[VIDEO] 9 budak Mukmin Nantang menyamar mahasiswa UMS ditangkap tiada IC Demonstrasi air
06:06 Jun 16, 2024  |  By SabahKini2
[VIDEO] 9 budak Mukmin Nantang menyamar mahasiswa UMS ditangkap tiada IC Demonstrasi air

Perhimpunan Air UMS sudah dirancang awal oleh Mukmin Nantang bersama budaknya Suara Mahasiswa dan Borneo Komrad. Tertangkapnya 8 budak 'Pilak' tiada IC keturunan Filipina dari Kg Bongao-Bongao Semporna jelas menunjukkan usaha itu. Tujuannya hanya perhati

Polis menahan sembilan individu tanpa dokumen budak Mukmin Nantang Borneo Komrad yang menyertai perhimpunan #KamiMahuAir Sabah dianjurkan Suara Mahasiswa pada Jumaat.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, mereka ditahan pada jam 5.10 petang berhampiran dengan lokasi perhimpunan di tepi jalan besar Tun Fuad Stephen, berhadapan Tanjung Lipat.

“Dalam pemeriksaan tersebut sembilan orang telah ditahan terdiri daripada empat orang perempuan dan lima orang lelaki kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Turut ditahan pemandu van berkenaan kerana melindungi penumpang terbabit. Van berkenaan juga turut dirampas,” katanya dalam satu kenyatan di sini.

Menurutnya, tahanan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya.

Laman facebook Suara Mahasiswa Malaysia mengesahkan tangkapan ahli mereka dan mengajak bersolidariti terhadap Cikgu Syahfeeq bin Rondin berasal dari Tawau selaku guru Sekolah Alternatif yang membawa mereka dari Semporna ke Kota Kinabalu.

Dalam satu laporan polis aplikasi yang tular didapati 8 penumpang terdiri daripada (4) lelaki dan (4) perempuan ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.

Budak-budak yang dibawa Mukmin Nantang menyertai demo tu menyamar sebagai pelajar UMS berumur sekitar 16 tahun hingga 19 tahun berasal dari Bongao-Bongao, Semporna Kesemuanya tiada dokumen atau lebih tepat lagi Pendatang Tanpa Izin berketurunan Filipina.

Bagaimana Mukmin Nantang, Suara Mahasiswa UMS dan Borneo Komrad boleh membawa PTI menyamar sebagai mahasiswa UMS dengan umur 16 tahun?

Tergamak mereka sengaja mencetuskan persepsi buruk semata-mata demi demo dengan budak budak Filipina?


Berikut merupakan laporan penuh;

 

LAPORAN KES TANGKAPAN MELINDUNGI PENUMPANG TIADA DOKUMEN PENGENALAN DIRI BAGI DAERAH KOTA KINABALU, SABAH)

A) PENDAHULUAN:

1. Pada 14/06/2024 jam lebih kurang 5.10 petang, pengadu sepasukan polis IPD Kota Kinabalu, Sabah telah menahan dan memeriksa sebuah van, nombor pendaftaran SYC 7885 di tepi jalan besar, Tun Fuad Stephens, hadapan pasar Tanjung Lipat, Kota Kinabalu yang berada dalam keadaan mencurigakan.

2. Hasil pemeriksaan mendapati seramai (15) orang penumpang dalam van tersebut terdiri daripada (6) lelaki dan (9) perempuan termasuk pemandu van.

B) ULASAN / SIASATAN:

3. Selepas selesai proses dokumentasi telah membebaskan (6) orang penumpang kerana mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah manakala (8) lagi penumpang terdiri daripada (4) lelaki dan (4) perempuan ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah. Turut ditahan adalah (1) lelaki yang merupakan pemandu van kerana melindungi penumpang yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Van yang digunakan juga telah dibuat rampasan bersama kunci.

Butiran tangkapan adalah seperti berikut:

3.1. Syahfeeq bin Rondin, L/28Thn, B/Bugis, Mykad : 950822-12-xxxx, K/Pemandu Van, A/Kg. Tanjung Batu Laut, Tawau.

3.2. Sitti Suhaimah binti Mustapah, P/18Thn, B/Bajau, Dokumen : Tiada, K/Sendiri, A/Kg. Bongao-Bongao, Semporna, Warganegara : Filipina.

3.3. Jolina binti Julkipli, P/18Thn, B/Bajau, Dokumen : Tiada, K/Sendiri, A/Kg. Bongao-Bongao, Semporna, Warganegara : Filipina.

3.4. Sabrina binti Ben, P/16Thn, B/Bajau, Dokumen : Tiada, K/Sendiri, A/Kg. Bongao-Bongao, Semporna, Warganegara : Filipina.

3.5. Jay Jeriko bin Omar, L/18Thn, B/Bajau, Dokumen : Tiada, K/Sendiri, A/Kg. Bongao-Bongao, Semporna, Warganegara : Filipina.

3.6. Jaimal bin Jaiyan, L/16Thn, B/Bajau, Dokumen : Tiada, K/Sendiri, A/Kg. Bongao-Bongao, Semporna, Warganegara : Filipina.

3.7. Mohd Haikal Nukiman, L/19Thn, B/Bajau, Dokumen : Tiada, K/Sendiri, A/Kg. Bongao-Bongao, Semporna, Warganegara : Filipina.

3.8. Nerynnah Najwa Syahpinah, P/15Thn, B/Bajau, Dokumen : Tiada, K/Sendiri, A/Kg. Bongao-Bongao, Semporna, Warganegara : Filipina.

3.9. Mohd Mansul bin Ajjili, L/22Thn, B/Bajau, Dokumen : Tiada, K/Sendiri, A/Kg. Bongao-Bongao, Semporna, Warganegara : Filipina.

Berdasarkan maklumat, dipercayai mereka ini merupakan sebahagian daripada peserta perhimpunan #KamiMahuAir Sabah. Walaubagaimanapun siasatan lanjut dijalankan untuk mendapatkan bukti penglibatan mereka di dalam perhimpunan tersebut.

C) TINDAKAN:

Siasatan bagi tangkapan ini telah dijalankan di bawah :-

1.1. Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) iaitu; mengambil kerja seseorang yang tidak memiliki Pas yang sah.

1.2. Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) iaitu; tidak memiliki suatu Pas yang sah bagi memasuki Malaysia.

Kes disiasat oleh ASP Andi bin Abdul Kinu (No. Tel : 014-567XXXX) bersama Insp. Raimon bin Bakar (No. Tel : 013-544XXXX) dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu. Kota Kinabalu/Rpt/4225/2024 adalah dirujuk.

Rakam percakapan pengadu, saksi dan tangkapan.

Permohonan reman terhadap tangkapan.

 

 

  

 

2 Comments