Projek Trans Borneo Railways, Menteri Pengangkutan Malaysia, Brunei sahkan tidak pernah melantik Brunergy Utama
20:04 Apr 01, 2024  |  By SabahKini2
Projek Trans Borneo Railways, Menteri Pengangkutan Malaysia, Brunei sahkan tidak pernah melantik  Brunergy Utama

Kecoh Projek Trans Borneo Railways. Menteri Pengangkutan Malaysia dan Brunei sahkan tidak melantik kontraktor Brunergy Utama. Semuanya masih peringkat kajian dan cadangan. Apa motif Brunergy umum? Lobi atau 'scammer' pelabur?

Putrajaya tidak tahu menahu mengenai cadangan sebuah syarikat membina rangkaian kereta api laju menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei, dan Kalimantan di Indonesia, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Loke berkata projek seperti itu mesti mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada kerajaan malah tender untuk kajian kebolehlaksanaan projek itu hanya dibuka pada Mei ini.

Katanya, kajian kebolehlaksanaan itu akan mengambil masa sembilan bulan untuk dilengkapkan.

“Kalau mereka nak bina landasan kereta api di Sabah dan Sarawak, sudah semestinya mereka perlu mendapatkan kelulusan kerajaan Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Setakat ini tiada apa-apa kelulusan dan kita (kerajaan) tidak pernah berbincang dengan syarikat ini,” katanya kepada wartawan selepas satu program di KLIA Terminal 2.

Loke juga berkata sebarang pengumuman mengenai projek mega mesti dibuat oleh kerajaan bukannya syarikat swasta.

Brunergy ‘Cap Ayam’ macam ‘Scammer’ tarik pelabur

Sebagaimana pendedahan Sabahkini2 Brunergy Utama (B) Sdn Bhd sebuah syarikat baharu yang tiada kelayakan dalam industry railway di dunia, di asia malah di Negara Brunei Darusslam itu sendiri.

Malah Mustapha Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi Negara Brunei (MTIC), YB Pengiran Dato Seri Setia Shamhary Bin Pengiran Dato Paduka Haji memaklumkan syarikat hanya menghantar Cadangan dan tidak pernah melantik membina Trans Borneo Railways (TBR) merentasi Sabah Sarawak dan Kalimantan Indonesia.

 

ARTIKEL BERKAITAN -  Brunergy Syarikat 'Cap Ayam': Kerajaan Brunei, Malaysia, Indonesia tak pernah lantik bina Projek Trans Borneo Railways

 

Bukan semua syarikat Brunei ada duit dan berkelayakannya berdasarkan gabungan konsortium yang dibentuk Brunergy Utama Sdn Bhd dibina Secara  Design, Build, Own And Operate (DBOO) jelas syarikat ‘Cap Ayam’!.

Siapa pembayar projek ini? Brunei, Malaysia merangkumi atau dan Indonesia? Tidak mudah syarikat ‘cap ayam’ membina projek  bernilai USD70 bilion (RM330 bilion) itu merangkumi dua fasa, membabitkan laluan sepanjang 1,600km menggunakan kereta api dengan kelajuan maksimum 350km/j.

Apa yang disebut oleh Premier Sarawak Abang Johari Openg sebelum ini hanyalah kajian dan cadangan bukan melantik kontraktor. Dan semunya sebagaimana kenyataan Menteri Pengangkutan Malaysia pada Oktober lalu hanya  menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek susulan permintaan daripada Kerajaan Sarawak.

 

1 Comment