Konsesi Menara KL: Hydroshoppe Sdn Bhd ditamatkan, Syarikat dikuasai Lim Seong Hai Capital Berhad dilantik konsesi 20 tahun
19:05 May 29, 2024  |  By SabahKini2
Konsesi Menara KL: Hydroshoppe Sdn Bhd ditamatkan, Syarikat dikuasai Lim Seong Hai Capital Berhad dilantik konsesi 20 tahun

Hydroshoppe Sdn Bhd syarikat konsesi Menara KL terkait Tan Sri Annuar Musa ditamatkan. Mereka sebelum ini menghalau penyewa Restoran berputar syarikat Asian Kitchen kini konsesi mereka tamat digantikan Syarikat dikuasai Lim Seong Hai Capital Berhad - LSH

 


Pengumuman konsesi baharu oleh Menteri Komunikasi

Kontroversi Menara KL semakin kemuncaknya. Selepas Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd pemilik konsesi Menara KL dan Datuk Tan Ser Lay didakwa kes rasuah ogos tahun lalu. Hydroshoppe Sdn Bhd adalah syarikat yang dibantu Tan Sri Annuar Musa membeli 10 juta saham Menara KL Sdn Bhd anak syarikat TM harga dibawah pasaran RM3.8 juta

Mengapa biar  Abdul Hamid Pengarah Hydroshoppe  pembayar rasuah  Annuar Musa mengurus Menara KL secara Interim?

Bagaimanapun sepanjang pendakwaan itu Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh syarikatnya Hydroshoppe Sdn Bhd masih dilantik konsesi interim. Kemusykilan statusnya sebagai pihak didakwa di mahkamah dan pemilik konsesi Menara diragui. Disember tahun lalu Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd milik Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh menghalau Asian Kitchen (M) Sdn. Bhd. (AKSB) yang mengoperasikan restoran ‘berputar’ Atmosphere 360 ​​dan Café 360 selepas kontrak penyewaan tamat tempoh pada Jun 2023.

Konsesi baharu

Hari ini Jurucakap Kerajaan Perpaduan, YB Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi yang bertanggung jawab terhadap bangunan Menara KL milik kerajaan mengumumkan konsesi Menara Kuala Lumpur (KL) kini diuruskan oleh anak syarikat senarai awam Lim Seong Hai Capital Berhad iaitu LSH Best Builders Sdn. Bhd JV bersama Service Master (M) Sdn. Bhd. bagi konsesi selama 20 tahun.

Menurut Fahmi Fadzil mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju mengenai perkara itu selepas daripada lima pembida syarikat tempatan yang mengemukakan Permintaan Cadangan (RFP).

“Syarikat usahasama itu dipilih oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan pihak kerajaan dan telah memenuhi syarat ditetapkan dan tidak ada apa-apa isu terkait selepas semua saringan dilakukan dari segi aspek integriti serta tidak timbul sebarang isu,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Katanya, proses seterusnya adalah pengeluaran surat pengoperasian kepada syarikat usahasama tersebut.

Fahmi berkata, beliau dimaklumkan, semua syarikat yang ingin terlibat dalam proses tender ini perlu mempunyai keupayaan kewangan sekurang-kurangnya RM18 juta.

SIAPA LSH?

Semakan menunjukkan  LSH Best Builders Sdn. Bhd anak syarikat Lim Seong Hai Capital Berhad ini mempunyai modal berbayar RM1 juta namun pendapatan tahunan hampir RM250 juta setahun dengan keuntungan RM39 juta sebelum cukai.


Syarikat LSH dipengerusikan oleh Tan Sri Datuk Seri Lim Keng Cheng bersaudara kepada Pengerusi Ekovest Tan Sri Dato' Lim Kang Hoo. Tan Sri Datuk Seri Lim Keng  Cheng menguasai 81 peratus dalam LSH manakala di Ekovest dalam 2.89%. Beliau juga adalah CEO dan BOD di Knusford Berhad.

 

Siapa empat syarikat lain yang membuat bidaan tidak dinyatakan namun LSH Best Builders Sdn. Bhd yang mempunyai pendapatan hampir RM250 juta setahun dengan keuntungan lebih RM28 juta sudah pasti kriteria utama yang dipilih oleh UKAS melepasi syarat kewangan RM18 juta. Bagaimanapun LSH Best Builders Sdn. Bhd bukanlah sebuah syarikat bumiputera yang mungkin syarat tender UKAS adalah tender terbuka syarikat tempatan. 

Dengan pelantikan LSH Best Builders Sdn. Bhd anak syarikat Lim Seong Hai Capital Berhad kerajaan pimpinan PMX perlu bersedia dengan serangan baru daripada PN. 

 

3 Comments