Mustapha Sakmud Pengerusi MPN Sabah yang baharu dilantik secara ‘desakan’ bolehkah beliau bertahan?
14:05 May 27, 2024  |  By SabahKini2
Mustapha Sakmud Pengerusi MPN Sabah yang baharu dilantik secara ‘desakan’ bolehkah beliau bertahan?

Daripada Christina kepada Datuk Sangkar dan kini Datuk Mustapa. Semua cara desakan berundur dan akhirnya diputuskan PKR Pusat. Jika Mustapa gagal maka sekali lagi 15 Ketua Cabang akan menggulingkannya. Apakah Mustapha mampu bertahan? PRN dah dekat apakah

Kemelut perebutan kuasa Pengerusi MPN Sabah selesai. Pengerusi MPN PKR yang baharu ialah Datuk Mustapha Sakmud.Beliau berkata lantikan itu sebagai ‘taklif’ atau tanggungjawab dan bukan ‘tashrif’ atau keistimewaan.

Timbalan menteri pendidikan tinggi itu berkata perubahan kepimpinan di peringkat negeri menzahirkan nilai parti yang sentiasa membudayakan amalan demokrasi di samping menyantuni dan mengangkat kearifan tempatan.

“Kini tiba masanya untuk PKR Sabah fokus memperjuang hak rakyat Sabah dalam kerangka gagasan Malaysia Madani yang selari dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Saya menyeru pucuk pimpinan parti di seluruh Sabah untuk merapatkan saf perjuangan dan berpadu di bawah pimpinan perdana menteri (Anwar Ibrahim) bagi mengangkat martabat rakyat serta negara yang tercinta,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil dalam kenyataan malam tadi mengumumkan pelantikan Mustapha manakala penyandang jawatan itu sebelum ini, Sangkar Rasam, adalah antara yang dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti yang baharu.

Sementara itu, Mustapha berkata PKR Sabah akan terus memberi komitmen untuk memastikan kestabilan politik negeri itu sehingga DUN dibubarkan.

Persoalannya mampukah Datuk Mustapha Sakmud bertahan sebagai Pengerusi MPN Sabah memandangkan semua Pengerusi MPN Sabah sebelum ini dijatuhkan dengan desakan Ketua Cabang. Datuk Christina Liew sebelum ini digugurkan melalui desakan Datuk Sangkar Rasam dan ketua cabang sekarang, dan hari ini Datuk Mustapha Sakmud menggunakan Ketua Cabang yang sama.

Kelebihan Datuk Mustapha Sakmud sekarang ialah beliau mempunyai jawatan kabinet sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berbanding Datuk Sangkar Rasam walaupun kaya raya tetapi tidak mempunyai jawatan yang boleh membantunya.

Datuk Sangkar Rasam pula tiada kepimpinan dan kedekut dalam berbelanja maka tidak hairanlah selepas kegagalan dalam PRU dan PRN kepimpinannya diragui.

Apapun tahniah kepada Datuk Mustapha Sakmud Pengerusi MPN Sabah baru. Beliau perlu mengemudi dengan baik jika tidak orang yang sama Ketua Cabang Kota Marudu, Sazayle Donol Abdullah  sekali lagi akan bersama 15 ketua cabang menggugurkannya

 

 

1 Comment