Video status terbaru pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo: Usaha berterusan Kerajaan GRS-PH Plus demi rakyat Sabah
10:03 Mar 25, 2024  |  By SabahKini2
Video status terbaru pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo: Usaha berterusan Kerajaan GRS-PH Plus demi rakyat Sabah

Dulu bermasalah di Zaman Warisan. Kini pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah sedang dalam landasannya. 4 Pakej telah siap jalan Papar Donggongon, Jalan Tawau-Semporna, Jalan Bypass Lahad Datu dan Jalan Kampung Lot M - Batu 32 Sandakan.

Pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo selepas pertukaran Kerajaan Warisan kepada Kerajaan GRS - BN selepas PRN 2020 pastinya mencabar. Kerajaan Pusat bertukar silih berganti tetapi peruntukan untuk menyiapkan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah tidak mencukupi. Kini Kerajaan GRS-PH Plus meneruskan khidmatnya.

 
 

Kredit Video- Lebuhraya Pan Bon
 
Kerajaan Sarawak bernasib baik kerana projek Fasa 1 menggunakan Sukuk DanaInfra yang membolehkan Kerajaan GPS menyiapkan projek dengan cepat berbanding Sabah.
 

Bagaimanapun januari lalu Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor mengumumkan sendiri 4  pakej kerja (PK) Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo Sabah telah disiapkan iaitu

1. Jalan Papar Donggongon

2. Jalan Tawau-Semporna

3. Jalan Bypass Lahad Datu 

4. Jalan Kampung Lot M - Batu 32 Sandakan

 

Menurut Datuk Shahelmy Yahya Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri JKR Sabah, keputusan Kerajaan Warisan  tahun 2019 mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menamatkan PDP seterusnya menamatkan Perjanjian PDP ada;ah faktor terbesar kelewatan Pan Borneo Sabah.

“Tindakan ini adalah salah kerana dengan penamatan Perjanjian PDP, model kewangan untuk membiayai perbelanjaan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo juga telah ditamatkan. 

“Melalui Perjanjian PDP, model kewangan adalah dijangka mencukupi melalui Peruntukan Pembangunan dan daripada Terbitan Sukuk oleh DanaInfra. 

“Setelah perjanjian PDP ditamatkan, sumber kewangan bagi pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah adalah hanya melalui Peruntukan Pembangunan yang sangat terhad. 

“Ini menyebabkan hanya 15 Pakej Sahaja dapat dilaksanakan daripada 35 Pakej keseluruhannya. Baki 20 Pakej lagi telah ditangguhkan sehingga baru sahaja diluluskan semula pada tahun 2023,” 

“Kerajaan Negeri Sabah juga telah berusaha untuk meneruskan baki 20 Pakej yang belum bermula.  Hasil usaha kerja keras dan desakan Kerajaan GRS Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pelaksanaan baki 20 Pakej Kerja pada tahun 2023 yang lalu.

“Hasil daripada kelulusan tersebut, Kerajaan Negeri Sabah melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah telah menyiapkan semua keperluan bagi tujuan pelaksanaan semula semua pakej. Rekabentuk dan Dokumen Tender telah tersedia serta proses Makmal Pengurusan Nilai telah disiapkan pada penghujung Oktober 2023.

“Setakat 22 Mac 2024, sebanyak empat Pakej Kerja iaitu WP12,13,14 dan 16 telah dibuat pelantikan kontraktor. Kerja-kerja fizikal akan bermula pada 1 April 2024.

“Manakala baki 16 Pakej lagi sedang dalam proses Perolehan dan dijangka akan dimuktamadkan pada bulan April 2024. Kerja-kerja fizikal dijangka bermula pada bulan Mei 2024.

“Kerajaan Negeri Sabah melalui JKR Sabah akan berusaha untuk memantau pelaksanaan projek mengikut terma-terma kontrak sehingga berjaya disiapkan,” kata Shahelmy. 

