(VIDEO) Demi Rakyat, Sewa PPR di Sandakan diturunkan - Musa Aman
19:03 Mar 19, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Demi Rakyat, Sewa PPR di Sandakan diturunkan - Musa Aman

Kerajaan Persekutuan dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa peka dan mendengar rintihan rakyat selain sedar akan tanggungjawab membantu dan meringankan beban rakyat,

 

SANDAKAN: Sewa bulanan bagi tiga Program Perumahan Rakyat (PPR) di daerah ini iaitu Muhibbah, Harmoni dan Batu Sapi diturunkan dari RM220 hingga RM245 kepada RM170.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata ia bertujuan meringankan beban rakyat yang tinggal di PPR berkenaan dan selepas mendengar rintihan mereka yang meminta kerajaan menurunkan kadar sewa bulanan itu.

Beliau berkata keputusan itu juga dibuat atas persetujuan bersama kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan berdasarkan faktor kesejahteraan rakyat.

"Kerajaan Persekutuan dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa peka dan mendengar rintihan rakyat selain sedar akan tanggungjawab membantu dan meringankan beban rakyat," katanya ketika mengumumkan penurunan kadar sewa bulanan itu pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di PPR Muhibbah di Batu 12 dekat sini, hari ini.

1 Comment