[VIDEO] Selepas palauh,setinggan PTI, Mukmin Nantang bos Borneo Komrad tunggang mahasiswa UMS demo isu air
13:06 Jun 15, 2024  |  By SabahKini2
[VIDEO] Selepas palauh,setinggan PTI, Mukmin Nantang bos Borneo Komrad tunggang mahasiswa UMS demo isu air

Siapa kata penganjur demo air UMS tidak ditunggang orang lain? Semua demo dibelakangnya Mukmin Nantang mursyidul am Suara Mahasiswa dan Borneo Komrad. Dia bukan lagi mahasiswa UMS tetapi orang luar. Cara beliau terkenal kasar, biadap dan kurang ajar

Demonstrasi tanpa permit #KamiMahuAirSabah digerakkan oleh persatuan mahasiswa pro pembangkang Suara Mahasiswa dan didalangi bekas pengasasnya Mukmin Nantang bukanlah sesuatu yang baru.

Umum mengetahui Suara Mahasiswa, NGO Borneo Komrad dan Sekolah Alternatif tidak akan mampu bergerak tanpa Mursyidul Amnya Mukmin Nantang. Mukmin sejak zaman kampus sehinggalah tidak lagi belajar di UMS inilah jiwanya. Demo dan sekolah alternatifnya yang membela pelajar PTI,warga asing dan anak-anak tanpa negara di Sabah. Mukmin tidak akan berhenti selagi kanak-kanak stateless dan PTI di pulau-pulau Semporna tidak diberikan Kad Pengenalan atau ‘IC’.

Tahun 2017 Mukmin dan budak-budaknya terlibat juga dalam demo menentang pembinaan Empangan Papar yang sepatutnya kini dah siap dan membekalkan air di seluruh Kota Kinabalu. Umum mengetahui isu pembinaan empangan Papar terlalu dipolitikkan. Diperuntukkan dibina zaman BN tetapi ditentang keras Warisan namun selepas berkuasa Shafie Apdal kembali membinanya kerana komisen besar dari projek RM3 bilion itu. Begitulah hingga kini Empangan Papar kekal tak dibina namun keperluan air terus mendesak. Loji air sedia ada gagal menampung permintaan yang tinggi setiap tahun.

Mukmin Nantang kembali bangun dari tidur selepas penguatkuasa baru-baru ini membuat serbuan pulau-pulau Taman Sabah dan merobohkan struktur penempatan haram etnik ‘Palauh’ dan PTI yang berlindung disebalik ‘Palauh’ sehingga pulau menjadi pusat transit dadah. Malah mereka menjadi agen talam dua muka kepada pengganas Sulu di perairan.  Umum mengetahui Palauh berleluasa tinggal di Pulau Bohey Dulang, Pulau Maiga, Pulau Bodgaya, Pulau Sebangkat, dan Pulau Sibuan. 

Menurut penguatkuasa kemungkinan penyeludup dan penjenayah menggunakan rumah [Bajau Laut] sebagai tempat perlindungan dan ini boleh berlaku. Ia memberikan cabaran kepada bot pihak berkuasa untuk menjalankan pemeriksaan kerana rumah itu dibina di kawasan cetek.

Umum mengetahui rumah Palauh sebenarnya di atas bot, jadi tidak benar untuk mengatakan mereka tidak mempunyai rumah kerana budaya dan cara hidup mereka biasanya hidup di atas bot. Penguatkuas tidak mengganggu bot mereka dan tidak menghalang mereka daripada menetap di darat, tetapi rumah-rumah itu dibina di kawasan taman laut negeri di mana tidak sepatutnya wujud pembinaannya sejak mula lagi menurut Victor Sanjos, komander Kawasan Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM).

 

 

Mukmin dan Borneo Komrad berang dan berjanji akan membalas apa yang dilakukan kerajaan. Mereka menuduh penguatkuasa membakar kediaman walaupun jelas tiada SOP penguatkuasa di Malaysia melakukan kebakaran melainkan PTI dan Palaau yang membakar untuk melengahkan serbuan peguatkuasa.

