Apabila buku tak laku Zainnal Ajamain oportunis pun mula beraksi!
01:03 Mar 18, 2018  |  By SabahKini2
Apabila buku tak laku Zainnal Ajamain oportunis pun mula beraksi!

Zainal Ajamain bukan pakar undang-undang jadi tafsirannya dalam MySabah satu ketika melencong mengenai MA63

Kenapa seorang oportunis politik seperti saudara Zainnal cuba untuk menimbulkan keraguan terhadap apa yang DSP janjikan

Apa sebenarnya yang terselirat dalam kotak minda Zainnal Ajamain bila cuba mempersoalkan kenyataan DSP Anifah untuk meletak jawatan dari UMNO sekaligus jawatannya sebagai Menteri jika Putrajaya memilih untuk tidak memulihkan hak Sabah.

mahu baca buku tebal dia pun orang tak nak baca.

Kita umumnya sudah sedar bahawa ketika inipun Putrajaya memang membuka pintu rundingan seluas-luasnya secara telus dan jujur bagi mengembalikan apa yang sepatutnya Sabah nikmati seperti mana termaktub di bawah MA63.

Perundingan MA63 sememangnya sedang berjalan malahan Najib sendiri pernah menyatakan bahawa Kerajaan BN sentiasa bersifat demokratik kerana apa yang lebih utama adalah memastikan Sabah terus maju dengan pembangunan seimbang seperti dikecapi di Semenanjung.

Yang nyata tidak susah untuk meneka kenapa seorang oportunis politik seperti saudara Zainnal cuba untuk menimbulkan keraguan terhadap apa yang DSP janjikan. Saban hari beliau menjaja cerita MA63 seolah hanya beliau seorang yang pakar dalam isu ini. Jika MA63 berjaya diselesaikan secara hikmah dan bijaksana, sudah tentulah periuk nasi oportunis seperti saudara Zainnal akan tertutup.

Itulah sebab seboleh-bolehnya saudara Zainnal cuba bermain wayang dan menanam keraguan rakyat kepada keikhlasan pemimpin utama BN Sabah seperti DSP Anifah.

Adalah saudara Zainnal lupa jasa DSP yang membawa isu MA63 ini hingga ke peringkat Kabinet?  Memang isu MA63 sering diperkatakan dan menjadi modal politik cari makan sesetengah pihak. Tapi pada DSP Anifah, beliau tidak akan berhenti sehinggalah segala yang sepatutnya menjadi hak negeri Sabah  dipulangkan seperti yang dijanjikan.

Isu MA63 telah diperkatakan sejak dari zaman Tun Datu Mustapha lagi. Tetapi hanya di zaman DSP Anifah isu ini diangkat secara serius hingga ke peringkat Kabinet. Pada zaman DS Najib sekarang inilah barulah seorang Perdana Menteri memberi jaminan dan komitmen kepada rakyat Sabah.

Dulu ada kah? Tiada. Dulu sebelum DSP Anifah ada kah? Tiada. Adakah PM buat semata mata kerana saudara Zainnal? Siapa saudara Zainnal dan apa jasanya kepada rakyat Sabah? 

Mungkin juga saudara Zainnal mempunyai ingatan yang selektif bilamana beliau sengaja lupa pada sejarah DSP menolak jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan pada tahun 2008 dahulu.

Inilah satu bukti pejuang sejati seperti DSP tidak ghairah mengejar pangkat kedudukan jika jawatan itu tidak menjanjikan apa-apa perubahan buat negeri Sabah.

Bak kata orang Inggeris "action speaks louder than words". Perbuatan yang lebih  penting dari sekadar kata-kata. Saudara Zainnal hanya pandai berkata-kata tetapi tiada disusuli tindakan yang affirmatif.  

Tun Razak yang membentangkan MA63 ke Parlimen pada tahun 1963 Dan anaknya yang akan mengotakan janji. Pada masa Perdana Menteri Najib dan Menteri Luar Anifah lah maka YAB PM sanggup berkata dan berjanji 'apa yang terambil akan dikembalikan dan apa yang belum dilaksanakan akan dilaksanakan'.

Maaf Zainal tapi masa nak cuba laku kan buku ker? Banyak sangat tak terjual ker? 

4 Comments