Pegawai kastam Wan Azmany didakwa terima suapan RM14,950 tapi ejen kargo milik 'Dato Sri T' masih kebal
10:06 Jun 11, 2024  |  By SabahKini2
Pegawai kastam Wan Azmany  didakwa terima suapan RM14,950 tapi ejen kargo milik  'Dato Sri T' masih kebal

Kecoh rasuah pegawai kastam. ramai ditangkap tapi pembayar rasuah kebal ditangkap pihak berkuasa. Inilah terjadi. Wan Azmany Wan Ali @ Wan Abdul Aziz budak Dato' Sri T didakwa tetapi Dato' Sri T si pembayar rasuah 'Untouchables'

Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen baru-baru ini atas 38 pertuduhan menerima rasuah.

Tertuduh, Wan Azmany Wan Ali @ Wan Abdul Aziz membuat pengakuan itu di hadapan hakim, Datuk Ahmad Kamal Ariffin Ismail setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah

Wan Azmany dituduh menerima rasuah berjumlah RM14,950 antara 2017 hingga 2021 antara tempoh 22 Mac 2017 sehingga 2 September 2021 lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Wan Azmany yang bertugas sebagai Pembantu Kastam Kanan Gred WK22 di JKDM Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA, didapati secara rasuah memperolehi wang berjumlah RM100 hingga RM3,000 daripada seorang pemilik ejen perkhidmatan pengangkutan kargo di KLIA, sebagai balasan melancarkan urusan perkhidmatannya.

Wan Azmany menerima wang berkenaan melalui satu akaun bank miliknya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah cawangan bank di Taman Kebun Teh, Johor Bahru antara 27 Mac 2017 hingga 2 September 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Maziah Mohaide manakala tertuduh diwakili peguam Jamaludin Abdul Jalil dan Asril Helmi Arsad.

Siapa sebenarnya Wan Azmany Wan Ali Pembantu kastam Kanan Gred WK 22 JKDM ini?

Menurut sumber beliau ialah ‘budak’ seorang kartel Mafia Korporat digelar ‘Dato' Sri T’ yang juga terlibat dalam manipulasi saham, penyeludupan barang, pengisytiharan dokumen palsu kastam, lari cukai, drug dealer dan beberapa lagi kegiatan haram. Pemilik syarikat akademi memandu ini juga memiliki pelbagai saham di syarikat senarai awam di negara ini.

Jun tahun lalu beliau terlibat dalam insiden mengugut seorang CEO Syarikat senarai awam menggunakan pistol sehingga menyebabkan beliau direman polis. Media awam melaporkan kes itu namun ditutup. Bagaimanapun beliau dibebaskan.


NIGHTLINE TV3

Pada bulan April berlaku lagi insiden ‘Dato’ T’ dipukul oleh gangster dan ‘drugs dealer’ berhubung isu penipuan wang pelaburan  dikediamannya tetapi tidak dilaporkan polis.

Baru-baru ini beliau bertemu dengan seorang Pengarah Kanan Siasatan SPRM di sebuah pasaraya yang mengesahkan mengapa Dato' Sri T punca seorang bekas CEO didakwa di mahkamah atas alasan penipuan laporan penyata kewangan syarikat. 

 

 

Comment