10 Jun lalu Borneo Komrad pimpinan Mukmin Nantang menyelar penguatkuasa kononnya membakar setinggan Kampung Kalansanan, Inanam sedangkan hakikatnya kampung itu banyak membuat sambungan elektrik haram yang menyebabkan lintar pintas berlaku. Malah penduduk kampung mengesahkan bukan dibakar penguatkuasa. Tiada notis hanyalah alasan kerana pelbagai amaran dan notis telah dibuat tetapi penduduk terutama warga asing berdegil. 

VIDEO Warisan setinggan- Perobohan 

Pada 12 jun lalu sekali lagi Mukmin Nantang, Borneo Komrad dan Suara Mahasiswa UMS (Universiti Malaysia Sabah) sekali lagi datang ke perobohan rumah di Kampung Teluk Layang yang pernah mereka pertahankan sebelum ini tahun 2019. Lebih berani mereka membina sekatan bagi menghalang pihak berkuasa daripada memasuki Kampung Teluk Layang di Kota Kinabalu.

 

 

Terbaru Mukmin membawa NGO diasaskannya Suara Mahasiswa, Borneo Komrad dan Sekolah Alternatif di sokong oleh SUHAKAM, individu perumahan PPR, Parti Muda, Bersatu dan pemimpin Warisan bersamanya berdemo dengan cara biasa dilakukannya iaitu Provokasi bagi Demo Air UMS. Mereka bukan mahu bertemu pemimpin tetapi sengaja untuk menunjukkan kepada media apa yang mereka lakukan. 

 


VIDEO DEMO SUARA MAHASISWA BERSAMA MUKMIN NANTANG BORNEO KOMRAD DAN PEMBANGKANG


Kemunculan Mukmin Nantang membuktikan beliau masih
Mursyidul Am Persatuan Suara Mahasiswa UMS

Itulah Mukmin Nantang siapa tak kenal dia? Berapa banyak demo atas suara rakyat tetapi berlindung dibalik PTI, setinggan, tanpa negara dan membela warga asing dianjurkannya. Penyokong parti warisan sangat suka dengannya. Misalnya protes membela setinggan atas air Kg Kalansanan Inanam. Mereka datang menuduh penguatkuasa membakar sedangkan ia dilakukan penduduk haram untuk memudahkan melarikan diri dari serbuan.

Ingat lagi tak demo protes yang dibuatnya ketika PKP dan PKPD tahun 2021.Ketua Pesuruhjaya Polis Sabah ketika itu Datuk Seri Hazani Ghazali menangkap Mukmin Nantang

ARTIKEL BERKAITAN- Provokasi di Kawasan PKPD: Polis wajar tangkap Mukmin Nantang aktivis PH ‘kaki kacau’

Provokasi di Kawasan PKPD: Polis wajar tangkap Mukmin Nantang aktivis PH ‘kaki kacau’ Mukmin pernah menjadi penyokong PH.01.
Kita doakan Datuk Seri Hazani Ghazali jadi IGP agar

tangkap budak ni lebih awal agar perbuatannya
tidak menular di daerah lain


Mukmin Nantang bersama 6 aktivis Borneo Komrad ketika itu ditahan polis kerana melanggar larangan perintah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kampung di Kampung Muhibbah Raya Tawau. Apa Mukmin dan rakanmya lakukan? Mereka membuat provokasi kepada polis agar sengaja ditangkap.

Sekalipun Datuk Seri Hazani Ghazali ketika itu berkata, akan mengambil tindakan tegas terhadap semua peserta protes itu dan mungkin mereka akan dikenakan kompaun sehingga RM10,000 tetapi mereka tak pernah takut kerana yakin ada pihak luar membela mereka.

