Isu PTI dan ‘anak tanpa negara’: NGO Malaya, Parti Sosialis sila berambus jangan tambah masalah Negeri Sabah
11:06 Jun 18, 2024  |  By SabahKini2
Isu PTI dan ‘anak tanpa negara’: NGO Malaya, Parti Sosialis sila berambus jangan tambah masalah Negeri Sabah

NGO, orang Malaya dan Parti Sosialis tidak faham isu di Sabah. Isu Sabah bukan sekadar demo tetapi menyeludup atau membawa PTI orang tanpa dokumen ke Kota Kinabalu. Ini isu keselamatan negara bagaimana PTI terlibat dalam demo? Isu PTI & anak tanpa negara

Apabila PTI dan rakyat tanpa dokumen ditangkap dianggap sebagai isu kemanusiaan dan hak asasi, Negeri Sabah nampaknya berhadapan dengan rakyat dan netizen ‘sakit otak’. Mereka cuba menjadikan sesuatu yang salah, tidak biasa sebagai sesuatu yang boleh diterima.

Kesannya sangat buruk kepada hak rakyat asal Sabah dikemudian hari.

ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] 9 budak Mukmin Nantang menyamar mahasiswa UMS ditangkap tiada IC Demonstrasi air

 

Susulan tangkapan 9 budak-budak Mukmin Nantang Borneo Komrad tanpa dokumen atau kad pengenalan diseludup dari Semporna menyertai demonstrasi tanpa permit yang dianjurkan mereka menunjukkan mahasiswa UMS dan juga PTI mudah dieksploitasi demi kepentingan NGO tertentu. Mereka anggap itu sebagai benar dan sebagai perjuangan emosi kasihan tetapi kesannya sangat buruk.

Himpunan mahasiswa #KamiMahuAir baru-baru ini semuanya jelas dirancang pihak luar seperti Mukmin Nantang bekas pelajar UMS beraliran sosialis untuk menggerakkan misi NGOnya Borneo Komrad di Sabah membela PTI, setinggan dan anak tanpa negara.

ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Selepas palauh,setinggan PTI, Mukmin Nantang bos Borneo Komrad tunggang mahasiswa UMS demo isu air

Demo air UMS hanyalah alasan kerana ketika demo dibuat UMS sudah menyelesaikan masalah air.Mereka juga sebelum itu telah bergerak di demo Palauh dan setinggan di sekitar Kota Kinabalu. Mereka menggunakan isu dekat dengan rakyat seperti air dan jalan tetapi dalam masa sama mereka berjuang untuk PTI dan anak-anak tanpa negara. Rakyat Sabah pula hanya nampak masalah di depan mata tetapi agenda ‘pilak’ untuk PTI dan ‘Stateless’ mereka tutup mata.

Borneo Komrad sedang dalam misi membela perobohan etnik palauh yang membuat kediaman di pulau-pulau Sabah diurus Taman-Taman Sabah sehingga menjadi transit dadah dan menjadi duri dalam daging kepada pengganas Sulu.Begitu juga urusan perobohan setinggan di Kota Kinabalu.Mereka berani dengan perhimpunan lebih kasar dan biadap menggunakan anak-anak PTI dan ‘Stateless’. Mereka ditangkap tetapi anak-anak ini ‘dikambing’ hitamkan. Mereka akan mendesak menggunakan NGO untuk meminta simpati.

Maka adalah NGO-NGO dan parti dari Malaya seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengambil kesempatan menggunakan isu tangkapan budak-budak Mukmin Nantang Borneo Komrad budak PTI sebagai ‘Statless’ dan perlu dibebaskan. Ini yang ditangkap 9 orang belum dikira anak-anak ‘Stateless’ PTI dilindungi di Sekolah Alternatif milik Borneo Komrad di Semporna.

Benarkah mereka ‘Stateless’ atau anak-anak PTI yang dijadikan budak suruhan Borneo Komrad? Mereka diajar tak kisah ditangkap. Ini sejajar pengakuan pengasasnya Mukmin Nantang

“Kalaupun ditangkap, ditangkap sajalah. Sebab bagi aku, kadang-kadang dia bukan tentang demonstrasi itu, [tetapi] tentang mesej tu sampai ke tidak. Kalau ditangkap baru mesej tu sampai, biar ditangkap jelah. Begitu ja mudahnya berfikir. Dan bila kita tahu kalau ditangkap pun direman, dan [kemudian] dilepaskan. Macam begitulah kita punya bayangkan.

Kita kalau boleh pecah, kalau boleh conteng, kalau boleh rusuh, (biar) bertembunglah. Itukan simboliknya.

 

Diharap Kerajaan Negeri dan polis Sabah bertindak tegas jangan tunduk kepada desakan NGO Malaya kerana mereka tidak faham isu Sabahan. Amat jelas NGO Borneo Komrad menjadi dalang disebalik penyeludupan warga tanpa dokumen dari Semporna ke Sabah. Kemungkinan besar lebih ramai dibawa dari Semporna ke Kota Kinabalu atau daerah-daerah lain.

Tentulah lebih buruk individu berumur 16 hingga 19 tahun menyamar sebagai mahasiswa UMS.

Hakikatnya sama ada alasan ‘tanpa kerakyatan’ atau pelajar Sekolah Alternatif  tiada dokumen pengenalan diri sama ada kad pengenalan atau passport adalah satu kesalahan berat. Melindungi warga tanpa IC dan terbukti mereka warga Filipina jelas satu kesalahan tidak boleh dimaafkan.