 

 

Ogos tahun lalu Menteri Kerja Raya Malaysia Datuk Nanta Linggi berkata Fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah, yang melibatkan 15 pakej kerja, kini pada tahap 82 peratus pembinaan dan dijadual siap sepenuhnya, pada Januari 2025.

 

 

STATUS VIDEO TERBARU PROJEK LEBUH RAYA PAN BORNEO SABAH

      - KREDIT VIDEO : 

  

 

Ini sebahagian dari video-video yang terbaru pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah. Masih ada lagi yang belum diperolehi namun nampaknya pembinaan Lebuhraya ini semakin menunjukkan hasilnya. Daripada sibuk melayan cakap-cakap pemimpin Warisan baik fokus buat kerja. Benarlah kata orang hanya  engineer saja mampu memikirkan cara cepat untuk menyiapkan projek. Sesuailah dengan kedudukan YB Datuk Ir. Shahelmey Bin Yahya Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri JKR Sabah sebagai seorang JURUTERA. Rakyat Sabah akan lebih bangga dengan projek ini semuanya telah disiapkan.

 

 

PELAKSANAAN PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH
PAKEJ KERJA 3 - MENAIKTARAF JALAN DARI BEAUFORT KE BONGAWAN

[TANAH PERMAI SDN BHD- LINTASAN RESOURCES SDN BHD]

11 MAC 2024

Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo bagi jajaran Pakej Kerja 3 ini melibatkan kerja kerja Menaiktaraf jalan dari Beaufort ke Bongawan kepada Lebuhraya empat Lorong dua hala ( dual carriageway ) sepanjang 22.4KM. Pakej Kerja ini melibatkan pembinaan 4 Jambatan (Sg Mawao, Sg Klias Baru, Sg Membakut dan Sg Damit), 3 Jejantas pejalan kaki dan 2 Persimpangan bertingkat (Persimpangan Bertingkat Bongawan dan Persimpangan BEBO Arch Keretapi untuk kemudahan pengguna Lebuhraya. Persimpangan BEBO Arch Keretapi merupakan struktur BEBO Arch pertama yang dibina melintasi landasan keretapi di negeri Sabah. Dibina dari kontrit pra-tuang berbentuk arch, ianya mempunyai span sejauh 25m dan sepanjang 157m. Apabila siap kelak, ianya akan melancarkan pergerakan kenderaan yang melalui Lebuhraya Pan Borneo Sabah kerana kenderaan tidak perlu berhenti seketika, apabila keretapi
JKNS tren melaluinya.

 

PELAKSANAAN PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH
PAKEJ KERJA 30 – MENAIKTARAF JALAN DARI SAPI NANGOH KE SUNGAI BAOTO (16.8KM)

4 MAC 2024

Pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi jajaran Pakej Kerja 30 ini melibatkan kerja-kerja menaiktaraf jalan dari Sapi Nangoh ke Sungai Baoto kepada empat lorong dua hala (dual carriageway) sepanjang 16.8 km. Pakej kerja ini bakal menyediakan akses perhubungan darat yang selesa, selamat dan memendekkan masa perjalanan Sandakan, Ranau, Telupid dan Kota Kinabalu.

 

PELAKSANAAN PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH
PAKEJ KERJA 29- MENAIKTARAF JALAN DARI MOYNOD KE SAPI NANGOH 

22 FEBRUARI 2024


Kemajuan terkini Lebuhraya Pan Borneo Sabah Pakej Kerja 29 Dari Moynod ke Sapi Nangoh

PELAKSANAAN PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH
PAKEJ KERJA 28-SANDAKAN MILE 32 KE MOYNOD (21.7KM) (KINI SIAP)

14 FEBRUARI 2024

Kemajuan terkini Lebuhraya Pan Borneo Sabah Pakej Kerja 28
Menaiktaraf Jalan dari Sandakan Mile 32 ke Moynod (21.7KM)

PELAKSANAAN PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH –
PAKEJ KERJA 08 – MENAIKTARAF JALAN DARI SEPANGGAR KE BULATAN BERUNGGIS

[SINKONG FLEET JV SDN BHD]