Kita berharap jika Datuk Seri Hazani Ghazali menjadi Ketua Polis Negara mengajar manusia bernama Mukmin Nantang ini. Semua budaknya bergantung kepadanya. Jika dia diambil tindakan sekaligus akan melemahkan NGO bawah naungannya. Kunci Suara Mahasiswa, Borneo Komrad dan Sekolah Alternatif ialah Mukmin Nantang. 

Terus membuat kacau bilau

Apakah Mukmin Bin Nantang berasal  daripada Tawau, Sabah ini akan berhenti dari dunianya? Bekas siswazah Universiti Malaysia Sabah yang dibentuk daripada Kelab Sastera Mahasiswa, menjadi Suara Mahasiswa dan Borneo Komrad tidak mungkin akan berhenti. Beliau sedang merasai nikmat aktivis jalanan yang mendapat pembiayaan pelbagai NGO dan pihak luar.

Jiwa aktivisnya bukan untuk mengikut tetapi menentang dan populis.


Provokasi, kasar dan ditangkap adalah perkara biasa
buat Mukmin Nantang. Budak seperti ini perlu dicuba untuk pendakwaan  kes dimahkamah
dan melawannya secara panjang khususnya melibatkan bayaran
kos mahkamah..

Beliau sendiri dalam satu temubual mengaku ditangkap itu adalah sebahagian strategi perjuangannya. Beliau percaya dengan cara lebih provokasi, keras dan ganas akan lebih menarik perhatian.

“Kalaupun ditangkap, ditangkap sajalah. Sebab bagi aku, kadang-kadang dia bukan tentang demonstrasi itu, [tetapi] tentang mesej tu sampai ke tidak. Kalau ditangkap baru mesej tu sampai, biar ditangkap jelah. Begitu ja mudahnya berfikir. Dan bila kita tahu kalau ditangkap pun direman, dan [kemudian] dilepaskan. Macam begitulah kita punya bayangan.

Jadi, bila demo-demo BERSIH ataupun sebenarnya yang didalangi oleh orang-orang politik ini, mereka semua play safe. Mereka tidak rusuh, tidak ada semangat rakyat, memberi tanda, memberi simbolik tu tidak ada. Kita kalau boleh pecah, kalau boleh conteng, kalau boleh rusuh, (biar) bertembunglah. Itukan simboliknya. Ya, kalau kita betul-betul cakap penindasan, penindasanlah. Dihancurkanlah penindasan itu kan? Tapi kalau untuk yang ini, untuk dia orang tidak berlakulah.

Apatah lagi dulu-dulu aku membaca banyaknya wartawan yang ditangkap, tokoh-tokoh sastera politik ditangkap, dia orang boleh melahirkan karya-karya yang bagus daripada penjara, jadi itu mempengaruhi aku. Jadi kalaulah aku masih mau hidup mewah, hidup berpura-pura, cuma mendapat populariti, tapi aku tidak dapat mendepani (risiko) ditangkap itu, aku rasa belum cukup bersungguh-sungguh untuk aku berjuang. Jadi protes, demonstrasi memungkinkan aku sampai ke sini sekarang.

 

Maka kemunculan Mukmin Nantang disebalik demo air UMS ini hanya satu dari demo-demo yang telah dan bakal beliau dalang dibelakangnya memandangkan Suara Mahasiswa itu diasaskannya.

Bagaimanapun tindakan Mukmin Nantang membawa individu tanpa dokumen atau pengenalan diri menyertai protes di luar pejabat Menara Kinabalu menjerat diri sendiri. Sama ada ia disengajakan atau satu kesilapan hanya Mukmin yang tahu.

Polis Kota Kinabalu memaklumkan telah menahan sembilan individu tanpa dokumen pengenalan diri disyaki sama ada mereka ini ‘stateless’ atau pendatang tanpa izin.

“Sebaik mereka beredar menaiki kenderaan, polis telah membuat pemeriksaan di dalam van dinaiki mereka dan didapati sembilan individu tidak memiliki dokumen.

