PM Anwar kata peruntukan Sabah lebih 40% maka sudah tiba masa diluluskan saja tuntutan hasil 40 % segera!
14:06 Jun 01, 2024  |  By SabahKini2
PM Anwar kata peruntukan Sabah  lebih 40% maka sudah tiba masa diluluskan saja tuntutan hasil 40 % segera!

PM Anwar berkata sebanyak RM16 bilion diberikan kepada negeri Sabah berbanding dana RM12.9 bilion diberikan kerajaan sebelum ini pada 2022.Dana ini melebihi 40% tuntutan hasil.Bermakna jika PM boleh beri tiada masalah PM Anwar boleh laksana tuntutan 40%.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan kerja seharinya ke Sabah dan merasmikan majlis penutupan sambutan Pesta Kaamatan 2024 yang diadakan di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Penampang mengumumkan peruntukan kepada Sabah meningkat dengan banyak hingga melebihi tuntutan hasil 40 peratus kerajaan negeri sejak beliau mengetuai Kerajaan Perpaduan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun ini saja sebanyak RM16 bilion diberikan kepada negeri Sabah berbanding dana RM12.9 bilion diberikan kerajaan sebelum ini pada 2022.

Kenyataan PM ini mendapat reaksi pelbagai daripada pelbagai pihak. Tidak kurang menyalahkan dan ‘spin’ kenyataan PM seolah-olah memperlekeh tuntutan hak Sabah 40 peratus.

Hakikatnya menurut PM isu 40 peratus tetap akan diatasi melalui muafakat semua pihak di Sabah dengan Kerajaan Persekutuan.

"Sejak saya jadi Perdana Menteri berbanding sebelumnya iaitu pada tahun 2022, peruntukan keseluruhan Sabah ialah RM12.9. Jika dibandingkan pada 2024, saya tambah menjadi RM16 bilion untuk Sabah.

"Jadi, orang yang menyerang kita harus ingat. Betul isu 40 peratus belum diputuskan tetapi RM16 bilion ini jauh melepasi 40 peratus itu.

"Boleh buat tuntutan, tapi jangan nafikan itu kerana bila dengar RM16 bilion memang senang. Tapi apabila saya ke Pulau Pinang, Pahang, Johor, mereka juga akan tanya.

"Saya boleh jawab ini soal infrastruktur. Tapi saya nak tekankan kita perlu satu hati, perlu muafakat untuk kita atasi secara berperingkat.

"Saya baru setengah tahun (setengah penggal) jadi Perdana Menteri. Dalam setengah tahun ini saya sudah naikkan peruntukan," katanya

Tidak mahu tangguh isu tuntutan MA63

Perdana Menteri menekankan, beliau tidak mahu tuntutan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tertangguh lagi dan menyerahkan perkara itu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk menyelesaikan segera.

Katanya, beliau juga sentiasa mengambil peluang bertanya kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berhubung perkara itu setiap kali mesyuarat Kabinet.

Anwar berkata, perhatiannya kepada Sabah dan Sarawak menyebabkan ada pihak di Semenanjung menuduhkan melebihkan kedua-dua negeri itu.

"Semalam, Pulau Pinang pula minta 20 peratus. Jadi, sentimen ini ada dan kita melihat perkara ini dan runding dengan baik. Saya tidak anggap ini menyusahkan," katanya.


Naratif tuntutan hasil 40 peratus Sabah

Sekalipun antara isu peruntukan tahunan Sabah dengan tuntutan hasil 40 peratus dua perkara berbeza Sabah namun setidaknya kenyataan PM Anwar telah memberi lebih banyak peruntukan melebihi tuntutan 40 peratus sepatutnya disambut rakyat Sabah sebagai TERIMA KASIH PM atas peruntukan yang diberi.

Jika peruntukan sedemikian boleh diberi melebihi 40 peratus apa salahnya Kerajaan Sabah meminta saja hasil 40 peratus itu dengan mudah sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Datuk Seri Hajiji Ketua Menteri sendiri menegaskan Kerajaan Sabah tidak akan melepaskan hak -hak perlembagaan Negeri Sabah berhubung pemberian khas 40 peratus di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Isu kritikal ini kini berada di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Teknikal MA63 yang dipengerusikan oleh YAB Dato Sri Fadillah Yusof Timbalan Perdana Menteri II.

Penyelesaian setakat ini hanyalah penyelesaian interim (tanpa prejudis) di mana Negeri Sabah menerima lebih banyak daripada sebelum ini sementara menunggu rundingan lanjut antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Jumlah interim sekarang telah meningkat daripada RM125.6 juta pada 2022, RM260 juta diumumkan pada Januari 2023 kepada RM300 juta pada Julai 2023. Sabah perlu lebih lagi sehingga tuntutan 40 peratus selesai. Tuntutan akan terus dibuat.

Ini sejajar dengan kenyataan  Datuk Seri Masidi Manjun Menteri Kewangan Sabah dalam Sidang DUN Sabah tuntutan telah dibuat dan sehingga tempoh bulan julai sejajar dengan jawatankuasa di Pengerusikan Dato' Seri Fadillah TPM II. Jika tuntutan itu belum selesai maka pada selepas Julai Kerajaan Sabah akan memulakan untuk melantik penafsir bebas mendesak tuntutan hasil 40 peratus itu.

Video ucapan Datuk Seri Masidi juga jelas!

 

Rakyat Sabah, parti politik, NGO dan semua pihak termasuk tuntutan Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) di mahkamah perlu disokong dan hormati. Hakikatnya siapa pun yang menuntutnya bukan mudah melawan Kerajaan Pusat. Dari Zaman BN (Najib), PH01-Warisan 9 (Shafie Apdal), PN-BN (Tan Sri Muhyiddin dan BN-PN (Ismail Sabri). Semua pihak sudah merasa menjadi kerajaan dan PM tapi tetap gagal mendapat tuntutan hasil 40 peratus itu. Warisan dan lain-lain banyak tak perlu ‘spin’ kerana kamu pun gagal besar di zaman Tun Mahathir yang kamu jilat.

Kini Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar PMX akan diuji.

Jadi siapapun pihaknya yang membawa ke mahkamah menang atau kalah bicara, hakikatnya  tidak akan merubah atau menjejaskan hak Sabah untuk Pemberian Khas 40 peratus yang dituntut Kerajaan Sabah.

Maka jika sekarang PM Anwar berkata sudah beri lebih maka naratif sepatutnya dikuatkan ialah PM Anwar boleh beri 40 peratus hasil terus sekaligus tanpa perlu bertangguh-tangguh lagi. Hanya PM Anwar boleh memberinya. Ayuh PMX!Rakyat Sabah menyokong mu.

1 Comment