Selepas anak direman, SPRM sahkan siasat Menteri Besar dakwaan anak monopoli projek di Perlis
06:04 Apr 29, 2024  |  By SabahKini2
Selepas anak direman, SPRM sahkan siasat Menteri Besar dakwaan anak monopoli projek di Perlis

Desas-desus anak MB Perlis monopoli projek kedengaran tahun lalu. Susulan itu anak MB direman kerana monopoli projek termasuk memalsukan tuntutan bayaran. Projek dibayar tetapi tidak dihantar seperti bekalan air mineral untuk Tuanku Raja Perlis di Hospita

Selepas menahan dan menahan Mohd Shafeeq anak MB Perlis  bersama Setiausaha Sulit Kanan dan beberapa kontraktor kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyiasat Mohd Shukri Ramli MB Perlis sendiri berikutan telah melantik beberapa syarikat mempunyai kepentingan dengannya membabitkan projek pembekalan dengan peruntukan kira-kira RM300,000.

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM reman anak menteri besar Perlis menantu Hadi, Anuar SUSK kes rasuah RM600,000

 

Menurut sumber MB telah melantik beberapa syarikat bagi kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan membabitkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta, di mana syarikat terbabit mempunyai kepentingan dengan anaknya.

Bukan lagi rahsia projek di Negeri Perlis dipercayai dimonopoli anak MB Perlis menggunakan beberapa lesen syarikat di bawah kawalannya.

“Kesalahan tersebut dipercayai dilakukan dari Januari 2023 hingga Mac 2024 dan syarikat tersebut turut disyaki mengemukakan dokumen mempunyai butiran matan palsu bagi kerja tersebut, selain diberikan komisen kira-kira 5% daripada nilai projek.”

Setakat ini, katanya, 15 syarikat dikenal pasti dikawal anak MB perlis dan antara kerja dilakukan membabitkan pembekalan air mineral, hamper dan cenderahati. SUSK MB Anuar Abidin bersekongkol meluluskan permohonan anak MB


Antara bekalan yang ditipu... tetapi tidak wujud

 

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung perkara itu susulan selepas penahan anak MB Perlis sebelum ini.

 

2 Comments