Ibu bapa Zayn Rayyan didakwa atas pertuduhan abaikan anak
17:06 Jun 13, 2024  |  By SabahKini2
Ibu bapa Zayn Rayyan didakwa atas pertuduhan abaikan anak

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

KUALA LUMPUR: Ibu dan bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan, tahun lalu.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri yang berusia 29 tahun itu, didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar Damansara Damai di sini, pada 12 tengah hari, 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron manakala pembelaan oleh peguam, Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat anak kandung mereka, Zayn Rayyan, 6, ditemui dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

Comment