'Ayahanda' Pertubuhan Amal Nusantara Bersatu Sabah ditahan polis bersama pistol palsu C15
17:05 May 12, 2024  |  By SabahKini2
'Ayahanda' Pertubuhan Amal Nusantara Bersatu Sabah  ditahan polis bersama pistol palsu C15

Ayahanda yang ditangkap ialah Pertubuhan Amal Nusantara Bersatu Sabah (ANB) yang aktif di KK, Kota Belud, Ranau, Semporna dan Sandakan. Turut dirampas sepucuk senjata api mainan menyerupai pistol C15, sebilah pisau pemotong daging dan samurai

Seorang lelaki dipercayai ketua sebuah pertubuhan haram bergelar 'Ayahanda' antara individu yang ditahan dalam Op Cantas (Gengsterisme) di kawasan gerai di Inanam Point, Jalan Tuaran, di sini, Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Senior Asisten Komisioner Polis, Azmi Abd Rahim berkata, pemeriksaan awal mendapati kesemua mereka mendakwa sebagai ahli Pertubuhan Amal Nusantara Bersatu Sabah (ANB).

Dalam serbuan kira-kira jam 10.10 malam itu, seramai 14 lelaki berusia antara 22 hingga 49 tahun ditahan sepasukan polis Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dengan dibantu anggota Balai Polis Inanam.

"Bagaimanapun, semakan pada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mendapati logo yang digunakan oleh pertubuhan itu adalah tidak berdaftar.

"Turut dirampas sepucuk senjata api mainan menyerupai pistol C15, sebilah pisau pemotong daging bersama sarung serta pedang samurai.

"Selain itu, rampasan membabitkan 20 keping pelekat tertera logo kumpulan, kad ahli, 12 telefon bimbit dan empat kereta pelbagai jenis tertera pelekat pertubuhan ANB dan kumpulan Double 7," katanya.

"Selain itu, didapati wujud unsur-unsur kumpulan Double 7 yang diwartakan sebagai pertubuhan haram pada 2013," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Katanya lagi, operasi itu juga turut menahan seorang lelaki yang dipercayai sebagai ketua pertubuhan ANB Bersatu di Sabah dengan gelaran 'Ayah Abu Nilam Bersatu'.

Azmi turut berkata, siasatan juga mendapati pertubuhan itu kini mempunyai seramai 100 ahli di sekitar bandar raya ini, Kota Belud, Ranau, Semporna dan Sandakan.

"Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 50 Akta Pertubuhan 1966," katanya.

Pertubuhan Jalur Tiga di Sabah

Semakan menunjukkan pertubuhan 'TIGA LINE' dinamakan  ANB Bersatu di Sabah ini mempunyai pelbagai logo disetiap daerah. Ada ahlinya mempunyai kaitan dengan Pertubuhan Badan Amal Tarbiyah Sejagat Malaysia (BATAS) dari Semenanjung yang membuka cawangan di Sabah. 

 

Nombor pendaftaran ROS palsu

Sebelum ini Datuk Akjan 'Sulltan Sulu' juga gemar menggunakan NGO dalam gerakanny. Anyara yang sempat kecoh ialah pengakuannya sebagai Presiden Pekida Sabah namun selepas perebutan kuasa persatuan Akjan berkata dia Presiden PERKIDA yang juga mempunyai logo mirip serupa dengan pertubuhan kebajikan 'Gengster' haram di Sabah.

Ia sama juga seperti pertubuhan kebajikan Dato' Seri Maslan Sani @UPPIK yang menaungi NGO  Pertubuhan Pakatan Amal Kebajikan dan Ekonomi Sabah (PAKAT) dan Pertubuhan Ayahanda Anakanda Malaysia ( P.A.A.K ). Misinya alasan kebajikan namun dijadikan NGO cuci duit haram dan pembekal dadah terbesar antara Malaysia, Indonesia, Filipina dan Brunei.

Inilah yang berlaku kepada Geng Upik yang ditahan PDRM disember tahun lalu dan didakwa dimahkamah Jenayah terancang pada 1 Mac lalu. Dato' Seri Maslan Sani dan NGOnya dijadikan kuda oleh pemimpin Warisan sebelum ini ketika Azis Jamman menjadi Timbalan Menteri KDN.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kartel Dadah Terbesar Sabah didalangi Dato' Seri Maslan Sani NGO PAKAT tumpas

[ARTIKEL BERKAITAN- Jenayah Terancang Geng Upik: Dato' Seri Maslan Raja Dadah Sabah kuasai NGO 'Tiga Line', penjawat awam, penguatkuasa

Kartel Dadah Terbesar Sabah didalangi Dato' Seri Maslan Sani NGO PAKAT tumpas

NGO ini bergerak di daerah-daerah menggunakan program kebajikan dan agama untuk mengumpul ahli. Hasil duit jenayah dadahlah Datuk Seri Maslan UPIK membeli jiwa anak muda.

Dalam kes ANB Sabah ini menunjukkan ahli-ahlinya dipelbagai daerah melaksana program. Antara ANB yang aktif ialah ANB Ranau. Selepas kes tangkapan ANB semalam semua FB dan tiktok yang berkaitan ANB dipadam mungkin bimbang siasatan PDRM.


ANB Ranau Sabah/ BATAS - Memperalat anak muda atas alasan kebajikan namun jadi anggota gengster

 
Nombor 7 dan BATAS bersama ANB

Jadi kalau Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah dan buat Ops Cantas (Gengsterisme) maka elok buat semua jangan di kawasan gerai di Inanam Point saja kerana maklumat mengenai Pertubuhan Amal Nusantara Bersatu Sabah (ANB), BATAS, Perkida,  Pertubuhan Pakatan Amal Kebajikan dan Ekonomi Sabah (PAKAT) dan Pertubuhan Ayahanda Anakanda Malaysia ( P.A.A.K ) maklumat terbuka. Cawangan-cawangan mereka jelas maka tangkaplah.

 

2 Comments