Parti Sosialis Malaysia dari Malaya tidak perlu persoal hak Sabah menangani warga asing atau pendatang asing tanpa izin. sembilan orang, termasuk tiga pelajar bawah umur ditahan direman 14 hari adalah wajar. Jika selepas mereka perlu diserahkan kepada Majlis Keselamatan Negara Sabah dan Jabatan Imigresen Malaysia -Sabah untuk dihantar semula ke negara asal.

Setiausaha Agung PSM A Sivarajan tidak perlu campur urusan Sabah. Rakyat Sabah tahu mana PTI dan mana bukan. Malaya tidak faham isu IMM13, kad banci dan ‘Stateless’ yang dijadikan alasan PTI berlindung di negeri ini. Salah tetap salah. Jika kamu ‘tanpa negara’ kamu harus membuktikan lahir di Sabah dan segala keturunan kamu bukan sewenang-wenangnya bergerak di Sabah sehingga terlibat demonstrasi tanpa permit.

Ini bukan isu intimidasi atau hak demokrasi mereka secara aman. Ini isu imigresen tanpa dokumen sah. Buktinya beberapa individu yang ada pengenalan diri dalam van dibebaskan. Bermakna ini bukan isu hak kebebasan tetapi isu pendatang tanpa izin.

Polis Sabah tidak perlu layan Sivarajan. Mereka orang Malaya tidak faham isu Sabah ini menyebabkan Sabah parah dalam menangani isu warga asing yang ramai di negeri ini.

 

Warga Asing di Sabah

Menurut laporan Institute for Development Studies (IDS) Sabah, daripada 3.9 juta penduduk Sabah, 1.2 juta adalah Orang Asing.

Tahun 2022 Datuk Seri Panglima Madius Tangau ahli Parlimen Tuaran dalam satu kenyataan berkata sekitar 1.2 juta daripada 3.9 juta penduduk Sabah adalah Orang Asing yang menunjukkan keseriusanan masalah pendatang tanpa izin (PTI) di negeri ini. Ini merangkumi empat kategori warga asing memiliki kad pengenalan yang diragui, Stateless Children, Pelarian Perang Filipina dan PTI (Tanpa Izin).

Mac lalu ketika menjawab isu dibangkitkan Madius Tangau mengenai PTI Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa menjelaskan terdapat 136,055 orang pelarian Filipina dicatatkan masih berada di Sabah sehingga kini.

Daripada jumlah tersebut seramai 51,645 pelarian memegang dokumen IMM13, manakala 47,518 orang merupakan pemegang Sijil Banci Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah/Labuan.

“Seramai 36,892 orang lagi pula merupakan pemegang dokumen Resit Pengenalan Sementara Jabatan Ketua Menteri.

“Jumlah itu dikenal pasti melalui data semak silang antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dan Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Pejabat Ketua Menteri Sabah,” katanya.

Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2022 menunjukkan jumlah penduduk Sabah ialah 3.39 juta orang, meliputi:

  • warganegara (2.654 juta orang: 78%)
  • bukan warganegara (0.736 juta orang: 22%)


Dari rekod ini jelas menunjukkan setiap 10 penduduk Sabah, 2 orang adalah bukan warganegara. Ini merupakan peratusan bukan warganegara yang begitu tinggi.

Orang Malaya, NGO dan Parti Sosialis Malaysia faham tak isu ini? Ini bukan isu warga asing yang boleh menggugat rakyat Sabah

Semua masalah warga asing seperti dinyatakan di atas memberi masalah besar apabila ia menjadi isu Stateless Children. Perkahwinan dan kelahiran semakin bertambah sama ada melalui perkahwinan sah atau tidak yang menyebabkan daftar kelahiran tidak dapat diurus dengan baik.  Isu warga palauh yang beranak pinak di perairan Sabah sudah tentu lebih memeningkan kepala bagaimana nak iktiraf mereka sebagai warganegara?

Perkahwinan sah antara warganegara Sabah dengan asing tidak mempunyai masalah yang mungkin akhirnya sama ada suami atau isteri menjamin permit masuk ke Sabah secara sah tetapi jika tanpa perkahwinan sah kemungkinan anak-anak menjadi ‘Stateles’ lebih tinggi.

Data mengenai anak tanpa negara sangat kabur. Sekalipun bekas Menteri KDN Hamzah Zainuddin pada oktober 2022 menyimpulkan  jumlah anak tanpa negara melebih satu juta yang meragukan namun ia jelas menunjukkan satu masalah besar buat Sabah.

Tangkapan 9 individu yang dipelopori Borneo Komrad sama ada mereka PTI Filipina atau anak-anak tanpa negara lahir di Kg Bongao-bungao Semporna inilah masalah besar yang berlaku di Sabah. Mereka berlagak seakan-akan warganegara dengan melakukan onar, kekacauan malah semakin pandai menuntut hak Sabah seakan hak PTI.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Kasim Muda, yang mengesahkan tangkapan itu  berkata, "sembilan individu tanpa dokumen" ditahan susulan pemeriksaan yang dijalankan di perhimpunan #KamiMahuAirSabah di luar Menara Kinabalu.

Menurut Kasim, guru terbabit yang dikenali sebagai Syahfeeq Rondin dan pelajar berkenaan mengambil bahagian dalam protes untuk mengetengahkan masalah air Sabah.

 

2 Comments