Hajiji terima kunjungan hormat Presiden CUEPACS
18:05 May 16, 2024  |  By SabahKini2
Hajiji terima kunjungan hormat Presiden CUEPACS

Antara yang dibincangkan dalam pertamuan itu ialah mengenai isu kenaikan gaji penjawat awam seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Dr Adnan Mat di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Antara yang dibincangkan dalam pertamuan itu ialah mengenai isu kenaikan gaji penjawat awam seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan mengenai isu pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas untuk penjawat awam.

Adnan diiringi oleh Setiausaha Kewangan CUEPACS Anuar Mamat; Pengerusi CUEPACS Sabah Ajulahin Japin; Presiden Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) Murkam Hussien dan Setiausaha Agung KGKS Riduan Mohd Yassin.

Beliau berada di Sabah atas lawatan kerja ke beberapa buah sekolah di kawasan Kiulu.

Comment