7 FEBRUARI 2024

Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi jajaran Pakej Kerja 08 ini melibatkan kerja kerja menaiktaraf jalan dari Sepanggar ke Bulatan Berunggis kepada empat Lorong dua hala (dual carriageway ) sepanjang 11.7 KM. Pakej Kerja ini melibatkan pembinaan 1 Jambatan (Jambatan Telipok), 1 Interchanges (Norowot Interchanges), 4 elevated u turn dan 4 lagi at – Grade U turn. Di samping itu ,sebanyak 21 perhentian bas dan 9 jejantas pejalan kaki akan di bina di sepanjang jajaran pakej ini untuk kemudahan pengguna jalan raya di sekitarnya. Jajaran ini adalah salah satu Pakej Jalan Lingkaran Luar Kota Kinabalu / Kota Kinabalu Outer Ring Road (KKORR) yang di bina bertujuan untuk menyuraikan pergerakan aliran trafik bagi mengurangkan kesesakan lalulintas terutama pergerakan trafik keluar dan masuk ke Bandaraya Kota Kinabalu.

 

PELAKSANAAN PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH –
PAKEJ KERJA 07 – MENAIKTARAF JALAN DARI INANAM KE SEPANGGAR

[PERWIRA PROGRESIF SDN BHD]

31 JANUARI 2024

Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi jajaran Pakej Kerja 07 ini melibatkan kerja kerja Menaiktaraf jalan dari Inanam Ke Sepanggar kepada empat Lorong dua hala ( dual carriageway ) sepanjang 9.9 KM. Pakej Kerja ini melibatkan pembinaan 6 Jambatan utama (Kiansom Bridge, Mansiang Bridfe, Keliangau Bridge, Tebobon Bridge) dan 5 Interchanges (PBH Sepanggar Link Interchanges, Kiansom Interchanges, Sepanggar Interchanges, Manggatal Interchanges, Kokol Interchanges) dan bermula daripada Kiansom Inanam ke Bandar Putera Telipok. Oleh itu, jajaran ini adalah salah satu Pakej Jalan Lingkaran Luar Kota Kinabalu / Kota Kinabalu Outer Ring Road (KKORR) yang di bina bertujuan untuk melancarkan pergerakan aliran trafik bagi mengurangkan kesesakan lalulintas terutama pergerakan trafik keluar dan masuk ke bandaraya Kota Kinabalu.

 

PELAKSANAAN PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH –
PAKEJ KERJA 06 – MENAIKTARAF JALAN DARI PUTATAN KE INANAM

[PEMBINAAN AZAM JAYA SDN BHD]

29 JANUARI 2024

Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi jajaran Pakej Kerja 6 ini melibatkan kerja kerja Menaiktaraf jalan dari Putatan ke Inanam kepada empat Lorong dua hala (Dual carriageway) sepanjang 19.6 KM. Jajaran ini adalah salah satu Pakej Jalan Lingkaran Luar Kota Kinabalu / Kota Kinabalu Outer Ring Road (KKORR) yang di bina bertujuan untuk menyuraikan pergerakan aliran trafik bagi mengurangkan kesesakan lalulintas terutama pergerakan trafik keluar dan masuk ke
Bandaraya Kota Kinabalu.

PELAKSANAAN PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH –
PAKEJ KERJA 4 - MENAIKTARAF JALAN DARI BONGAWAN KE PAPAR (23.2KM)

[PEMBINAAN KEKAL MEWAH SDN BHD]

22 JANUARI 2024




Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi jajaran Pakej Kerja 4 ini melibatkan kerja-kerja menaiktaraf jalan dari Bongawan ke Papar kepada empat Lorong Dua Hala (Dual Carriagway) sepanjang 23.2km. Pembinaan bermula daripada Bulatan Bongawan dan berakhir berhampiran Benoni Interchange dan melibatkan pembinaan pembinaan 6 Jambatan ( Jambatan Nyaris – Nyaris, Jambatan Mandahan, Jambatan Benoni, Jambatan Bongawan, Jambatan Kelatuan dan Jambatan di Interchange Benoni ) dan 2 Interchanges ( Kimanis dan Benoni Interchange). Di samping itu sebanyak 18 perhentian bas dan 1 jejantas pejalan kaki akan di bina di sepanjang jajaran pakej kerja ini untuk kemudahan pengguna jalan raya di sekitarnya. Jajaran ini adalah salah satu Pakej Kerja bahagian barat daya Sabah yang di bina bertujuan untuk melancarkan pergerakan trafik bagi penduduk Sabah yang bergerak daripada Bongawan ke bandaraya kota Kinabalu Sabah.