"Semua mereka sudah dibawa ke balai polis dan dalam proses dokumentasi lagi," katanya seperti dilapor.

Hari ini Mukmin dan rakan-rakannya menuntut semula 9 ahli Borneo Komrad Sekolah Alternatif itu tanpa syarat

Kasim berkata polis juga akan menyiasat peserta dan penganjur perhimpunan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Media melaporkan 40 pelajar bersama NGO dan parti politik pembangkang telah mengadakan aksi duduk bantah selepas gagal menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri Hajiji Noor di Menara Kinabalu ketika peserta perhimpunan tiba kira-kira jam 3 petang.

Menurut media kumpulan itu enggan berganjak walaupun ditemui Timbalan Ketua Menteri Sabah Shahelmy Yahya yang menawarkan untuk menerima memorandum mereka yang menyorot masalah air di negeri itu.

Malah Mukmin mengarahkan budak-budaknya terus membuat provokasi agar pihak diprovok teremosi atau marah. Menghantar memorandum adalah gaya lama baginya. Tujuannya hanya satu. Budak-budak 'Pilaknya' mendapat perhatian.

Itulah tujuan Mukmin Nantang dan budak-budaknya. Bukanlah demo sangat tetapi perhatian apa yang mereka lakukan. Ini kerana menurut sumber ketika demo air dibuat UMS mempunyai bekalan air.

Masalah air di UMS, Sepanggar dan Sabah

Isu masalah air di UMS dan Sepanggar bukan baru ia sudah berlarutan 10 tahun yang lalu. Malah di zaman Kerajaan Warisan pun gagal menanganinya. Kerajaan GRS tidaklah Semporna tetapi setidaknya pelbagai usaha dibuat oleh Kerajaan Sabah dan pengumuman RM3 juta menyelesai air UMS oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri.

Begitu juga daerah-daerah lain di Sabah usaha dibuat menanganinya.

 

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Negeri sebagai berkata, kementeriannya kini dalam proses menstabilkan tekanan air bagi memastikan bekalan air stabil di semua kawasan di negeri itu.

Dia dilaporkan berkata Jabatan Air Negeri Sabah juga telah melaksanakan program meningkatkan tahap bekalan air bersih khususnya kepada penduduk di kawasan Pantai Timur Sabah.

“Di Tawau kita sedang membina empangan (air), membina Loji Rawatan Air (LPA) di Lahad Datu dan memulihkan bekalan air di Sandakan.

“Bekalan air ini tidak bermakna bercakap hari ini dan esok semuanya akan ada, ia memerlukan masa yang munasabah untuk dilaksanakan,” katanya kepada pemberita di Menara Kinabalu.

Dilaporkan juga bahawa ketegangan meningkat apabila polis menghampiri peserta perhimpunan dan menggesa mereka beredar, tetapi mereka enggan berbuat demikian. Mereka bertegas hanya mahu menemui Ketua Menteri sedangkan wakil telah dihantar menerima memorandum mereka. Misinya hanya satu untuk tujuan memburukkan kerajaan. Tiada istilah berunding untuk Borneo Komrad. 

Bagaimanapun tangkapan 9 individu Sekolah Alternatif tanpa IC  yang berdemo menyebabkan Mukmin Nantang terganggu. Ia pasti akan menyukarkan budak-budaknya.

UMS dan Kerajaan Sabah tidak sepatutnya melayan Mukmin Nantang dan budak-budaknya. Jika mereke berlebihan tahan saja  bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. Sebab mereka tidak kisah keluar masuk penjara. Yang penting segera dakwa di mahkamah agar mereka menanggung kos beban teruk mahkamah. 

 

Terdapat dakwaan seorang TNC menjadi dalang kepada perhimpunan air dengan memberikan dana kepada perhimpunan itu. Semuanya berebut mahu menjadi Naib Canselor. Siapa TNC itu? kita akan dedahkan kemudian.

By Awang Batatar

 

 

 

5 Comments