Datuk Sangkar digugurkan, Mustapha Sakmud Pengerusi MPN Sabah baharu
18:05 May 26, 2024  |  By SabahKini2
Datuk Sangkar digugurkan, Mustapha Sakmud Pengerusi MPN Sabah baharu

Gesaan agar Sangkar mengundur diri juga mengambil kira keperluan untuk melantik pemimpin baharu yang lebih proaktif menggerakkan parti, terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) yang semakin dekat.

KOTA KINABALU: Polemik perebutan kuasa PKR Sabah selesai. Desakan 15 daripada 26 Ketua Cabang di Sabah dan Labuan meminta Datuk Sangkar Rasam meletakkan jawatan berhasil apabila hari ini Mesyuarat Biro Politik PKR mengesahkan pertukaran pucuk pimpinan MPN Sabah.

Mac lalu Jurucakap 15 Ketua Cabang berkenaan, Sazalye Donol Abdullah, mendakwa Sangkar yang dilantik sebagai Pengerusi MPN pada Ogos 2022 (cara desakan sama terhadap Christina) gagal melaksanakan tanggungjawab memantapkan PKR Sabah.

Gesaan agar Sangkar mengundur diri juga mengambil kira keperluan untuk melantik pemimpin baharu yang lebih proaktif menggerakkan parti, terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) yang semakin dekat.

Ketua Cabang yang menandatangani SD itu ialah dari Kota Marudu, Kota Belud, Kota Kinabalu, Sepanggar, Tuaran, Pensiangan, Sipitang, Beaufort, Beluran, Kinabatangan, Papar, Kimanis, Kalabakan, Batu Sapi dan Semporna.

Menurut sumber hari ini Keputusan telah dibuat Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Belud YB Datuk Mustapha Sakmud dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah yang baharu manakala Datuk Sangkar Rasam  dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat manakala  YB Peto Galim Ketua Cabang PKR Sepanggar sebagai Timbalan Pengerusi MPN Sabah.

"Semoga gandingan mantap Datuk Christina selaku Pengerusi PH Sabah, Awang Husaini Sahari sebagai Naib Presiden Pusat dan Datuk Sangkar sebagai Pengerusi MPN Sabah dapat memantapkan jentera PH Sabah bersama parti-parti komponen DAP, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Amanah," katanya sambil mengucapkan tahniah terhadap pelantikan baharu itu.

YB Datuk Mustapha Sakmud Ahli Parlimen Sepanggar sebelum ini Timbalan Pengerusi MPN PKR Sabah merupakan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

Comment