 


PELAKSANAAN PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH
PAKEJ KERJA 10- MEMBINA JALAN DARI PITURU KE RAMPAYAN LAUT (32.2KM)

[KONTRAKTOR FOKUS NIAGA SDN BHD-JUTAWAN BORNEO SDN BHD
WILAYAH KAYA SDN BHD]

7  DISEMBER 2023

Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi jajaran baharu pesisir pantai ini melibatkan kerja -kerja pembinaan jalan raya satu lorong dua hala (Single Carriageway) sepanjang 32.19km. Jajaran ini bermula dari Pituru ke Rampayan Laut bakal memberi akses perhubungan yang lebih baik dan efisien kepada penduduk setempat seterusnya akan memendekkan masa perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu, Kota Belud dan daerah Kudat.

PELAKSANAAN PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH
PAKEJ KERJA 21- MEMBINA JALAN LAHAD DATU BYPASS (KINI SIAP)

[BHO SDN BHD]

10 OKTOBER 2023

Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi jajaran baharu Jalan Pintas Lahad Datu ini melibatkan kerja - kerja pembinaan jalan raya baharu empat lorong dua hala (dual carriageway ) sepanjang 6.87KM. Jajaran baharu ini dijangka akan dibuka kepada orang awam pada tahun ini bermula dari Batu 6, Jalan Silam dan berakhir di Batu 4, Jalan Segama akan memendekkan jarak masa perjalanan kepada pengguna dari Tawau ke Sandakan dan sebaliknya.

 

 

PELAKSANAAN PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH
PAKEJ KERJA 15 – MENAIKTARAF JALAN TAWAU KE SEMPORNA (PROJEK SIAP)

PEMANDANGAN UDARA PEMBUKAAN JALAN EMPAT LORONG DUA HALA PAKEJ KERJA 15

16 OGOS 2023


Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi jajaran Pakej Kerja 15 ini melibatkan kerja -kerja menaiktaraf jalan dari Tawau ke Semporna kepada empat lorong dua hala (Dual Carriageway) sepanjang 5 km. Apabila siap kelak, lebuhraya ini bakal menjadi penghubung ekonomi selain menyediakan akses kemudahan perhubungan darat selesa, selamat dan memendekkan masa perjalan dari Tawau, Semporna dan Lahad Datu.

Tinjauan semasa pembukaan jalan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Pakej Kerja 15 Menaiktaraf Jalan dari Tawau ke Semporna bermula dari Sungai Burong ke Kampung Check Point Tawau pada 15 Ogos 2023.

 

Antara Pakej Kerja yang kontroversi ialah WP01 dan WP02 dari Taikun Sabah Chong Kek Sang atau digelar 'Chong Babi'..Semoga dua pakej ini segera diselesaikan 

PELAKSANAAN PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH
PAKEJ KERJA WP01 – MENAIKTARAF JALAN SINDUMIN KE KG MELALIA

[JUTA HAJAT SDN BHD- SYARIKT KUMPULAN KEMAJUAN KK (SABAH) SDN BHD JV]

24 MEI 2023

 

KREDIT VIDEO- SUNNY DAY

 

PELAKSANAAN PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH
PAKEJ KERJA WP02 – MENAIKTARAF JALAN KG MELALIA - BEAUFORT

[EXPOWARISAN SDN BHD-KATATA CONTRUCTION (S) SDN BHD JV]

28 MEI 2023



KREDIT VIDEO- SUNNY DAY

15 Comments