Yayasan Kebajikan Sabah terima sumbangan RM100,000 dari Sime Darby Plantation
15:05 May 15, 2024  |  By SabahKini2
Yayasan Kebajikan Sabah terima sumbangan RM100,000 dari Sime Darby Plantation

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan sumbangan itu daripada Pengerusi Sime Darby Plantation Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani kepada Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah Dg. Rugayah Awang Besar.

KOTA KINABALU: Sime Darby Plantation menyerahkan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Yayasan Kebajikan Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan sumbangan itu daripada Pengerusi Sime Darby Plantation Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani kepada Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah Dg. Rugayah Awang Besar di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Hajiji turut diberi taklimat berhubung operasi Sime Darby Plantation di Sabah.

Selain itu, Yayasan Kebajikan Sabah ditubuhkan sejak 2021 untuk membantu kerajaan negeri dalam menggerakkan agenda kebajikan rakyat di negeri ini.

Antaranya menyalurkan sumbangan kebajikan kepada golongan kurang berkemampuan dan berkeperluan khas.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) Datuk Diyanah Abdullah; Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Plantation Datuk Mohamad Helmy Othman Basha dan pengurusan kanan syarikat itu. 

Comment