13,400 liter diesel seleweng dirampas PPM
16:05 May 16, 2024  |  By SabahKini2
13,400 liter diesel seleweng dirampas PPM

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, pemeriksaan di lokasi menemukan 13,400 liter diesel. Kedua-dua suspek ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen berkaitan.

PENAMPANG: Dua lelaki ditahan selepas selepas didapati menyeleweng diesel bersubsidi pada serbuan di sebuah stor di Kampung Minintod, di sini, jam 2.45 petang, semalam.

Ketika ditahan, kedua-duanya sedang mengepam diesel bersubsidi ke sebuah lori tangki.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, Op Taring Landai itu dijalankan hasil maklumat awam serta risikan.

"Pemeriksaan di lokasi menemukan 13,400 liter diesel. Kedua-dua suspek ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen berkaitan.

"Turut dirampas lori tangki dan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux," katanya dihubungi, hari ini.

Kesemua rampasan berjumlah RM184,160 dan kes dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1967.

Comment