Polis tahan pasangan suami isteri edar dadah
15:05 May 14, 2024  |  By SabahKini2
Polis tahan pasangan suami isteri edar dadah

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, hasil penahanan kedua-dua warga tempatan itu turut merampas dadah yang dianggarkan bernilai RM16000 dalam dua operasi berbeza di Putatan dan Penampang.

PENAMPANG: Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Penampang berjaya menahan pasangan suami isteri selepas dipercayai mengedar dadah di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, hasil penahanan kedua-dua warga tempatan itu turut merampas dadah yang dianggarkan bernilai RM16000 dalam dua operasi berbeza di Putatan dan Penampang.

“Hasil daripada tangkapan pertama iaitu seorang lelaki berumur 41 tahun berjaya membawa kepada tangkapan kedua iaitu seorang wanita berumur 34 tahun.

“Polis kemudian menemulan satu paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenih syabu seberat 466.07 gram yang disembunyikan oleh suspek dalam operasi ini,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika didapati bersalah suspek boleh dikenakan hukuman mandatori atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 15 kali.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sammy juga menyarankan masyarakat supaya tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan terus menjadi mata serta telinga polis dalam menyalurkan maklumat bagi membanteras gejala dadah.

Comment