Fuad tidak dilantik wakili kerajaan, tiada hak campur tangan rayuan hasil 40% Sabah - Jeffrey TKM
19:05 May 18, 2024  |  By SabahKini2
Fuad tidak dilantik wakili kerajaan, tiada hak campur tangan rayuan hasil 40% Sabah - Jeffrey TKM

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Jeffrey Kitingan memaklumkan bahawa Fuad tidak mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak kerajaan negeri kerana beliau tidak dilantik untuk menyelesaikan kes itu.

Peguam Tengku Datuk Fuad Ahmad yang mendakwa dirinya Penasihat Peguam Kerajaan Sabah tidak berhak campur tangan dalam rayuan Putrajaya terhadap keputusan mahkamah tinggi memberikan kebenaran Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) untuk meneruskan semakan kehakiman membabitkan isu hak 40 peratus hasil Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Jeffrey Kitingan memaklumkan bahawa Fuad tidak mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak kerajaan negeri kerana beliau tidak dilantik untuk menyelesaikan kes itu.

“Saya sama sekali tidak bersetuju dengan apa yang Fuad katakan. Kerajaan Sabah tidak pernah melantik beliau dalam isu 40% ini. Jadi, dia tidak boleh bercakap untuk kerajaan kerana dia tidak mempunyai locus standi.

“Kerajaan Sabah telah menyokong usaha yang dilakukan oleh SLS selama ini.”

Sebagai parti dalam Gabungan Rakyat Sabah,Jeffery Kitingan berkata beliau telah membincangkan perkara itu dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Md Noor dan pemimpin parti lain susulan perkara itu dan kenyataan rasmi akan dibuat mengenainya.

Kehadiran Fuad "mengejutkan" di mahkamah tinggi di sini semalam, mencelah kononnya bagi pihak kerajaan Negeri Sabah. Campur tangan merujuk kepada prosedur pihak luar, yang bukan pihak asal, menyertai kes.

Sementara itu Jabatan Peguam Negara tidak membangkitkan sebarang bantahan semalam terhadap permohonan campur tangan itu bagaimanapun peguam SLS, Dr David Fung, Jeyan TM Marimuttu, dan Janice Junie Lim membuat bantahan.

SLS mempersoalkan hujah Kerajaan Sabah tidak mempunyai hak untuk didengar kerana rayuan itu hanya berkaitan permohonan kebenaran.

Fuad berhujah bahawa campur tangan itu perlu untuk mengelakkan risiko bahawa hak kerajaan Sabah untuk mencabar isu hak 40% hasil Sabah boleh dipadamkan tanpa didengari.

Fuad berhujah tiada keperluan untuk SLS membuat semakan kehakiman kerana kerajaan Sabah sudah pun bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk mengkaji semula perkara mengenai pemberian khas Sabah.

Sejak semalam, tindakan Fuad itu mengundang kritikan hebat daripada rakyat Sabah yang menyokong SLS dalam memperjuangkan hak Sabah tetapi tindakan Fuad yang mengaku sebagai Peguam Kerajaan Sabah dan campur tangan dipandang negatif dan dimanipulasi oleh parti Warisan seolah-olah Kerajaan Sabah menghentikan permohonan SLS untuk semakan kehakiman.

Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusannya mengenai rayuan kerajaan persekutuan terhadap kebenaran yang diberikan kepada SLS

Sabahkini2 sendiri telah mengesahkan sumber Kerajaan Negeri Sabah bahawa Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad tidak pernah dilantik mewakili Kerajaan Negeri Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN- Isu hak 40 peratus hasil negeri: Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad tidak pernah dilantik sebagai peguam Kerajaan Sabah!

 

Isu hak 40 peratus hasil negeri: Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad tidak pernah dilantik sebagai peguam Kerajaan Sabah!

 

Isu hak 40% hasil Sabah terus dipertahankan – Hajiji Ketua Menteri

Sementara itu Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor  menegaskan Kerajaan Sabah tidak akan melepaskan hak -hak perlembagaan Negeri Sabah berhubung pemberian khas 40 peratus Net Revenue (Hasil Bersih) di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

“Isu kritikal ini kini berada di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Teknikal MA63 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri.

“Kami akan terus mempertahankan hak-hak perlembagaan Negeri Sabah berhubung dengan formula perkongsian hasil sedia ada dan ini mesti dihormati oleh Kerajaan Persekutuan.

“Ini termasuk tuntutan negeri Sabah untuk “tahun-tahun yang hilang” (lost years) di mana tiada semakan dijalankan dari tahun 1974 sehingga baru-baru ini,” tegas Hajiji dalam satu kenyataan.

Menurutnya, setakat ini, terdapat penyelesaian interim (tanpa prejudis) di mana Negeri Sabah menerima lebih banyak daripada sebelum ini sementara menunggu rundingan lanjut antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk menuntut apa yang berhak kepada Negeri Sabah.

“Malah, sementara menunggu rundingan yang sedang berjalan, jumlah interim telah meningkat daripada RM125.6 juta pada 2022 dan daripada RM260 juta yang diumumkan pada Januari 2023 kepada RM300 juta pada Julai 2023.

“Walaupun ini tidak mencapai apa yang dijangkakan, kami telah komited dan konsisten dalam mendapatkan lebih banyak daripada Kerajaan Persekutuan berbanding sebelum ini,” katanya.

Hajiji turut menghormati hak Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) memulakan prosiding mengenai perkara itu.

“Biar saya jelaskan, kami menghormati hak Persatuan Undang-undang Sabah untuk memulakan prosiding undang-undang mengenai perkara ini.

“Kami juga mengiktiraf peranan penting litigasi kepentingan awam dalam memartabatkan kedaulatan undang-undang ke arah pentadbiran yang adil dan saksama.

“Saya telah mengarahkan Peguam Besar Negeri Sabah untuk meneliti dan menyemak prosiding undang-undang yang sedang berjalan dan jika perlu, untuk membetulkan sebarang kenyataan yang salah dan berbeza daripada kedudukan jelas dan rasmi Kerajaan Negeri Sabah,” tegasnya.

“Saya memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa kita tidak akan berhenti dalam usaha untuk semua hak negeri yang sepatutnya di bawah MA63 dan Perlembagaan Persekutuan.

 

Nota: Kepada bekas Kerajaan Warisan dan PN yang menangguk di air keruh dalam isu semakan SLS hak 40% hasil Sabah jangan cakap banyak kerana kamu dulu pun gagal bawa ke mahkamah.Masa jadi kerajaan kamu juga gagal menyelesaikan isu ini

5 Comments