Syarikat balak Sabah Priceworth dikuasai Freddy Lim dan Abdul Aziz cadang tukar nama kepada Maxland Berhad
16:05 May 02, 2024  |  By SabahKini2
Syarikat balak Sabah Priceworth dikuasai Freddy Lim dan Abdul Aziz cadang tukar nama kepada Maxland Berhad

Priceworth International Berhad yang dikuasai taikun balak Datuk Lim Nyuk Sang @ Freddy Lim dan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir mahu tukar nama syarikat kepada Maxland Berhad.

Syarikat balak dan kilang dari Sabah, Priceworth International Berhad yang dikuasai taikun Datuk Lim Nyuk Sang @ Freddy Lim dan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir bekas MP Kulim- Bandar Baru yang mesra PN bercadang untuk menukar namanya daripada “Priceworth International Berhad” kepada “Maxland Berhad”.

Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir bukanlah orang baru dalam Priceworth  (PWI) kerana ketika beliau diluar syarikat Aziz memasukkan anaknya Adam Yusoff Aziz sebagai Lembaga Pengarah sebelum beliau kembali sebagai Pengerusi Priceworth  (PWI). Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir adalah punca mengapa kerajaan bertukar di Sabah dan pusat Priceworth  (PWI) kekal mendapat kontrak di Sabah. Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir  juga adalah Pengerusi Destini Berhad.

 

Terdapat usaha hantara Destini Berhad dan Priceworth International Berhad yang digerakkan oleh Pengerusinya Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir untuk projek solar.

 

Siapa Taikun Datuk Freddy Lim Nyuk Sang?

Siapa tak kenal Datuk Freddy Lim? Taikun yang pernah dikaitkan sebagai ‘kroni’ Tan Sri Musa aman ini selain menguasai  Priceworth International Berhad (22.34%) beliau juga menguasai Kretam Holdings Berhad (66%) dan terbaru syarikat lombong emas Bahvest Resources Berhad (13.69%). 

Datuk Freddy Lim hidup dengan semua kerajaan sejak sebelum Musa Aman belum jadi Ketua Menteri, Shafie Apdal Warisan Ketua Menteri hinggalah sekarang terus kekal hidup kerana legasi.  Freddy Lim sekian lama menjadi Ahli Lembaga Pengarah Sabah Softwood Berhad sebuah GLC anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah. Tiada kerajaan boleh menyingkirkan Datuk Freddy Lim.  

Sabah Softwood Berhad memiliki 50,000 ekar tanah. Orang kata di mana ada tanah dan balak disitu ada Freddy Lim. Baca kisah Datuk Freddy Lim sini termasuk usahanya merampas syarikat lombong emas milik Bahvest Resources Berhad;

ARTIKEL BERKAITAN- Dari taukeh Balak Priceworth ke lombong emas Bahvest: Datuk Freddy Lim terus hidup dari zaman Musa, Shafie Apdal dan Hajiji

 

Priceworth International Berhad yang sering dikaitkan dengan bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman antara syarikat perintis terawal pengendali kayu bersepadu antara pembalakan, penamaman semula hutan dan pengilang kayu. 25 tahun pengalaman dalam industri balak dan mempunyai 27,900 hektar tanah hutan konsesi kerajaan negeri sejak 2007.

Priceworth  (PWI) sebuah syarikat yang bertahan hidup dengan semua Ketua Menteri Sabah sehinggalah Warisan berkuasa pada mei 2018 hingga September 2020.  Malah ketika Kerajaan Negeri bawah Shafie Apdal menamatkan kontrak balak dan memberikan kuasa Yayasan Sabah mengurus balak tetapi Priceworth  (PWI) kekal dilantik mengurus balak di Sabah.

Dalam makluman di Bursa Malaysia, syarikat itu menyatakan nama yang dicadangkan “Maxland Berhad” telah diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan tempahan untuk penggunaan nama yang dicadangkan itu dilanjutkan hingga 24 Julai 2024.

"Lembaga Pengarah PWI ingin mengumumkan syarikat bercadang untuk menukar namanya daripada “Priceworth International Berhad” kepada “Maxland Berhad”.

"Cadangan Pertukaran Nama adalah tertakluk kepada kelulusan pemegang saham Syarikat pada Mesyuarat Agung Luar Biasa yang akan diadakan pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

"Pekeliling kepada pemegang saham dengan butiran Cadangan Pertukaran Nama akan dikeluarkan kepada pemegang saham dalam masa terdekat," kata syarikat itu.

PWI sudah pun memiliki syarikat menggunakan nama Maxland iaitu Maxland Energy Sdn. Bhd. yang telah mengambil alih 100% pegangan dalam Melur Azim Sdn. Bhd. berharga RM46.7 juta pada 15 Disember 2023. Beberapa anak syarikat PWI juga ada menggunakan nama Maxland.

Bagi tahun kewangan 2023, PWI mencatat perolehan sebanyak RM49.6 juta, turun 62% berbanding FY2022 dan menanggung kerugian bersih sebanyak RM2.52 juta (jatuh 115% berbanding keuntungan RM17.2 juta padan FY2022

 

2 Comments