Isu hak 40 peratus hasil negeri: Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad tidak pernah dilantik sebagai peguam Kerajaan Sabah!
04:05 May 17, 2024  |  By SabahKini2
Isu hak 40 peratus hasil negeri: Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad tidak pernah dilantik sebagai peguam Kerajaan Sabah!

Dalam isu semakan SLS mengapa tiba-tiba Tengku Datuk Fuad menyibuk? Siapa Tengku Datuk Fuad? Sejak bila Tengku Datuk dilantik sebagai peguam Kerajaan Sabah? Hakim meminta surat pelantikan tetapi Tengku Datuk Fuad kata tertinggal.

Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) hari ini dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Kerajaan Sabah campur tangan dalam rayuan oleh Jabatan Peguam Negara ( AGC) mengenai keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan persatuan tersebut membuat semakan kehakiman berhubung pemberian khas sebanyak 40 peratus untuk Sabah.

Malah dilihat seorang peguam Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad yang mendakwa beliau mewakili Kerajaan Sabah mencelah dalam rayuan tersebut turut berhujah semasa prosiding dijalankan semalam.


Datuk Reger Chin (SLS) dan Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad 

Persoalan besar siapa melantik Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad sebagai peguam Kerajaan Sabah?

Kerajaan Sabah malah Peguam Besar Negeri tidak pernah melantik Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad mewakili kerajaan. Ketika Hakim mahkamah meminta surat pelantikan beliau tidak dapat menunjukkan surat itu dengan alasan tertinggal d irumah. Sangat janggal beliau dibenarkan sebagai pencelah sedangkan penglibatannya adalah usaha membantu SLS.

Siapa agaknya dibelakang Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad?

SLS telah lama menunggu prosiding itu dijalankan selepas penangguhan lapan bulan dari September tahun lepas.

SLS pertama kali memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 9 Jun 2022, untuk membatalkan warta kerajaan persekutuan mengenai geran tahunan RM125.6 juta untuk Sabah, dengan alasan ia melanggar hak hasil negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Kerajaan persekutuan dinamakan sebagai responden pertama manakala kerajaan negeri Sabah adalah responden kedua.

Semakan kehakiman adalah untuk memaksa kerajaan persekutuan membayar 40 peratus bahagian hasil yang terhutang kepada negeri sejak tahun 1974 termasuk tunggakan, dan untuk mendapatkan pengisytiharan 40 peratus kelayakan seperti yang termaktub di bawah Perkara 112C dan 112D Persekutuan Perlembagaan.

Isunya ialah siapa Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad yang menggunakan jawatan Penasihat Undang-undang Kerajaan Sabah sehingga berani membuat pelbagai kenyataan yang tidak sehaluan dengan kerajaan Sabah? Umum mengetahui Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad bekas peguam Tan Sri Musa Aman dalam kes perebutan Ketua Menteri Sabah melawan Shafie Apdal tetapi bukan Penasihat Undang-undang Kerajaan Sabah.

Siapa Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad  untuk berkata hak Kerajaan Sabah terhadap Kerajaan Persekutuan di bawah Perlembagaan Persekutuan akan terjejas secara negatif jika ia dikecualikan daripada pendengaran?

Mengapa Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad  memandai kononnya jika Kerajaan Sabah tidak campur tangan hari ini, maka terdapat risiko bahawa haknya untuk mencabar Kerajaan Persekutuan berhubung peruntukan Geran Khas 40 peratus boleh dipadamkan tanpa didengari.

Penglibatan Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad  kononnya membantu SLS memberi persepi yang sangat buruk kepada Kerajaan Sabah. Bertindak mewakili Kerajaan Sabah memburukkan imej Ketua Menteri dan Kerajaan GRS dibawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.

Kerajaan Sabah dan Peguam Besar Negeri  mesti menjelaskan kedudukan Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad  yang tidak pernah dilantik mewakili Kerajaan Sabah.

Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Nor Asiah Binti Mohd Yusof ialah ketua penasihat undang-undang kepada Kerajaan Negeri Sabah dan merupakan ketua pegawai penguatkuasaan undang-undang negeri tiada orang lain bernama Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad sebagai Penasihat Undang-undang Kerajaan Sabah


Datuk Nor Asiah Binti Mohd Yusof

Setakat sehingga semalam Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Nor Asiah Binti Mohd Yusof belum membuat apa-apa kenyataan media mengenai Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad

Mahkamah telah menetapkan 24 Mei ini untuk pengurusan kes namun Kerajaan Sabah tidak wajar membenarkan Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad ‘menjual’ nama beliau dilantik Penasihat Undang-undang atau mewakili Kerajaan Sabah

Maka pergi berambus kamu Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad! Mengapa kamu menyibuk!Biar Peguam Besar Negeri dan SLS bertindak bukan kamu.

 

12 Comments