Tahun 2022 kecoh agen mossad pasangan suami isteri dan beberapa lagi didakwa cubaan menculik dan membunuh. Nampaknya kali ini ada lagi pasangan suami isteri menjadi agen Israel yang membekal senjata kepada pengganas Israel yang menyusup masuk Malaysia
Seorang wanita menjadi pembekal senjata api kepada warga Israel Shalom Avitan didakwa di mahkamah dan mengaku mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen Klang.
Manakala pasangannya pula berdepan dengan dakwaan telah berada bersama isterinya yang menimbulkan anggapan munasabah dia mengetahui isterinya memiliki pistol berkenaan.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh, Syarifah Farahah Syed Hussin, 41, yang merupakan penganggur telah didapati memiliki senjata api yang menyalahi undang-undang iaitu pistol jenama CZ 75 P-01 CAL.9 LUGER dan telah melakukan kesalahan bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971.
Manakala tertuduh kedua iaitu suaminya, Abdul Azim Mohamad Yasin, 43, pula didakwa pada 29 Mac sekitar 8 malam di alamat no 183, Jalan Haji Omar Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor telah didapati bersama OKT pertama (Syarifah Faraha) telah memiliki pistol jenis LUGER bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971.
Jika sabit salah kedua-dua tertuduh akan berdepan hukuman penjara selama 14 tahun dan sebat sekurang-kurangnya enam kali.
Pasangan itu juga tidak ditawarkan jaminan kerana kesalahan bawah akta senjata api yang tidak membenarkan sebarang jaminan.
Mahkamah telah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 11 Jun depan manakala kedua-dua tertuduh akan terus direman sehingga 11 April ini.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Unit Jenayah Berat dan Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim dan Fauzeeyah Faik.
Sebelum ini seorang warga Israel yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis ditahan di sebuah hotel mewah di Jalan Ampang, di sini, selepas dikesan memiliki enam pucuk pistol jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 200 butir peluru pada 27 Mac lepas.
Hasil siasatan mendapati Shalom Avitan yang memasuki negara ini pada 12 Mac lalu, menerusi penerbangan dari Emiriah Arab Bersatu menggunakan pasport warga Perancis, merancang membunuh ketua kepada satu keluarga kumpulan penjenayah yang berseteru dengan keluarganya dikenali sebagai Eytan Haya dari dari Haya Organization. Shalom Avitan adalah dari kumpula Mosley Organization.Media Israel melaporkan perseteruan dua gangster Israel ini selepas Shalom Avitan ditangkap namun Polis Malaysia tidak mempercayai laporan media kerana ada sesuatu tidak kena kehadiran lelaki israel ini.
Selepas penahanan lelaki Israel Shalom polis kemudian memberkas pasangan suami isteri itu yang disyaki menjual enam senjata api kepadanya selain membawa kepada penemuan sepucuk lagi pistol di dalam beg sandang dalam kereta milik pasangan terbabit.
Polis turut mengesahkan lelaki warga Israel terbabit turut disambung reman selama tujuh hari selepas reman sebelum ini tamat. Menurut Ketua Polis Negara lelaki Israel itu akan didakwa selepas hari raya nanti