

"Saya cabar bahagian kawal selia ini mengambil tindakan segera atau mengajak pihak Naccol dan media untuk kita pergi melawat kilang besar untuk memeriksa apa dia orang buat dan berapa banyak stok yang ada supaya rakyat lebih jelas dapat melihat apa bahagian kawal selia buat," katanya.

Bahagian kawal selia padi dan beras bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), berfungsi untuk memantau pembekalan padi dan beras di negara ini.

"Isu kehilangan beras tempatan di pasaran sudah melangkaui lebih enam bulan. Beras tempatan (super spesial tempatan-SST) sepatutnya dijual pada harga RM26 sudah tak ada dalam pasaran.

“Hanya ada beras import (super spesial import- SSI) yang harganya lebih tinggi.

"Negara menggunakan beras tempatan sebanyak 60 peratus dan import dalam 40 peratus. Jadi, secara logik, pasaran seharusnya mempunyai beras tempatan lebih banyak beras import. Tapi, SST sudah tak ada. Ini kerana struktur harga.

"Manipulasi harga ini berlaku kerana harga beras import tidak ada harga kawalan. Jadi, berlakunya pengampitan semula atau repackaging. 

“Maknanya, beras tempatan di pek semula sebagai beras import dan dijual dengan harga lebih tinggi untuk mengaut keuntungan. Ini yang kita perlu pantau,” katanya.

Pengguna membelanja atau rugi hampir RM7 juta sehari akibat beras tempatan dijual dalam pek beras import.

"Kebanyakan pemain industri ini cadangkan antara RM30 hingga RM35. Jadi, kalau diselaraskan harga, tak ada peluang untuk kartel buat manipulasi dan rakyat pun untung," 

 

AZMAN KETUA PENGARAH SOMBONG DAN BERLAGAK BERKUASA

Menteri Mat Sabu perlu melihat semua ini. Jangan terlalu percaya kepada Ketua Pengarah seperti Datuk Azman ni jenis sombong, tidak mahu menerima pandangan pelbagai pihak malah berlagak lebih berkuasa dari orang lain. 

Apabila dibuat aduan mengenai beras tempatan hilang dia menafikan dakwaan. Di mulutnya sentiasa beras mencukupi tetapi di pasaran semua negeri sibuk mencari beras tempatan. 

Apabila Kerajaan Sabah melihat BERNAS di Sabah gagal dan meminta monopoli import beras dipecahkan di Sabah beliau dengan sombong berkata Gesaan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan supaya kerajaan menamatkan monopoli import beras yang dipegang Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) supaya negeri itu boleh mengimport sendiri bahan makanan ruji itu, disifatkan sebagai pandangan peribadi.

Katanya perkara  itu termaktub di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan mengikut Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).

Itu pandangan peribadi kerajaan negeri. Sebenarnya di bawah Akta 522 di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan," katanya 

Pandangan peribadi? kalau rakyat rasa tak susah hilang beras tempatan tiba-tiba semua import dalam pasaran itu menyusahkan rakyat. 

Azman lupa MP dan kerajaan negeri boleh mendesak kerajaan pusat untuk meminda undang-undang di Dewan Rakyat. Tuntutan MA63 dan banyak lagi telah dibuat melalui desakan. Banyak geran yang dulu Sabah Sarawak tak dapat akhirnya dapat kerana desakan di dewan rakyat. Sebelum itu pun pegawai beri alasan tiada dalam perlembagaan dan undang-undang.  Tiada yang kekal jika tidak bagus untuk rakyat. Ahli Parlimen adalah mereka yang menggubal undang-undang. 

 

AZMAN MELINDUNGI BERNAS

Azman lebih banyak menyelamatkan dan melindungi BERNAS. Lembaga Pengarah BERNAS itu sendiri adalah Datuk Azman Mahmood Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras. Bagaimana KP boleh menegur BERNAS secara berani atau menyiasat jika ada dakwaan BERNAS menyeleweng jika beliau sendiri adalah Lembaga Pengarahnya. Pastinya Azman akan lebih BIAS. Azman sendiri ada kepentingan di dalamnya.

Bagaimana Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras menjalankan fungsinya atau menguatkuasakan undang-undang jika beliau BOD BERNAS? 

Jika bahagian ini berfungsi mengawal pengedaran beras, pengeluaran lesen, permit, mengawalselia pematuhan syarat lesen permit, menguatkuasakan undang-undang peraturan berkaitan dengan padi dan beras Azman Mahmood sebaiknya berada di luar BERNAS. BERNAS entiti perniagaan swasta walaupun mempunyai saham kerajaan. Masih ramai pegawai kementerian pertanian yang boleh menjadi wakil dalam BERNAS. 

Seksyen Kawal Selia Padi dan Beras Bahagian Pembangunan Industri Padi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sangat penting. Mengeluarkan 6 lesen penting iaitu; 

1. LESEN BORONG BERAS
2. LESEN RUNCIT BERAS
3. LESEN IMPORT
4. LESEN EKSPORT
5. LESEN MEMBELI PADI
6. LESEN KILANG PADI

Juga melaksanakan penguatkuasa kata seperti berikut;

(a) PENGUATKUASAAN AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 (AKTA 522)

(b) PERATURAN-PERATURAN KAWALAN PADI DAN BERAS

1. Pelesenan Pemborong dan Peruncit), 1996 P.U.(A) 624
2. (Pelesenan Pembeli Padi), 1996 P.U.(A) 625
3. (Pelesenan Kilang-Kilang Padi), 1996 P.U.(A) 626
4. (Sekatan Pemindahan Antara Negeri), 1997 P.U.(A) 31
5. (Pelesenan Pengimport Dan Pengeksport), 1994 P.U.(A) 264

(c) PERATURAN PERLU KAWALAN BERAS 1974;
1. Perintah B Perintah Beras (Kawalan Gred Dan Harga), 1992 P.U.(A) 547
2. Perintah Beras (Kawalan Gred Dan Harga), (Pindaan) 1998 P.U.(A) 408
3. Perintah Beras (Kawalan Gred Dan Harga), (Pindaan) 2001 P.U.(A) 183

Jenis-Jenis Lesen Dan Permit serta peraturan yang berkaitan

1. Lesen Borong Beras: Pelesenan Pemborong dan Peruncit,1996 P.U.(A)624
2. Lesen Membeli Padi: Pelesenan Pembeli Padi,1996 P.U.(A) 625
3. Lesen Kilang Padi: Pelesenan Kilang-Kilang Padi,1996 P.U.(A) 626
4. Lesen Import dan Lesen Eksport: Pelesenan Pengimport Dan Pengeksport,1994 P.U.(A) 264
5. Permit Pemindahan: Sekatan Pemindahan Antara Negeri, 1997 P.U.(A)31

Masalah beras sudah berlaku 6 bulan tapi isu belum selesai membuktikan Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras. Kartel berleluasa sehingga negeri Sabah dan Sarawak pun mengalami kekurangan beras sekalipun gudangnya banyak di Sabah. 

Kerajaan Sabah menerusi Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) kini mewujudkan semula Lembaga Padi Sabah bagi membangunkan industri padi serta beras negeri.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pengwujudan semula Lembaga Padi Sabah itu dijangka dapat meningkatkan paras tahap sara diri (SSL) beras negeri Sabah kepada 60 peratus menjelang tahun 2030 .

"Pada ketika ini, SSL beras negeri Sabah berada pada paras 22 peratus manakala 78 peratus keperluan beras di negeri ini ditampung melalui beras import daripada negara seperti China, Vietnam, Thailand dan Pakistan.

"Kita berharap dengan pengwujudan semula Lembaga Padi Sabah dijangka akan dapat meningkatkan paras tahap SSL beras negeri sekali gus dapat mengurangkan beras import,"

Kerajaan Sabah tidak boleh membiarkan BERNAS memperlekeh Sabah dan Sarawak. Ada banyak konsesi hanya ada di Semenanjung dan tiada di Sabah. Maka jangan sampai BERNAS menerima nasib sama. Kekal konsesi di Semenanjung  tetapi tidak lagi di Sabah Sarawak. Meletakkan Pengerusi BERNAS dikalangan MP Sarawak atau Sabah bukan jaminan. Macam-macam boleh berlaku. 

26 Comments